Bila melihat anak-anak ini tersenyum dan melambai-lambai tangan, terharu dan tersentuh juga hati ini. Di dalam gundah gulana kehilangan yang tersayang terutama ibu ayah dan adik beradik, mereka masih boleh tersenyum dan melambai tangan. Itulah keharmonian hati kanak-kanak.

Perjalanan masa depan masih kelabu. Bantuan untuk hidup berjaya di masa depan belum tentu sampai ke tangan mereka. Phobia dari dentuman bom dan roket penceroboh tentunya sedikit sebanyak menganggu tidur mereka. hanya mereka yang tahu erti derita dan susah akibat diserang dan dicerobohi. Kita hanya boleh berbicara, bahu mereka yang memikulnya.

Dalam keadaan negara Islam sendiri tidak sebulu, pemimpin arab pula lebih gemar bertekak dari bermuswarah, apalah harapan yang mereka boleh pautkan.

Sama-sama lah kita berdoa agar sinar bahagia akan muncul semula buat kamu anak Iraq. Hanya ini yang mampu kami lakukan, kerana kami juga daif dan lemah. Lemah dalam dunia yang menghiburkan dan daif kerana kami juga tiada kekuatan untuk menandingi mereka si penceroboh itu.

Benar kata Tuhan, hanya dengan bersatu baru kita boleh menandingi mereka.

Assalamualaikum wahai anak Iraq.

0 comments

Labels