Everything Going to be Fine and Sejahtera
Halo by Beyoncé
Dia jalan berlenggang
tak pandang kiri kanan
sesekali tersenyum melambai tangan
bila namanya di panggil orang
Dia tau diri
walau pun suami lama dah pergi
kehormatan diri dijaga rapi
biar pun yang mengoda ramai sekali
Sambil melangkah terbayang wajah-wajah dikasihi
anak jauh mencari rezeki, ada yang jauh ikut suami
dia senang hati biar pun sepi tinggal sendiri
anak anak dah besar semuanya berpelajaran tinggi
ilmu dunia buat rezeki berjaya mereka kuasai
ilmu ugama tarbiyah diri mereka gengam di hati
andai dipanggil pulang dia tak lah susah hati
Dia tersenyum sendiri
terus melangkah menuju destinasi
lenggang berjalan ke kubur suami
biar pun suami lama dah pergi
namun kasihnya tetap tertambat hati
Dia membaca ayat suci
air mata bergenang, kini menitik ke bumi
rindu suami tiada tertahan di hati
ingin segera bertemu cuma takdirnya belum lagi
Dia berlenggang lagi
pulang ke rumah beratnya hati
namun digagahi langkah kaki
insyaAllah esok akan berziarah lagi
Begitulah hari-hari tak terbilang jari
berlenggang cinta kasihnya berlari
pusara suami dikunjungi perkara mesti
andai terhalang tentu ralatnya sepanjang hari
Setia dia bukannya peri
kasihnya bukan sekadar fantasi
hakikat termaktub riwayatnya tertulis dilangkah kaki
cinta suami di persada hati tiada pernah dikhianati
ingin segera bertemu kini cuma menanti hari
Satu Hikayat Cinta - Khalifah
Bangsa negara hanya pesona zaman damai.
Sejarah membuktikan ianya takkan ke mana. Retak damai punahlah impian satu bangsa negara. Jangan didustakan kejadian Tuhan kerana kita tahu engkau bukan aku dan aku tetap bukan engkau.
Baik pulang saja ke jalan agama dari hidup berhayalkan idealisma. Terlebih afdal tarbiyahkan saja, war-warkan kepada kami semua, titipkan di minda anak-anak dari berbagai bangsa di negara kita, ajarkan mereka semua kata Tuhan yang nyata dari Quran....
Dimulakan dengan bismillah ... terjemahannya
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you.Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
Quran, Surah Al Hujurat Ayat 13
kita cuma ada satu hari dalam hidup ini, iaitu hari ini yang telah dan sedang kita lalui.
we just have a day in this life which is today that we have passed by and going through.
semalam hanya kenangan sedangkan esok cuma pada nama.
yesterday only in memory beside tomorrow just a name
tak siapa pernah melihat esok sedangkan semalam cuma tinggal cerita.
no body have seen tomorrow beside yesterday only a story
hari ini pasti namun detiknya belum tentu lagi.
today is sure even though the minute still uncertainty
kita cuma ada satu hari dalam hidup ini iaitu hari ini...
we just have a day which is today
p/s: sorry for the bad english translation :)
Ikhlaskah aku pada Pencipta
bicara tanpa suara sering buat hati teruja
indah bicara hati terpesona sudahnya
semuanya indah dek susunkata
penuh berhemah sopan pula
memuji dan lawak jenaka
resepi sejak dulu kala
ramai yang tercuit rasa
ramai telah terbuai jiwanya
berniat baik ramai juga
berakhir di jinjang pelamin
makin kerap terdengar cerita
namun yang terhina melara hatinya
ditipu hidup-hidup banyak juga keluar di berita
berhati-hati sekali lagi seruan buat diri dan para budiman semua
semoga di jauhkan Tuhan; kita semua dari fitnah akibat teruja bicara mempesona
Lelaki Teruja oleh Kristal
dari halus bibir lembut mata
lelaki itu teruja
dari belah dada hingga skirt paras peha
lelaki itu teruja
dari lenggang tangan hingga gelek pinggul menawan
lelaki itu teruja
sejak dulu lelaki itu sering teruja
hingga kini lelaki itu masih teruja
pada lunak suara sengaja mengoda
pada eksesori sengaja diraga
hari itu lelaki itu
berdoa agar dosa angkara nafsunya di ampun Tuhan
bukan niat melawan cuma tidak tertahan dengan cobaan
hari itu wanita itu
terpinga-pinga melihat hakikat suatu kenyataan
paling mudah ke syurga namun paling ramai ke neraka
ketika itu lelaki itu
memberi alasan tiada terdaya
sedangkan dia tahu hakikat neraka
hiasannya cukup mengoda
sedangkan pilihan masih ditangannya
ketika itu wanita itu
mempersoalkan keadilan di mana
sedangkan dia tahu tarikan itu limpah kurnia
buat dirinya bersinggahsana di hati lelaki berjiwa
dalam usaha kehidupan memakmurkan dunia bersama
Teruja bisa melanda hati hampir setiap insan. Dari anak kecil hingga yang sudah berusia, baik lelaki mahu pun wanitanya. Teruja buat akal sedar hilang fungsinya seketika, buat perasaan terlonjak-lonjak suka luar dari biasa dan ada masanya jadi pelik di mata yang melihatnya.
Teruja menguasai hati dari beberapa detik hingga ada yang memakan hari malah ada yang berbulan-bulan hidup dengan perasaan terujanya itu. Dalam tempoh teruja inilah berbagai-bagai perkara samada negatif mahu pun positif berlaku.
Kebanyakannya di luar dari jangkaan rasa kita atau tidak terfikir pula sampai ke situ jadinya kesan dari teruja itu tadi.
Walau pun ada kesan yang positif namun kesan negatifnya amat banyak dapat kita lihat terutama bila berhadapan dengan mereka yang berniat serong yang memang ahli dalam buat orang rasa teruja. Golongan pro ini memang pandai buat rasa teruja itu bersemarak di persada hati mangsanya tanpa terdaya untuk si mangsa mengawal hatinya lagi.
Bertenang dan bersikap sentiasa meletakkan hati dan minda di atas realiti mungkin cara yang baik untuk mengelakkan hati terperangkap oleh rasa teruja itu tadi.
Berdoa agar ditetapkan oleh Allah hati dan fikiran wajar diajarkan kepada anak-anak dan sepatutnya menjadi sebahagian dari rutin amalan harian kita. Selain dari sebab teruja, pernah saya mendengar dari yang alim bahawa dalam sehari delapan kali hati kita ini berbolak balik.
Berdoa dan berzikir, insyaAllah diberkati Allah akan tetap hati kita nanti.
Sayugia berhati-hatilah kerana teruja umpama ledakan di dalam hati yang kerap buat orang hilang fungsi akal dan yang lebih parah lagi tidak dapat melihat kebenaran seperti sewajar adanya.
Teruja pernah buat orang kehilangan jutaan ringgit malah ramai yang telah rosak diri dan keluarga. Ramai juga mereka yang telah ranap masa-masa indah yang dinikmati selama ini dalam sekelip mata akibat dari rasa teruja tak tentu hala. Berhati-hatilah kerana sebahagian dari kerosakan alam puncanya dari diri kita juga.
Wallahu'alam
Write anything I will accept
like a well at the foot of a hill
Tell anything because
I am the water of that well
never hot even the sun
vertical at noon
Tulislah apa sahaja kan ku terima
umpama telaga di kaki bukit.
Cakaplah apa saja kerana
akulah air di telaga itu
tak pernah panas biar pun matahari
tegak di tengah hari
Kekasih
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
~Usman Awang
dilagukan oleh Kopratasa
Tiba-tiba, tak semena-mena muncul satu-satu, sliding di depan mata, kawan lama.
Sejak dulukala hinggalah kelmarin dan baru sebentar tadi kenal. Sejak ribu-ribu hari yang lalu hinggalah puluh-puluh saat yang lepas.
Rindu kawan di saat ini dari kasih yang tersimpan di hati, maka lagu ini dituju buat kawan semua.
Sudi-sudikanlah mendengarnya kerana di setiap lapisan kasih ada rindunya yang tersendiri buat kawan-kawan semua.
Ramli Sarip SM Salim Selapis Kasih Sedulang Rindu
Sering disangka harimau akan hilang taringnya bila berhadapan dengan buaya di dalam air kerana raja di air tawar tentulah buaya.
Namun bila melihat kenyataan yang berlaku ternyata sangkaan hanya ilusi minda dari perasaan yang menyangka-yangka. Maka tentu ianya tidak boleh dijadikan sandaran hujah dalam menyatakan kebenaran.
Tiger in Croc's World - National Geographic
Original design by Blogging Secret | Sponsored by Premium WordPress Themes | Ads Theme Blogger Template