beberapa hari dari puasa telah berlalu..soalan untuk diri, okey ke kali ini..he he tentu ada yang rasa okey dan tentu ada yang rasa sedih..sedih kerana masih gagal membentuk diri mengikut hajat hati. siapa tak berhajat menjadi orang baik-baik, bersih dan suci hatinya dari lumpur dunia ini.

melahirkan inspirasi keagamaan mudah, gantung ayat Quran di dinding, rajin-rajin menyebut syukur alhamdulillah bila bercakap, hiasi desk top dgn kalimah-kalimah suci..akhirnya nanti semuakan nampak baik dan rasa baik di hati sendiri. akan jadi ianya ilusi bikinan sendiri menutupi mimpi ngeri hamba yang fana' sifatnya ini.

kalau kita sihat dan berjumpa doktor untuk dapatkan mc, kita kata pada diri aku sakit hari ini, depan doktor nampak realnya wajah sakit dan akhirnya dapat mc.. andai keluar dari klinik tidak di beritahu kembali pada diri, aku tak sakitlah, cuma nak mc sahaja, tentu tanpa disedari kita akan membawa perasaan sakit sepanjang hari walaupun kita sihat sebetulnya..itu saikologi biasa dlm diri manusia.

begitu juga kalau terlalu kerap berilusi dalam menghayati agama, pasti akan diri rasa semuanya sempurna..walhal kenyataannya tidak sebegitu rupa.

kembali pada realiti diri dengan melihat ke dalam diri, apa perbuatan sejak dari pagi. apa cakapnya bila sendiri. apa bisikan hati sepanjang hari, apa fikirnya dalam kepala bila tiada sesiapa di sisi. akhirnya kita pasti tahu, inilah diri ini sebenarnya. tidak secantik ayat tersusun di dinding rumah, tak seindah perhiasan kalimah di muka laptop peribadi.

andai rajin meneliti diri sendiri, di bawah rasa sedar, pasti diri mengerti tak mudah menilai diri sendiri andai memerhati kurang sempurna orang lain sentiasa bertenggek di ruang hati hingga menjadi rutin dan habit tanpa sedar lagi.

Juga tidak mudah rasa salah ada pada diri andai dihiasai ilusi indah mengaburi mata sendiri. Oleh demikian awasi ilusi dan berhati-hati bila berilusi, takut semuanya kan di sangka realiti. 

 
Sayap Ilusi - Awie Wings

0 comments

Labels