Bagaikan sakti
nampak terus jatuh hati
bagaikan sakti
jauh di mata merindu tak terperi
bagaikan sakti
bergesel baju terangsang naluri
bagaikan sakti
pengantin baru asmara berapi
bagaikan sakti
pengantin lama mencuit pun jarang lagi
bagaikan sakti
isteri melayan cucu suami di kedai kopi melayan diri
bagaikan sakti
lewat usia kasih kembali bersemi
berengang pun tak mahu lagi
bagaikan sakti
andai pergi tinggal sendiri
merana dan sepi merindu saban hari
menanti detik bertemu semula suami isteri
bagaikan sakti
sebutnya dulu lagi mengertinya baru kini
tanpa nafsu kasih mendakap hati
cinta sejati akhirnya dimiliki
bagaikan sakti
sedar diri hakikat kasih Ilahi
ini rahmatNya bukan sakti
pendamai jiwa buat insan dikasihi
bagaikan sakti
dalam sepi tenang meningkat darjat diri
redha meredhai dijemput pergi
redha meredhai di sambut Ilahi
Dulu sakti kini realiti
kita juga menanti hari
pandanglah kekasih hati
apa tak puas hati apa sakitnya hati
jangan dipendam bawa ke mati
dulu sakti kini realiti
apalah erti kasih sehidup semati
di depan Tuhan hak dituntut kewajipan diadili
redha suami redha isteri tentunya beroleh redha Ilahi
dengan rahmatNya pasti dipermudahkan jalannya nanti.
Jangan Bertengkar Lagi - Kagen Band
Dna Babi - Ustaz Kazim dan Dr Maza ... Semoga ke dua-duanya dapat bertukar
fikiran di medan yang lebih Molek ..
Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika d...
0 comments
Post a Comment