Sakit gigi meresah rasa
kerja tak selesa
senyum pun terpaksa

Namun ada nikmatnya
betul ! sakit gigi pun ada nikmatnya
nikmat sungguh rasanya

Pheh ! lega bukan kepalang
rasa nak berlari-lari keliling padang
nak beritahu semua orang
sebatang gigi sudah hilang
pergi bersama sakitnya yang bukan kepalang
syoknya tak terbayang
tersenyum sampai ke petang

Nikmatnya sakit gigi
selepas cabut gigi.

Sendiri mahu ingat ni
Nikmat adanya gigi
Bila sudah tinggal gusi

Berkata-kata di hati
kalaulah aku jaga gigi
menyesal tak guna lagi
Bila gigi pergi meninggalkan gusi
sendiri.

Orang senyum kita yang susah hati
terpaksalah cari gigi palsu sebagai ganti

Sampai di sini hingga jumpa lagi
kata akhir dari ku kali ini
gigi cantik senyum berseri
ikhlas di hati pahala pula diberi

Sakit Gigi di sampaikan oleh Indra Shahrir

HatiCurio

0 comments

Labels