Sejarah betul ni, dapat bunga di hari ulang tahun yang ke tiga puluh tujuh. Siapalah pula yang gatal tangan hantar sekuntum bunga ros ni, sendirian Armani bicara sebaik sahaja penghantar bunga florist de love melangkah meninggal pejabatnya. Habis satu pejabat ditanyanya, tidak seorang pun yang mengaku.

Naik pening Armani memikirkannya. Paling buat Armani terpening bila membaca kad ucapan yang disertakan sekali, awalnya biasalah ucapan, salam harilahir buat saudara. Hujungnya tu yang buat Armani tertanya-tanya siapakah gerangannya, sekian lama saya melihat, sekian pula bosannya jika tidak kelihatan, yang ikhlas, hati yang meninjau kasih. Ayatnya pula lain macam je bunyinya. Pelik.. pelik, fikir Armani lagi.

Siapa agaknya ek, begitulah sentiasa bermain di fikiran Armani sejak dia mendapat sekuntum bunga ros di hari ulang tahun kelahirannya itu . Armani yang lurus dan telus sikapnya membawa pulang kuntum bunga ros dan diunjukan kepada isterinya. Untunglah abang ada "secret admirer". Armani cuma tersenggeh bila mendengar telahan isterinya itu. Bos abang agaknya yang beri, teka isteri Armani. Tekaan yang bukan sembarangan. Hati kecilnya berdetik nama bos suaminya sebaik sahaja Armani menceritakan kepelikannya tentang pemberi bunga ros itu.

Bos abang, eh mustahil.. mustahil. Apahal pula dia nak tulis sekian pula bosan jika tidak kelihatan. Sikit punya lawa, kaya pula tu, kenyit sebelah mata, bergolek lelaki datang dapatkan dia. Abang ni anak sudahlah tiga belas orang, Dreba pula tu, balas Armani yang tidak nampak akan lojik telahan isterinya itu.

Ros cuma diam. namun hatinya mula resah sejak hari itu. Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi pada diri dan anak-anaknya yang tiga belas orang itu jika suaminya disambar Cik Ros, bos suaminya.

Kebetulan pula awalan nama mereka sama. Cuma Ros telah bersuami dan telah tiga belas kali meneran manakala Cik Ros, bos suaminya janda berhias awal tiga puluhan. Isteri mana tak keruan hatinya mentelah pula suaminya baru sahaja mendapat sekuntum bunga pemberian di hari lahir.

Sudahlah buat apa awak menung-menung tu, kalau abang nak mengatal lama dah, pasang tiga pun boleh, tegur Armani bila dilihat isterinya mula termenung sejak dia memberitahu akan hal bunga dan kad ucapan tersebut. Namun di benaknya, Armani terfikir-fikir juga akan cakap isterinya itu. Betul ke Cik Ros yang beri bunga dan tulis kad ucapan macam tu. Bunga pula ros, mungkin ini satu "clue". Ah ! payah pening-pening kepala esok aku tanya "direct" pada Cik Ros, lagi senang, fikir Armani sambil menarik selimut dan memeluk anak bungsunya yang baru sembilan bulan itu.

Di pejabat pagi itu, belum sempat Armani menghampiri meja kecilnya itu, Cik Ros memanggilnya masuk ke bilik. Baguslah fikir Armani walaupun hatinya agak ragu-ragu apakah perlu atau tidak dia bertanyakan akan hal bunga ros itu.

Saya nak minta maaf dulu Abang Man, Cik Ros memulakan bicara sebaik sahaja Armani menarik kerusi di hadapan meja Cik Ros. Saya tahu abang Man terganggu dan asyik bertanya kawan-kawan di pejabat tentang bunga ros tu. Sebenarnya saya yang beri dan tulis kad tu, sambil memandang ke arah pekerja di luar dari biliknya, Cik Ros menuturkan kata-katanya dengan nada yang agak perlahan dan terhenti-henti. Malu pun ada, tapi Cik Ros terpaksa menyatakan hal sebenarnya bila dilihatnya Armani resah sejak mendapat pemberian bunga darinya itu.

Oh.. saya ingat siapa yang beri, Cik Ros rupanya. terima kasih Cik Ros. Saya bukan apa, bertanyakan kawan-kawan untuk nak ucapkan terimakasih kalau -kalau dia orang yang berikan saya hadiah bunga tu, jelas Armani cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya. Saya pula, tak pernah seumur hidup dapat hadiah bunga ni. Itu yangbuat saya "excited" sangat nak tahu.

Tanya sikit boleh Cik Ros, ucapan akhir Cik Ros dalam kad tu bermaksud atau suka-suka je, tanya Armani lagi. Cik Ros tunduk kemalu-maluan.

Bermaksud, ringkas sahaja jawapan yang Cik Ros berikan. Maafkan saya abang Man. Lupakanlah kad tu. Saya rasa bersalah pula kerana menganggu ketenangan abang Man. Masa saya tulis tu saya tidak dapat menahan gelojak di hati saya yang telah lama memerhatikan abang Man. Bila saya fikir-fikirkan kemudian, saya berasa amat bersalah pula. Saya juga bimbang jika ianya turut menganggu keharmonian rumah tangga abang Man pula nanti. Armani tunduk sahaja sewaktu Cik Ros meluahkan rasa kesalnya itu.

Janji ya abang Man jangan cerita dengan sesiapa. InsyaAllah Cik Ros jangan risau, saya faham. Saya pun dulu pernah tulis kad pada awek yang saya suka, tapi dia tak layan pun. ujar Armani sambil tersenyum.

Betullah Ros teka, memang Cik Ros yang beri, tapi dia minta maaf pasal katanya dia rasa bersalah kerana menganggu kita, Armani begitu bersemangat bercerita sebaik sahaja pulang dari kerja. Ros diam tidak berkata sepatah pun. Agakkannya kini telah menjadi nyata.

Hari-hari yang dilalui selepas itu seperti biasa semula. Armani tidak pening lagi. Armani bersikap bersahaja begitu juga dengan Cik Ros. Mereka sama-sama berjanji untuk melupakan sahaja kesah bunga ros itu.

Petang itu, Cik Ros mengambil cuti separuh hari. Armani pula pulang awal. Terkejut besar Armani sebaik sahaja dia sampai di rumah Cik Ros sedang berbual-bual dengan isterinya. Abang duduk dan dengar saja tau, jangan tanya apa-apa dulu, Ros yang tidak pernah mengarah suaminya selama ini, tiba-tiba mengeluarkan arahan yang agak serius petang itu. Cik Ros hanya diam dan tunduk.

Saya dah bincang dengan Cik Ros. Keputusan telah saya buat dan abang mesti terima. Saya akan pinangkan Cik Ros untuk abang. Abang ada isteri baru dan saya pula ada adik baru. Satu sahaja yang saya harapkan, abang adillah pada saya dan anak-anak kita yang tiga belas orang tu. Selain dari tu saya faham dan saya rela. Hampir sahaja nak terkeluar biji mata Armani sebaik sahaja mendengar bicara isterinya itu.

Maaf Cik Ros, Armani meminta izin untuk dia berterus terang kepada Ros isterinya. Kenapa Ros tak bincang dengan abang dulu, lagi pun abang bukan ada ingat nak kawin lain pun. Begitu serius wajah Armani sewaktu meluahkan kata-katanya itu. Cik Ros hanya tunduk. Tangannya digengam erat oleh Ros, isteri Armani.

Betul ke apa yang abang dengar ni Ros, macam bermimpi pula abang ni rasanya.

Betul, jawap Ros agak tegas juga sambil menghulurkan sebuah buku nota kecil kepada Armani. Hampir hendak di tepuk dahinya tapi tak jadi. Di pandang wajah isterinya Ros mencari realiti tentang perasaan isterinya di saat itu.


Armani tersenyum lebar sambil mengusap-usap bahu cucunya yang duduk di sebelah di atas bangku di halaman rumahnya. Ros dan Cik Ros pula sibuk di dalam untuk menyediakan hidangan minum petang bersama anak-anaknya. Maklum lah campur anak dan cucu hampir empat puluh lima orang semuanya yang ada untuk minum petang. Beginilah bila cuti sekolah. Hampir semua anak-anaknya pulang ke kampung. Syukurlah rumah banglo yang telah diwakafkan oleh Cik Ros untuk mereka bertiga tinggal bersama-sama sebumbung selama ini agak besar juga.

Sewaktu Cik Ros sibuk dengan perniagaannya di pejabat, Ros pula sibuk menjaga anak-anaknya dan anak-anak Cik Ros dengan suaminya. Armani pula tugas hariannya menghantar Cik Ros pergi dan balik kerja. Selain itu dia juga bertugas menghantar isterinya yang selang setahun melahirkan anak ke klinik bidan di kampung tempat mereka tinggal. Tahun ni Ros cuti, Cik Ros pula melahirkan anak. Begitulah hingga genap dua dozen anak-anak Armani.

Atok, bagilah kita orang baca nota atok tu, atok kata atok masih simpan lagi nota tu, tanya cucu perempuan Armani sebaik sahaja Armani habis bercerita riwayat hidupnya beristeri dua. Sibuk sangat cucu-cucunya asyik bertanya macam mana atok mereka boleh beristeri dua dan hidup aman damai.

Nota tu rahsia atok dengan nenek-nenek korang. Cerita atok dah habis. Armani terus bangun masuk ke dalam rumah. Kalau aku layan cucu-cucu aku ni, habis pecah semua rahsia aku nanti, senyum lebar Armani melihatkan gelagat cucu-cucunya itu. Macam-macam ditanya oleh mereka sejak dari tadi.


Ros dan Cik Ros sedang sibuk duduk berborak sambil sesekali menjawab pertanyaan anak-anak perempuan mereka. Mak Ros mana dulang besar, Mak ! mak ! Riuh rendah suasana di dalam rumah. Cucu-cucu pula ada yang berlari ke sana sini. Anak-anak lelaki dan menantu ada yang ke padang sekolah bermain bola. Demam piala dunialah tu.

Armani tetap seperti dulu, "cool". Alah bisa tegal biasa. Padanya dari hingar bingar bunyi kenderaan kenderaan di bandar, elok lagi bunyi jeritan cucu-cucunya yang bermain dan berlari keluar masuk rumah tu.

Di dalam bilik sementara menanti dipanggil untuk minum petang bersama, Armani mengambil nota kecilnya yang diselitkan di bawah lapik almari bajunya.

Aku sayang Ros dan aku suka Ros. Sayangku cuma Ros (bini akulah) kasihku juga Ros (bos akulah). Terdapat pula lakaran kartun lidi di bawahnya. Dua darinya bertocang berdiri di kiri kanan kartun lidi yang kelihatan lebih tinggi. Tak sangka conteng-conteng sewaktu bosan menunggu Cik Ros turun untuk di hantar ke kilang herbanya di Kuantan dulu, menjadi sebab untuk dia beristeri dua. Namun Armani tahu. Hakikat sebenarnya adalah takdir.

Hai belek apa tu bang ! Terperanjat Armani bila tiba-tiba Ros menepuk bahunya dari belakang. Tak ada apa-apa.

Eleh kita tahu abang tengah terbelek-belek nota abang tu kan. Jom minum, hidangan dah tersedia. Armani merenung isterinya. Ros, abang tanya sikit boleh. Sudah beribu kali abang tanya, tapi tiada jawapan. Abang harap kali ni Ros jawablah ek, pujuk Armani yang amat berharap jawapan kepada persoalan yang sekian lama bermain di kalbunya itu.

Abang ingat tak lagi abang pernah cakap dulu. Perempuan ni banyak perkara dia rela berkorban., tapi bab berkongsi kasih dia tetap menolak. Ada masanya dia begitu rela melaksanakan perintah Tuhan biarpun sedikit kepayahan untuk ditanggungnnya. Namun bab suami dan kasih sayang biasanya perempuan mendahului perasaannya dari hak yang telah Tuhan tetapkan walaupun janji payung emas itu datangnya dari Tuhan yang maha adil.

Oh.. kerana itu ke Ros pinangkan Ros untuk abang. Agak terkejut Armani dengan jawapan spontan isterinya itu.Sekali lagi dia tidak menyangka itu punca sebenar isterinya Ros sanggup hidup bermadu. Betul abang pernah cakap tapi bukan abang maksudkan Ros.Abang saja je masa cakap tu.

Abang juga ada cakap, yang benar tetap benar dan kalau kita melakukan perkara yang tidak benar, kita bukanlah orang yang benar dan lurus jalannya.

Abang .. kak.. jom lah minum, tiba-tiba Ros yang tersembul di muka pintu mencelah.

Aha jomlah minum bang, anak cucu penat tunggu tu, Ros memotong cakapnya sendiri sambil melangkah meninggalkan Armani. Di muka pintu dipegangnya tangan Ros dan mereka berpimpin tangan menuju ke ruang makan.

Armani masih tercegat di depan almari pakaian. Benar-benar tidak disangkanya kata-katanya yang berupa komen terhadap satu rancangan keluarga di kaca televisyen satu masa dulu benar-benar diambil berat oleh isterinya Ros. Lagi tidak disangka, Ros yang agak lincah dan tidak menonjol kewarakannya suatu masa dulu mampu berhati semulia itu.

Ingatkan kerana dia kesiankan aku atau kerana sayangkan aku. Rupanya kerana mengharapkan kasih dan rahmat dari Tuhan rupanya. Sayu pula hati Armani di saat itu mengenangkan ketulusan hati Ros.

Ros pernah juga memberitahunya sebelum ini yang dia ikhlas dan sudi merawat derita patah hati Cik Ros akibat kematian suami pertamanya di malam pertama perkahwinan mereka dulu dan kerana itulah dipinangkan cik Ros untuk Armani. Namun bila jawapan sebenar keluar dari mulut Ros sebentar tadi, pheh ! respek betul Armani. Mulia sungguh hati kau Ros.

Berapa banyak tak sangkalah aku ni, jangan-jangan adalah lagi perkara yang aku tak sangka lepas ni. Armani senyum sendiri sambil melangkah keluar dari bilik.

Payung Emas buat Ros, penawar patah hati buat Ros dan aku he he tumpang seronok.Tak sangkakan rupa-rupanya ros juga bunga pujaan hatiku. Aduh..tak sangka lagi.


*************

Kekasih disampaikan oleh Jay Jay

Undergoing MyBlogLog Verification

0 comments

Labels