Pesanan Cinta 

(buat adik-adik sahaja)


Cinta dikatakan begitu indah, 
mengasyikan
cinta buat bunga berkembang di taman 
terlonjak-lonjak keriangan
cinta juga  pernah buat bunga layu
hilang serinya
menangis meratapi kebodohan diri

Cinta pernah buat insan derhaka pada Tuhannya,
umat lupa pesan Nabinya,
anak mensiakan kasih ayah ibunya 

Namun cinta juga pernah mencelikkan mata
penyebab insan mengenal Pencipta 

Apa pun natijah dari cinta
terlebih afdal berhati-hatilah
kerana bercinta sebelum pernikahan
membuka pintu buat syaitan
ada yang selamat namun ramai juga yang kecundang
walaupun tidak melara namun sucinya teranjak jua
apatah lagi demi membuktikan cinta
dalam desakan asmara rayu melemah jiwa

Sayangilah diri, 
hargailah kasih ibu ayah
jangan siakan pesan Nabi
derhaka pada Tuhan
tentu jangan sekali-kali


Semoga diri sedar
diri itu milik siapa
cinta itu kurniaan siapa 

Pandanglah betul-betul jalan di hadapan
jangan biarkan diri sesal tak sudah
kemurkaan Tuhan jangan diambil mudah
doa nabi untuk umatnya jangan buat tak endah
kasih ibu dan ayah jangan dipersenda

Ingatlah
cinta mahkluk bukan segala-galanya
hari ini ada
esok belum tentu bahagianya

Terlajak hutang sakit membayar
terlajak  dek cinta buruk padahnya

Pesanan cinta buat yang baru mengenal dunia 


amour by rammstein

0 comments

Labels