Di ruang ciber yang terbuka, aku menterakan seloka cinta dalam bahasa indah bicara. Kau pula asyik membacanya terpesona pada bicara ku yang tak reti apa.

Tentu sekali aku suka. Kepuasan diri bila kau sudi membaca tulisan kecil ku yang tiada bermakna, dibandingkan karya indah yang terukir di persada seni negara.

Kau bertanya benarkah apa yang ku kata. Entah ek, aku pun tak pasti sebenarnya. Aku cuma menulis bahasa indah kerana itu yang ku suka. Kebetulan pula cinta juga indah, ramai yang kata. Maka ku tulis tentangnya dan tanpa ku sedari kau pula terpesona. Lalu aku kau pandang bagaikan pelipur penghilang lara.

Bukan niat ku berkata dusta kerana berdusta itu dosa. Aku pula bukan begitu orangnya. Tak suka ku berdusta apatah lagi tentang perasaan dan cinta. Aku cuma menempek di pentas seni, melukis idea dengan kata-kata.

Kau bertanya lagi andai tidak berdusta, apa maksudnya. Apa ya, sebentar aku sedang memikirkannya.

Kebiasaan aku menulis apa terungkap di hati. Hatiku pula mengarap fikir dari terusnya mata menyingkap rahsia. Berfikir ku pula pada apa yang ku suka, Kebetulan aku suka melihat kamu dan dunia mu wanita. Melihat keindahan ciptaan Tuhan yang unik dan penuh gemalai rasa di jiwa.

Di saat aku melihat keindahan wajah mu, ku katakan engkau cantik menarik. Di kala kau pamirkan keindahan asli terindah di mata lelaki, aku pun berkata engkau seksi dan sedikit pujian penyemarak hati. Lagi pun memang itu suka mu. Aku cuba memenuhi ruang rasa di perasaan mu yang melambai kata pujian pujanga.

Wajarkah kau kata aku berdusta sedang aku cuma menyatakan realiti pandangan mata. Cuma memenuhi naluri wanita yang tiada salah pada asalnya. Engkau suka di puji, aku suka memuji. Ku beri dengan ikhlas harusnya kau terima seadilnya. Aku pula beristigfar segera bila terasa jari ku mula melangkau batas neraca. Terselamat kita di muka komputer dalam senyum menghantar kata di daerah nun jauh dari mata.

Belum sempat berkerdip mata, kata di tulisan kau terima. Dahulukala mustahil di minda manusia, kini pelik juga memikirkannya. Dalam hati tulisan ku kau baca, mata memandang siapa yang ada. Ikhlas kita tentu saja cuma khuatir sangkaan yang tiada.benarnya.

Aku memangnya suka bercerita. Cerita politik aku suka, cerita ugama janganlah kata, cerita hantu saja kurang teruja, maklumlah cerita melemahkan jiwa manusia, tiada faedahnya.

Bermain bahasa mungkin limpah kurnia, Tiada belajar di mana-mana. Tahu-tahu seperti anak itik baru lahir, dilepaskan ke kolam luas terbuka. Berenang ia tiada kekoknya. Hairan kita melihat kepandaian tanpa guru membimbing cara dan bagaimana. Siapa mengajarnya ? Pelik kita pada mulanya walaupun diakhirnya tersedar kita itu kebijaksanaan Tuhan maha pencipta.

Adat hidup tersilap biasa. Adat cinta mahunya indah belaka. Adat penulis kalau silap tak sengaja. Maaf dipohon, kalau silap juga, tegurkan saja.

Kata bicara, puji ku beri penyedap telinga namun ikhlas tentunya. Hakikatnya, engkau memang cantik jelita, lemah lembut dalam bicara, indah berseri bentuk berseni mewarnai dunia. Berhadapan dengan indah mu juwita, tentunya berjaga bersiap siaga, mengingatkan hati setiap masa pesona tentu ada batasnya.

Apa pun ceritanya aku cuma penyimpul kata. Aku cuma menulis cinta dan rasa berdakwatkan ikhlas tanpa warna. Kau pula membaca realiti yang pastinya bukan sekadar ilusi penyedap hati.

Beautiful woman 
by John Diamond feat Bad Boy Bruno

2 comments

  1. maya kirana // July 17, 2011 at 3:29 PM  

    saya begitu teruja setiap kali membaca apa jua karya dan nukilan tuan. sangat puitis dan bermakna setiap patah kata yg dicoret...tahniah

  2. Hati Curio // July 18, 2011 at 5:43 PM  

    terima kasih maya kirana, he he terharu saya,tulisan maya juga hebat. saya suka..selalu saya ke sana

Labels