Tolong Sikit Boleh ! tiba-tiba aku terserompok dengan pertanyaan di pertengahan jalan dari kantin ke pejabat. Seorang wanita muda memandang ku. Wajah berseri dengan senyuman dilarik memandangku tepat di mata. Aku pun senyum dan terus menjawab, tak boleh.

Apa kamu cakap, tak boleh ! Kenapa tak boleh tolong, minta tolong sikit pun tak boleh nak tolong ke. Wajah manis dihiasi senyum dilarik kini berganti dengan dahi berkerut dan sedikit warna kemerah-merahan terserlah di hidung dan pipinya yang putih melepak itu.

Suaranya juga tidak selembut tadi. Kenapa tak boleh tolong ? tanyanya lagi bila dilihatnya aku cuma senyum dan masih senyum tanpa berkata sepatah apa.

Saja malas nak tolong, aku jawab dengan nada yang paling lembut sambil cuba melangkah. Eh nanti dulu, jawab dulu kenapa tak boleh tolong, Akak kan minta tolong baik-baik, kenapa kamu jawab macam tu, dia melahirkan ketidak puasan hatinya dengan keadaan abnormal yang mungkin pertama kali ditemui dalam hidupnya.

Aku berhenti melangkah dan berpaling semula menghadap wajah yang kini sudah hilang ayunya untuk seketika. Kakak bertanya boleh ke tidak dan saya pun jawab tidak, soalan yang ikhlas dari kakak dengan jawapan yang ikhlas dari saya. Aku senyum dan melangkah meninggalkannya tercanggak-canggak sendirian di lobi pejabat.



Sewaktu membuka pintu bilik, aku berpaling muka melihat wanita itu. Dia masih membebel sendirian sambil bercekak pinggang merenung ke arah ku.

Tidak puas hati betul dia. Aku tersenggeh-senggeh sendirian. He he..sesekali aku buat perangai cuma lepas ni aku janganlah cuba-cuba minta tolong dari dia, tentu dibalasnya nanti, aku mengagak.

Tidak semua perkataan yang kelihatan ikhlas meniti di bibir itu di maksudkan seikhlas itu juga di hati. Sudah lama aku tahu hakikat itu cuma baru tadi tanpa sengaja tergerak di hati untuk membuat ujikaji.

Tapi tak elokkan buat macam tu he he.. sekejap lagi aku kena jumpa akak tu, minta maaf.

photo dari internet 
sekadar hiasan


4 comments

  1. Fatin Zulkifli // January 23, 2011 at 4:19 AM  

    senyum sekejap (^_^)

    ekperimentasi yang unik!

  2. Hati Curio // January 23, 2011 at 4:50 AM  

    akak tu tak marah lagi, dah baik semula..lom sempat minta maaf, dia dah maafkan dulu. tk Fatin hadir.

  3. Umihoney // January 27, 2011 at 1:28 PM  

    Semua orang pun melalui phasa yang sedemikian juga dan akan ada masa kita berhenti seketika atas sebab sebab yang berbagai..mungkin atas sebab sebab yang sofistikated macam saudara alami tapi selalunya atas sebab yang mudah jer.. jemu dan malas..dan ini adalah normal..ada yang mengambil masa yang sekejap untuk berihat dan membuat sesuatu yang lain dan ada yang mengambil masa yang agak lama untuk kembali semula ..ada yang berhenti terus. Namun walau apa pun yang kita buat ia mestilah memberi kegembiraan pada kita, kalau tidak ada itu..maka sebab sebab yang lain menjadi tidak penting lagi. Selamat kembali.

  4. Hati Curio // January 28, 2011 at 12:03 AM  

    benar sekali kata UmiHoney tu, yang penting gumbirakan..ialah dari berhenti terus elok juga ada psoting sikit-sikitkan, mana tahu satumasananti semanggat balik :)

Labels