Najib Tun Razak melihat sebahagian daripada lembu Qurban yang akan diagihkan kepada masjid-masjid, surau, Badan Kerajaan dan NGO dalam Parlimen Pekan pada Majlis Penyerahan Surat Wakil Pengurusan Ibadah Qurban Aidiladha 2009 di Pekan, Pahang, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali

Baru lepas baca utusan malaysia tentang raya haji atau pun raya korban yang dah dekat sangat tu.

Ramai yang melakukan korban setiap kali raya korban atau raya haji. Ramai yang balik kampung setiap kali raya. Maka banyaklah cerita yang kita dengar dan baca setiap kali raya.

Kadar kemalangan meningkat setiap kali raya atau cuti perayaan di Malaysia. Bro fikir kita semua patut lebih bersabar dan berhati-hati di jalanraya di musim raya ni. Jangan biarkan diri dikorbankan oleh mereka dan diri sendiri yang lalai dan cuai.

Yang balik naik bas pun kena hati-hati. Mana yang kampung jauh ke dalam, elakkanlah sampai lewat malam di perhentian terakhir sebelum sampai ke rumah.

Ada sekali tu, bro balik kampung naik bas. Ada awek cun juga dengan pakaian pejabat rasanya siap dengan blazer dan skirt pendeknya duduk bangku depan sikit dari tempat bro duduk. Sepanjang perjalanan awek tu kelihatan resah je.

Bila sampai di hentian terakhir hari dah lewat malam, dalam pukul 12 lebih sikit. Stesen bas tu pula dah gelap je maklumlah stesen bas kawasan luar dari bandar. Bro turun dan perhatikan awek tu, dalam hati ada juga rasa risau tengokkan awek tu sebab bro pernah dengar ada kes awek terkorban ikut orang balik bila bas nak balik ke rumah habis.

Tak lama kemudian dalam dok leka meratikan awek cun tu, datanglah dua tiga orang lelaki menawarkan "kereta sapu" untuk menghantar awek tu pulang. Sambil merati tu bro terdengarlah perbualan dia orang. Jauh rupanya awek tu nak balik dalam 50 kilometer nak nyampaikan ke rumahnya. Ada yang macam mengempak, kalau tak nak tak pa, tapi sini gelap gelita dan malam-malam ramai budak muda lepak ni; kata salah sorang dari pemandu kereta sapu tu. Awek tu tak taulah kenapa, tapi kelihatan dalam keadaan serba salah, mungkin tambang yang nak dibayar pun berlipat kali ganda tu.

Kebetulan awek cun tu pandang hala ke bro, pucuk di cita ulam dah datang, maka bro pun lambai awek tu dan dia pula terus datang dekat bro. Dik, gi cakap dengan dia orang tu nanti saya pikir dulu, tidak nanti dipaksa-paksanya kamu naik kereta dia orang tu.

Lepas tu bro cubalah tenangkan awek yang dalam kalut lagi gabra tu. Macam ni hari dah lewat malam ni. Ni malam raya korban, bahaya kamu lama kat sini, silap-silap terkorban pula kamu nanti. Dia orang tu ramai, kalau betul pemandu kereta sapu tak pa, takut pemandu kereta sapu lain je. Ikut bro baliklah, esok pagi-pagi kamu baliklah rumah. Awek tu tak tau apa nak fikir agaknya, di sana kemungkinan ada rimau sedang tunggu, yang depan dia ni pun ntah ntah buaya, tiba-tiba offer baik ajak balik rumah. Sebelum sempat awek cun melalut mikir yang tak menentu, jom kita gi telepon rumah bro kejap. Maka bro pun telepon isteri di rumah dan bagi awek cun tu cakap dengan isteri bro. Sebelun tu bro dah info lah isteri nak bawak awek cun balik he he.

Selepas ganggang telepon diletak, barulah nampak semula seri di wajah awek cun tu..Lega agaknya dia kerana kompem di rumah bro ramai orang dan ada anak dan isteri.

Maka malam raya korban tu merasalah bro bawak balik awek cun. Di rumah dia borak-borak dengan isteri dan anak-anak bro sebelum tidur.

Keseokan paginya, awek cun tu baliklah ke rumahnya di Muar. Sempat juga bro pesan kat dia, lain kali hati-hati, plan awal beli tiket, bahaya lom jadi kita tak kesah, dah jadik sesuatu, kita yang susah. Dia senyum dan ucapkan terimakasih kat bro dan isteri bro. Dia janji nak datang lagi. Masa Liza nak naik bas balik ke kampungnya, dalam hati bro kata, he he cun juga dia ni.

Kesimpulannya, perancangan balik kampung penting untuk elakkan terpaksa memandu laju dan mengelakan kehabisan tiket. Bahaya belum berlaku kita tak kesah, dah terjadi sesal tak sudah.

0 comments

Labels