kenapa takut nak cakap apa yang tergenang di hati, cakap je, apa nak risaukan..takut kena kutuk ke..he he..itu risiko. kalau org tak suka, itu bukan masalahnya..kalau tak cakap lagi rugi, sendiri memijak kebenaran dan hak.

lagi pun peduli apa, apa org fikir tentang apa kita punya rasa, pada apa kita suke. biasa le orang ada yang suka eksyen, suka tunjuk bagus, suka menidakkan realiti demi prestige dan gaya hidupnye..itu biasa..begitu la adat resam manusia.

dari segi politik punye cerite, ada masa kena cover jugek, mana tahu tiba-2 terjumpa jenis yang tak reti budi bicara..cakap sikit respon aksinya over acting giler, walaupun kemeknya sikit saje. silap-2 masuk paper. usik sikit nak tunjuk terer, kasi org masuk paper, nak balas cow cow jugek. tapi jangan terlupa, cover okey le, tapi benarnya kena lontarkan jugek. tidak nanti depan Tuhan nak jawap apa, jangan kunon fardhu kifayah, sekampung ke neraka tak terlepas fardhu rupanya.

di sudut status, ramai orang suka lagu industan, contoh je.. tapi bila tanya tak suka, benci katanya.. walhal time sorang-2 dengar, heroin ke hero industan semua dia kenal..biase le, itu namanye expose diri ikut pasaran semase.. sebab org suka orang putih, ramai tak segan nak cakap dia suka penyanyi org putih..itu biasa lumrah dunia. sunnah nabi berjanggut segan mulanye, back street boy pakai janggung sejemput, mula la berjanggut sejemput dia, ramai jugek gengnya.

perihal keadilan pulak, kalau org tempang semekin giler jumpa tengah orang ramai , dia tegur kita, bangga kita adalah sikit gaknye. biasanya tak bangga langsung, apa la halnya dia ni tegur-2 lak masa ni time di kelilingi kawan yang standard. tapi chu try yang tegur tu besar punye orang, pheh sebulan syok nye tak hilang, tak segan malah bangga citer kat kawan-2..itu pun lumrah dunia juga.

kalau nak disimpulkan cerita die, dalam melontar suara hati, yang penting ikhlas..apa orang response jangan ambik hati..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya kerana sedetik sombong di hati, neraka jawabnya nanti, sedetik menghina orang adalah balasannya bukan percuma, bukan kita mintak, tapi itu ketentuan Tuhan yang maha adil lagi bijaksana. andai luncai itu dia, tentulah labu itu dosanya, merendahkan kawan..bukan la kawan namanya. merendahkan bukan kawan tentu angkuh kategori sikap sedemikian rupe.. itukan sifat hina, biar mereka tanggung akibat rasa hati yang tak tentu hala di dalam diri mereka. lagi pun hukum agama kan semua tahu asasnya.

ada jugak org kate, kawan biar sekufu, sama langkahnya..gitu juga bicara, org serius ikut etika, kita mengungkap kata main nak bagi kelakar, he he tentu la dia tarik muka serius giler, tu salah kita la jugek..keduanya jgn la asal bukak je mulut, panas hati orang yang mendengar, itu salah siapa..sendiri boleh jawap rasanye...

adil kat dunia ni nipis sangat darjatnya.kalau yang salah cakap orang besar, kecik tempelaknya, chu yang silap cakap tu orang kecik, pheh grand giler tempelak berterbangan dari pelusok dunia menghentam die.

yang adil sehakiki hakiki adil, cuma Tuhan je..Maha adil, hinggakan di perintahkan hamba-2nya menutup aib orang lain..kenapa...tentu ada sebabnya..di situ letaknya adil..

manusia tentu songsang memikirkan idealnya sifat adil..walaupun manusia tahu manusia yang dia juga manusia asalnya, ada lemahnya, ada tak sengajanya, namun masih jugek kalau orang lain salah, pheh keliling dunia bersama loud-hailernya mencanang berita..

jika diperatikan dalam politik biasa dah resam begitu, tak gitu tak menonjol tokohnya. aib orang di pentas terbuka dia bercerita. tak kira anak binik ke saudara mara orang tu semua tanggung silu dan malu. utk mu politik, hambe tak kire...agaknye gitu la gaya hatinya mencerna betul dari salah laku dan kelaku.

keadilan mulanya dalam hati sendiri jugek, bukan di mulut bijak bicara pidato, bukan di tangan-tangan mengengam semangat orang membuta mata..mengangguk kepala.


 
The Zikr - Pemimpin Sejati

0 comments

Labels