Aku bercuti hari ini dan ingin ku nikmatinya sepenuh hati.
Cuaca pula seolah-olah merestuinya.
Dari malam tadi hujan membawa ke pagi.
Hari ini pula, mendung dari pagi hingga ke petang.

Matahari tentu rindu pada aku hari ini, apa nak buat.
Awan yang memutih langsung tidak memberi peluang untuknya 
menjengah diri ini.
Tak apalah, insyaAllah jika esok masih ada untuk ku,
Keberangkalian bertemu tentunya ada.

Kau pancarkanlah sinar cahaya mu, pasti aku gembira menikmatinya.
Lagi pun tanpa kehadiran mu hari ni, benar-benar buat aku lesu dan malas.
Sejuk dan mendung meleraikan rajin ku untuk ke mana-mana hari ini.

Maafkanlah aku matahari
Biarpun pernah aku merungut kerana panahan sinaran mu
begitu kuat di tengahari,
namun bila tak bersua, terasa di hati betapa kehadiran mu amat ku perlukan.

Biasalah tu, di depan mata tak siapa yang kisah,
bila tiada barulah terlonjak-lonjak hati menanti hadirnya wajah dalam gelisah.

0 comments

Labels