Entah kenapa setiap kali terdengar lagu ni atau tertengok promo dramanya di kaca tv, rasa tak sesuai betullah benda ni dengan budaya dan ajaran ugama.

Biar pun satu malaya suka dan setuju, aku tetap rasa benda ni menghina. Jonggang tu Tuhan yang buat. Kutuk jonggang serupa menghina siapa tu !

Lagi pun, dikatakan media massa membina minda, minda apa yang nak dibina dengan lagu dan slot drama seumpama itu. Membina minda mengutuk dan menghina adalah rasanya. Mentelah pula kanak-kanak begitu hafal lagu ni. Halimah jonggang, jonggang jonggang, Halimah gigi jonggang.

Bayangkanlah ada yang betul-betul jonggang lalu walaupun namanya bukan Halimah. Sedihkan...

Antara liriknya pula, jangan-jangan ku digoda, tengok bayangmu pun ku tak selera. Mungkin kita lebih sedikit sempurna, bolehlah kutuk orang, cuba kita pun jonggang dan tiada siapa yang berselera hatta untuk memandang, apa rasa hati kita.

Apa pun, dalam menghina ( pada fikiran saya ) ramai yang suka lagu ni. Dramanya pun ramai yang tengok.

Di alam demokrasi, bila majoriti bersetuju eloklah benda tu walaupun hakikatnya di sudut agama mungkin sebaliknya. Begitulah resamnya dunia masakini, menghina dan mengutuk juga sebahagian dari bentuk hiburan yang diterima masyarakat rupanya.

Aneh tapi benar.



Ada ke patut rupa paras bahan melawak.. tak patut..tak patut.

2 comments

  1. HaSue // February 8, 2011 at 10:24 AM  

    ntah laa..kadang2 aje tengok drama ni..x ikut sgt jalan citernya..huhu.
    Tapi lagu gitu memang kalau diikutkan menghina org bergigi jongang kan.
    Ni mesti nak bagi laku org jual braces(pendakap gigi) nih..haha

  2. Hati Curio // February 9, 2011 at 5:18 AM  

    he he promosi braces..saya pun tak ikut cerita tu, cuma rajin keterbetulan terdengar time-2 ngeteh kat kedai time minum petang gitu.

Labels