Tanpa mu wanita, sepi dan sunyi hati lelaki. Itu pun keluhan Adam pada Tuhan yang maha tahu. Penyebab keujudan kamu para wanita yang dimuliakan Tuhan dan Rasul juga agama yang syumul.

Namun jangan kau tagih balas ganti yang melampau. Memangnya sikap ingin monopoli ada dalam jiwa setiap wanita, itu lumrah kamu sejak azali. Namun hak tetap hak. Jangan kau renggut kasih ibunya lelaki yang juga wanita, kelak dibalas Tuhan sesal tak sudah di hari tua menanggung payah.

Mestinya wanita yang lebih faham hati wanita. Ibu suamimu kasihkan anaknya, kamu juga kasihkan anak mu. Besarnya kasih ibu sanggup diri susah dan payah asal anak sejahtera hidup mulia. Sampai di tangan mu, kau monopoli hati suami buat ibunya menahan rindu sebak di kalbu. Hari-harinya lenangan airmata dalam sendu menyusuk kalbu bak sembilu. Anak berbulan ditunggu tak kunjung tiba terikat dek madah berhelah isteri kesayangannya.

Di hari muda keinginan membelengu jiwa mu. Dalam lemah sifat mu wanita, kau gagah mencapai impian mu. Memiliki hajat hati kepuasan bagi mu. Namun di hari tua mu nanti, selain suami mu ada lagi utama bagi mu. Keutamaan bagi mu nanti pada kehadiran anak dan menantu juga cucu-cucu kesayangan belahan hati. Ini juga lumrah kejadian kamu bukan metos ciptaan khayalan menipu.

Betapa dirgahayunya hati suami menanggung sesal lemah diri menghadap keras hati isteri hingga ibu sendiri terabai sepi. Tentu tinggi harga gantinya buat mu wanita. Bila nanti anak mu memandang sepi wajahmu yang mula berkedut seribu, baru kau tahu apa dirgahayu suami menanggung sejak dulu. Ini semua kuasa Tuhan, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu, namun pemerhatian menyatakan banyak berlaku.

Tahukah engkau, ke syurga mudah buat mu. Empat perkara sempurna, syurga milikmu wanita. Tapi jangan lupa, ramai dari kamu ke sana, bukan syurga tapi neraka. Kehormatan diri mu andai tak kau jaga, monopoli kasih kau tegar tak berkira hingga ada anak jadi derhaka. Tentu kau tak tegar menghadapi saat nantinya. Di saat itu sesal mu pasti datang juga. Suami mu tentu faham kerana dia pernah merasa pahit getirnya.

Ku tulis ini bukan nasihat cuma tanda aku sayangkan kamu wanita. Hiba diri melihat sikap mu makan diri sedangkan jasa mu pada dunia besar sekali. Tanpa mu kami lelaki sepi. Budi mu tak terperi, jasa mu kami sanjung tinggi.

Tanpa mu wanita... banyak lagi keperluan lelaki..semoga wanita kami dirahmati Ilahi.

Ohne Dich - Without You oleh Rammstein

0 comments

Labels