Hakikat hidup insan punya perasaan
ada cinta, ada kasih dalam hatinya
hakikat hidup insan tak boleh putus asa
kerana rahmat Tuhan tiada tepinya

Hakikatnya insan memang lemah
dalam mengharung perasaan
ada tikanya kecundang
teranjak keteguhan hatinya

Hakikatnya rugi besar
jika dibiar diri terusan melara
akibat patah hati kerana cinta manusia
ruginya bukan sedikit
dunia diganti dengan keyakinan
pada takdir dan rahmat Tuhannya
rugi bukan, tersangat ruginya

Andai patah hati oleh kecundang
dalam mengejar harapan
kembalilah pada hakikat kejadian
kita insan tak boleh putus harap
dari rahmat Tuhan yang maha kaya
yang mencipta kita dengan rahmatnya jua.

Kasih Yang Suci oleh Jay Jay

0 comments

Labels