Aku tiba-tiba jatuh hati pada sajak Arwah W.S Rendra ini, sajak sebatang Lisong. Telah ku dengar berkali-kali. Aku ingin mendengarnya lagi. Makin ku dengar makin terasa kebenarannya.

Aku rakyat Malaysia. Negara tumpah darahku juga tidak tersisih dari masalah dan delima di dalam kehidupan rakyatnya. Ada yang suka berlaga dan ada yang seolah-olah suka dilaga-lagakan. Ada yang menyerah diri untuk dilagakan oleh mereka yang pintar berkata-kata.

Perselisihan dalam pandangan agama juga melebar luas. Ada yang benar-benar tidak sepakat dalam pandangan tentang sesuatu perkara kerana perbezaan perguruan. Ada yang berselisih pendapat dalam hal agama kerana politik. Ramai juga yang berusaha atas kebenaran namun dihimpit kerana kebenaran yang ingin ditegakkan.

Masalah sosial dikalangan pelajar juga makin menjadi-jadi. Buli, dadah, pergaulan melampaui batas ugama, melawan guru dan banyak lagi, kalau nak diberi contoh banyak sangat. Itu belum lagi soal malas belajar dan memandang ringan tentang persekolahan. Ramai yang hanyut dalam kesibukan bermain-main dan keasyikan berhibur samada di dalam rumah sendiri mau pun di luar rumah.

Pendekata semua golongan harus sedar dan insaf. Dari atas sampailah ke bawah termasuk diriku sendiri. Tujuan utama manusia Islam dihadirkan ke dunia ini mesti jangan dilupakan samada dia pemimpin, rakyat biasa, pelajar mau pun orang dewasa. Yang beruniform mau pun tidak beruniform.

Jangan asyik dengan ucapan pemimpin kerana dalam politik demokrasi yang alim dan tidak alim hampir sama akhirnya. Jangan asyik dengan ucapan pemimpin kerana ianya boleh mendatangkan taksub. Jangan asyik dengan ucapan pemimpin, maksudku peringatan Nabi Muhammad s.a.w pemimpin nombor satu umat Islam mesti didulukan, mesti dijadikan sandaran agar umat tidak tersungkur di pintu kebenaran. Akal mesti digunakan, ilmu mesti digarapkan dalam menilai kebenaran yang diucapkan.

Ilmu perkara utama dalam kejayaan. Usaha bersungguh intisari dalam mencapainya. Pegangan agama pendinding lupa diri dan angkuh pada kejayaan.

Apalah makna kejayaan dan kemajuan negara kalau yang maju dan berjaya itu bukan kita umat Muhammad.

Bersatulah umat Islam kerana Allah demi kejayaan umat. Bersatulah nusantara demi kejayaan penyebaran ajaran agama Islam. Bersatulah..


-aimmynick

Apalah artinya berpikir, bila terpisah dari masalah kehidupan
- Arwahyarham W.S Rendra

"Sajak Sebatang Lisong" dipersembahkan Rendra buat mahasiswa ITB dan dibacakan pada 17 Agustus 1977, sekaligus menjadi salah satu adegan fil "Yang Muda Yang Bercinta" karya (alm) Syumandjaja yang dilarang peredarannya
Koleksi: ChildUnderground


6 comments

  1. L.Lawlett // February 3, 2010 at 12:13 AM  

    kalau la ramai yang sedar,,,

  2. cikTi // February 3, 2010 at 8:36 AM  

    btol3,.

    skrg,,nk taat kpd pmimpinla konon,,
    pemimpn plk,,ramai yg jahil,.
    so,,rkyat,,smayang ntah ke mana,,
    xtakutkan Allah,.,x ingt pesan nabi

  3. umihoney // February 3, 2010 at 11:12 PM  

    setuju sekali dengan huraian saudara.

    Ingatlah:
    Adat bersendikan syara’, syara’ bersendikan Kitabullah

    Jaga akhlak anak2 kita:
    Melentur buluh dari rebungnya

    Carilah ilmu dunia akhirat:
    Berguru ke padang datar,
    dapat rusa belang kaki
    Berguru kepalang ajar,
    bagai bunga kembang tak jadi

    Imanlah benteng dan perisai.Semoga selamat dunia akhirat buat kita semua.Amin.

  4. Aim My Nick // February 4, 2010 at 2:34 AM  

    Trima kasih UmiHoney dengan bicara hikmah itu, benar berguru kalau main-2 semuanya sia-sia saja.

  5. Aim My Nick // February 4, 2010 at 2:37 AM  

    tk Cik Ti, aha kan yang sia-sia kita la, bila di beri kesetiaan, di sia-siakan pula oleh yang kita sokong. Asasnya kena taat pada pemimpin biarpun ianya bukan Islam, ialah kalau kita tinggal di thai atau pun Us, kita kena la taat pada pemimpin di sana, selagi tidak melanggar perintah Tuhan. Cuma bila pemimpin seagama bermain tarik tali dalam hal agama, ini tentu lah lagi tidak patut.

  6. Aim My Nick // February 4, 2010 at 2:38 AM  

    Betul tu L.Lawlett. Oh ya terimakasih sudi hadir ke sini. Kalau la ramai yang sedar, tentu kita semua lebih bahagia agaknya, tinggal di bumi bertuah ni

Labels