Pening.. memang pening, haru biru dibuatnya. Sudah hampir tiga bulan lebih si kecilnya menangis tak menentu masa. Menangis sepanjang masa. Berikan susu, senyap. Habis sahaja susu, menanggis semula. Walaupun menangisnya tidaklah nyaring, tapi telah berlanjutan selama lebih tiga bulan.
Ini buat hampir seluruh keluarga susah hati dan bagi Leman ini cukup buat dia pening apatah lagi dalam keletihan balik dari kerja.
Apa nak lagi ni Udin, susu apak dah beri, naik lenguh tangan apak enjut buai ni, kau lain tidak, menanggis jee, runggut Leman pelik melihatkan perangai anaknya yang sorang ni. Sejak lahir hingga kini dah nak masuk empat bulan, tak jemu ke Udin asyik nanggis je, Leman membebel sendirian sambil mengenjut buai si Udin anak bungsunya itu.
Isterinya Leha di dapur sedang menyediakan hidangan tengahari. Kebetulan Leman cuti hari ini, dapatlah Leha awal ke dapur. Hari lainnya payah Leha nak masak selagi Udin belum tidur, kalau tidur pun sebentar cuma, tersedar terus menangis semula. Kerap juga Leman terpaksa beli makanan di kedai untuk makan tengahari keluarganya.
Masuklah Pak Tam, Leha mempelawa Pak Tam masuk sebaik sahaja turun dari motor. Leman cuti hari ni pun kerana tu lah, untuk menjemput Pak tam ke rumah bagi menengokkan anaknya Si Udin. Leman tak berminat sangat nak berbomoh ni, tapi selepas habis rasanya semua yang boleh diusahakannya masih belum menjadi, akhirnya terpaksalah dia menjemput Pak Tam.
Kita mula la ye, hari pun dah petang sangat ni. Maaflah, Pak Tam tak dapat nak awal tadi, orang kampung seberang jemput ke rumah nengokkan orang rumahnya, tak sedar tiba-tiba.
Selepas terkumat-kamit mulutnya beberapa ketika, Pak Tam pun memulakan bicaranya. Maafkanlah kalau silap pandangan Pak Tam ni, tapi ikut pada tengok Pak Tam ni, anak kau ni rindukan orang jauh. Terkejut Leman mendengar hasil usha Pak Tam tu. Rindu ! Udin baru tiga bulan lebih Pak Tam, tahu ke dia bab rindu-rindu ni.
Sudahlah Leman tak berapa yakin dengan bomoh, bila dipanggil mengarut pula idea yang diutarakan dek Pak Tam.
Terserahlah pada fikir kau, dijemput Pak Tam datang, suruh tengok Pak Tam tengokkan, kalau kau tak yakin atas kau lah, balas Pak Tam selepas ditempelak Leman tadi. Maaf Pak Tam, saya terkejut, bukan saya tak percaya, tersenggeh-senggeh Leman bila dia perasan yang Pak Tam terasa dengan kata-katanya sebentar tadi.
Tanya sikit Pak Tam, dia rindukan siapa agaknya, Leman menyambung, nak juga dia tahu siapa yang anaknya rindukan tu sampai tak berhenti menanggis siang dan malam, nak geli hati pun ada Leman mendengarkan tilikan Pak Tam tu, tapi cuma dalam hati saja lah. Leha pula sibuk memujuk si udin yang makin meninggi pula suara tanggisannya sebaik sahaja Pak Tam masuk tadi.
Ikut apa yang aku nampak, orangnya berkepala botak, jauh ni... ada padang pasir kat belakang tu, macam arab pun ada, tilik Pak Tam menerusi mangkuk putih berisi air masak sejuk itu.
Dalam hati Leman bukanlah nak merendah-rendah kebolehan Pak Tam, tapi dah mengarut sangat rasanya. Namun Leman cuma mengangguk-anguk mengiakan apa yang Pak Tam cakapkan tu. Kecil hati pula nanti orang tua ni, kalau aku sound, bisik hati Leman.
Cuba-cubalah kau ingat-ingatkan siapa yang dia rindukan tu, kalau aku silap aku minta maaf, pesan Pak Tam sewaktu Leman meminta izin untuk pulang selepas menghantar Pak Tam balik sebaik sahaja selesai menawarkan si Udin tadi.
Udin masih menanggis lagi. Air yang Pak Tam tawarkan petang tadi dah habis. Leman geram sangat tengok Udin masih tak beransur pulih walaupun sudah disapukan air penawar Pak Tam. Dek geram, terus dimandikannya si Udin dengan air penawar tu walaupun arahan asal dari Pak Tam hanya untuk disapukan ke badan dan dibuat minum sahaja.
Leha cuma mampu menasihatkan Leman agar bersabar. Dia sendiri pun pening dan kerap sakit kepala akhir-akhir ini. Kurang tidur pun ye, asyik nak mujuk si Udin yang menangis setiap kali terjaga dari tidur.
Leha dah lelap agaknya, fikir Leman. Udin berterusan menanggis dari tadi. Tak dengar pula suara Leha memujuk Udin. Leman pun sudah mula lali dengan tanggisan si Udin tu. Sambil berbaring depan televisyen, Leman cuba memikirkan apa yang dicakapkan oleh Pak Tam siang tadi.
Arab, botak, padang pasir, rindu.. uhh pelik Leman memikirkan kata kunci yang Pak Tam olah siang tadinya. Mana aku ada bawak arab balik rumah, sejak zaman Tok kadok lagi, tak ada arab datang rumah ni. Sedara dengan arab pun tak da. Leman mula menjalankan jentera di dalam kepalanya. Terfikir juga oleh Leman mungkin kata-kata Pak Tam tadi berbentuk kiasan, andainya betul dia mesti memikirkan dan mencari jawapannya. Selain dari pening, Leman juga amat kasihan melihatkan keadaan Udin tu.
Ah rancangan kegemaran di TV tak, tiba-tiba ilham menyelinap masuk ke hatinya. Leha ! Leha ! awak ada minat apa movie arab ke sebulan dua ni, rancangan bersiri arab ke, jerit Leman dari ruang tamu. Tak da bang ! jawap Leha yang kebetulan terjaga oleh tangisan Udin yang tiba-tiba menambah frekuensi tanggisannya itu.
Betul ke apa aku fikir ni, tiba-tiba Leman teringatkan sesuatu. Arab, botak, padang pasir, yess !! jerit Leman spontan. Leha bawak Udin sayang tu sini, Leman yang "excited" dengan ilham terbarunya itu terus mengeluarkan arahan.
Kenapa bang ? Heran Leha melihatkan lakinya Leman menyeringai dan tampak begitu konfiden sangat. Letak Udin kat sini, arah Leman tanpa menghiraukan soalan isterinya yang kiut miut itu.
Udin masih menangis. Leha tidak lagi memujuk atau menepuk-nepuk punggung udin atas arahan Leman.
Okey standby, sambil memegang tombol Hi Fi di sebelahnya, Leman memulakan kiraan. Leha pula makin bertambah pelik melihat gelagat lakinya yang konfiden satu macam je tu.
Sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satuu !!
Udin tiba-tiba berhenti menanggis. Tersenggeh-senggeh si Udin sambil mengoyang-goyangkan tangannya. Kakinya pula tak henti-henti melonjak-lonjak.
Kedengaran lagu nasyid kegemaran Leman dan Leha yang asyik diulang-ulang dengar siang dan malam terutamanya sewaktu Leha mula sarat mengandungkan Udin. Sambil berbaring, Leha asyik mengulang-ulang lagu nasyid kegemarannya itu, lagu yang tak jemu-jemu mereka berdua mendengarnya.
Leha dan Leman bergilir-gilir mencium dan mengomol pipi Udin yang tembam tu. Gembira betul hati mereka berdua melihatkan Udin tidak menangis lagi.
Pheh !! Syukur Alhamdulillah, bisik hati Leman keriangan dan lega.
Ini yang Udin rindukan rupanya, kenapa Udin tak cakap awal-awal ..
Wat Tammatun.
Pesanan ikhlas hati curio
Awas !! menilik walaupun untuk tujuan berubat tetap berdosa,
kata ustaz yang pernah saya terdengar
wallahualam
0 comments
Post a Comment