Dalam perjalanan ke Alor Gajah dari Seremban, terdapat lintasan keretapi. Kebetulan lalu pula keretapi maka kenalah berhenti menunggu. Dalam ralit tengok keretapi lalu, teringat masa belajar dulu time-time perayaan dan tiket bas pula habis, kenalah naik keretapi.


Biasanya dari stesen besar Kuala Lumpur pukul lapan lebih sikit sampai di stesen Segamat pukul satu lebih gitu. Stesen keretapi Segamat ni meriah di waktu malam. lagi pun bersambung dengan stesen bas dan teksi. Sekarang ni dah banyak berubah lah agaknya.

Biasanya tak tidur pun setelah sampai di Segamat. Kene roti canai dan teh tarik, lepas tu lepak lah kat bas stand tu sampai pagi. Ada orang-orang kat situ yang main takraw malam-malam. Lagi pun memang tak sunyi lah, radio bukan main kuat lagi kalau dah larut malam. Dalam pukul enam gitu saya naik lah bas ke Muar. Dari Segamat ke Muar dalam 50 batu gitu. Sebelum sampai Tangkak tetapi selepas dari Gunung Ledang, ada kampung Paya Mas. Saya turun kat situ. Rumah pun tepi jalan besar. Kalau nak ke Muar dari Tangkak ni dalam 25 batu lagi. Sekarang ni tak duduk situ lagi. Lama dah pindah.

Satu hari tu, dalam keretapi, dah dengar bunyi siren, tanda stesen yang paling hampir dah dekat. Kebetulan malam tu, gerabak banyak yang kosong. Saya menjenggah di tingkap dan nampak lah lampu-lampu bergerlipan tanda Bandar Segamat begitu hampir. Dalam sejuk angin malam yang menderu masuk melalui tingkap dan bunyi keretapi yang mengasyikan tu, saya ambil beg galas dan pangku sementara menunggu keretapi sampai ke stesen. Saya bersandar sambil memikirkan jangan lah tutup pula kedai roti canai tu malam ni.

Dalam saya berfikir tu, saya dikejutkan dengan suara orang ramai yang berdiri bersedia untuk turun dan bunyi siren yang agak kuat. Dah hampir benar ni, bisik hati saya. Saya jenggah lagi ke tingkap. Tapi kenapa dah macam terang pula ni, bisik hati dengan sedikit terkujat. Saya lihat yang berdiri pun ramai. Ada keluarga yang duduk di bangku sebelah. Terasa macam aneh pula. Kenapa pula ramai orang ni, dalam masa yang sama saya mula menangkap. Aku dah terlepas stesen Segamat la ni. Rupanya saya terlelap di saat akhir sewaktu di segamat tadi dan sekarang berada di stesen keretapi Kluang.

Kene lah naik bus patah balik melalui Air Hitam, Batu Pahat, Muar dan seterusnya Tangkak. Jauh tuu..Tapi nak buat macam mana..bukan drebar keretapi tu yang lelap tapi saya sendiri yang terlelap.

0 comments

Labels