Tiba-2 rindu giler. Teringat sampai tertelan-2 air liur..rindu yang amat tak terkata..dapat kalu.. pheh !! lama kene.. teringat mee bandung teringat sama tanjung emas, muau.. :)


Nak kena buat ni ...

Nama saintifik : Mee Bandung Hati Curio
Nama biasa disebut orang: Mee Bandung Muar)

bahan bahan:

mee kuning sekil0
200 gm tulang lembu
100gm daging lembu
lada kering*(Rebus bg melembutkan)
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
segenggam udang kering(goreng sebentar-kemudian kisar)
semangkuk kacang tanah (goreng-kisar halus)
sebiji tomato potong dadu
sedikit daun sawi
sedikit tauge
telur
garam dan gula

cara membuatnya:

bersihkan tulang dan hiris nipis daging.cuci dan rebus.
bahan bertanda * dikisar.
pijarkan minyak dalam kuali.tumis bahan kisar hingga naik minyak.
masukkan udang kering dan kacang tanah.kacau lg hingga mesra.
tambahkan garam dan gula.perasakan.mee bandung nih kena manis sikit.
bila dah masak,masukkan kedalam periuk rebusan daging dan tulang tadi.kacau lagi hingga kuah menjadi pekat.masukkan tomato.

cara membuat mee bandung untuk dihidang

panaskan kuali.masukan 2 senduk kuah mee.masukkan sedikit mee,hirisan sawi dan tauge.kacau sebentar.pecahkan sebiji telur.biar sebentar hingga telur separuh masak atau kalau suka hingga masak.kalau kurang kuah tambahkan lagi.matikan api.siap untuk dihidang.taburkan daun bawang,bawang goreng dan limau kasturi.boleh juga diletak tahu goreng....

nota: letak le kacang tanah banyak sikit sebab mee bandung sebenarnya kena banyak kacang tanah.lagi pekat lagi sedap.. telur mata kerbau separuh masak bagi yang suka..menambah selera

**************
resepi oleh hati curio
via kaksma
 **************
  
Nyambil-nyambil tu boleh la pasang lagu latar 
berbackgroundkan sungai Muar
(org Muar sebut sungai Muau)
 
Zapin Zikir oleh Suhaimi

5 comments

  1. Cheqna // February 19, 2012 9:47 PM  

    Tumpang sekaki ter"liur"..hehe..bila baca resepi tu terus perut jadi lapar...mujurlah bahan2 tu tak ada kat dapur, if not memang menjadi.. :-D

  2. Cheqna // March 13, 2012 2:25 PM  

    Jika free sila jenguk entry saya beberapa hari lepas :

    http://sesekali.blogspot.com/2012/03/food-cant-help-it.html

    :-)

  3. Hati Curio // March 14, 2012 3:19 AM  

    saya pun lama dah tak merasa mee bandung muar yg ori..kat sini lain sikit cara dia org buat..

  4. maya kirana // April 1, 2012 3:28 PM  

    org muar ke? kg maya tu...mee bandung muar mmg terbaik..

  5. hati curio // April 16, 2012 10:17 PM  

    bukan asal muar..cuma dulu rajin gak gi muar..pasal kampung di daerah sebelah muar.. :)

    tk kasih maya kirana :)