suka melihat air mata wanita , namun resah hatiku bila kau terusan merembeskan airmata.

bila airmata wanita mengalir dari kelopak mata turun ke pipi, tandanya dia wanita yang lembut hati. Maka di situ keindahan diri mu ku lihat.

pabila wanita terusan menangis, resah pula melihatnya, seperti sedang mempelihatkan kelemahan dirinya sebagai wanita sedangkan di suatu masa wanita begitu gagah dan tabah menyabung nyawa untuk menjadi sebab tersebarnya umat manusia di muka bumi Tuhan ini

wanita, simpanlah sebahagian besar airmata mu untuk Tuhan dalam memohon keampunan dan rahmat Nya.

Jangan kau tangisi dunia ini kerana sifat fana'nya dunia sememangnya bisa buat air mata mu kering, di khuatiri akan menghilangkan lunak di hati mu nanti.

0 comments

Labels