Showing posts with label Di Titik Ini. Show all posts
Showing posts with label Di Titik Ini. Show all posts

Today is a very hot day. Too shining every where. Hope rain will come down in the afternoon.



Paneh betul hari ni. Pheh ni baru panas dunia, neraka sok macam mana gaknya. Silau tengok luar. Nak jalan-jalan pun tunggu petang nanti lah nampaknya. kalau hujan turun best juga ni, syukran syukran.

Anak isteri kat kampung lagi, maklum lah raya haji dan cuti sekolah. Tinggal lah sorang melayan blog ni.

Bila dah sorang, gi kedai pun sorang gak lah, tapi gambar ni kita amek masa on the way nak balik tau, bukan masa nak pergi.


Penting sangat, mineral water, roti kot-kot lapar malam buta kang. Sabun basuh kain tak boleh lupa, lupa kalu basuh baju tak bersabun lak kang.
Dah sorang-sorang ni tah apa-apa buatnya, kejap kulu kejap kilir, kejap jenggah depan rumah.

Kejap tengok belakang rumah

Tang ni paling malas, nak basuh kain. Malas ni bukan masa ni je, sejak azali lagi. part basuh kain..adoi..yang malas nya masa nak sidai tu. Tapi kena lah basuh jugak.. tih tih tih

Den pergi mini market. Tak rajin nak masuk, lagi pun anak-anak dah besar, dia orang ada untuk temankan emaknya.

Den duduk melepak kat luar sambil meratikan apa yang patut.

Tiba-tiba den terpandang pondok telepon ni. Tak patut, tak patut, dalam den duduk meratikan apa yang patut, ternampak pula apa yang tak patut.

Sakit hati betul dia org ni tengok telephone tu elok dok situ. Hampeh betul sapa yang buat macam tu. Memang sah tak de perasaan.

Di kesempatan ini ingin ku ucapkan selamat menunaikan fardhu haji buat bapa saudara ku Jelani Nadar Khan dan juga kepada kaum muslimin dan muslimat. Selamat berjaya di dalam mengerjakannya. Semoga Allah menerimanya dan di anugerahkanNya keampunan dan rahmatNya, amiin...

Hari ni sabtu, aku cuti. Aku benar-benar bercuti hari ini. Tidak kerja lebih masa di pejabat walaupun ada kerja yang nak disiapkan dengan segera. Cuaca pula sememangnya merestui cuti ku ini. Dari malam tadi hujan bawa ke pagi. Hari ini pula mendung dari pagi hingga ke petang.

Matahari tentu rindu pada aku hari ini. Apa nak buat, awan yang memutih langsung tidak memberi nya peluang untuk menjengah aku. Tak apalah, insyaAllah jika esok masih ada untuk ku, keberangkalian bertemu wajah tentu besar.


Esok aku kena kerja lebih masa disebabkan tutup akaun hujung bulan. Kau pancarkanlah sinar cahaya mu. Pasti aku gembira menikmatinya. Lagi pun tanpa kehadiran mu hari ni buat aku lesu dan malas. Sejuk dan mendung buat aku tak ke mana-mana hari ini.

Maafkan lah aku matahari, biarpun pernah aku merunggut kerana panahan sinaran mu begitu kuat di tengahari,tapi bila kita tak bersua, aku terasa betapa kehadiran mu amat diperlukan.

Biasalah tu, ada didepan mata tak siapa yang kisah, bila tiada baru tercari-cari.

photo: www.psy.ritsumei.ac.jp/~akitaoka/sun

Labels