Bosan malam bila mata tak mahu lelap
bosan siang bila tiada apa nak dikerjakan

bosan ibu baru berkemas disempahkan semula
bosan ayah segala diberi anak leka bermain
bosan cikgu melihat murid malas belajar
bosan murid badan di kelas hati ingat senang diluar
bosan pemimpin kemudahan disediakan rakyat masih bermimpi
bosan rakyat tak sudah melihat pemimpin asyik bertelagah

Bosan hidup cita dikejar susah tak sudah
bosan mati belum pernah ku dengar lagi

Bosan cuma keletihan diri menongkah arus
Bosan cuma tak sabar hati melayan hari
Bosan cuma tanda perasaan mengatasi fikiran
Bosan cuma tanda lemah fikiran mencari solusi

Berjuta orang sedang sibuk
berjuta kerja sedang dilaksana
berjuta ilham sedang dinukil
berjuta impian sedang diusahakan

Kita pula memanjakan hati melayan bosan

Anehkan...

0 comments

Labels