Beberapa bulan berlalu semuanya hampa. Usaha mendapatkan kembali Riwayat Terakru yang hilang makin menemui jalan buntu. Segala usaha hampa belaka biar pun apa sahaja yang google arahkan telah dilaksanakan namun semua tak menjadi apa.

Sedih kehilangan bertukar menjadi sayu memandang. Sayu melihatkan Riwayat Terakru tak dapat di "update posting" nya lagi. Ibarat tuan rumah yang terkunci dari luar, hendak masuk tidak boleh pintunya hilang, hakikat yang aneh tapi benar . Hanya mata mampu memandang dari luar, tak ke sayu rasanya... benggang pun ada.

Malam ini iaitu malam rabu mengikut cara sebutan hari dalam Islam; Okt 12, 2011, kurang lebih jam 12.30 malam; bagaikan mimpi Riwayat Terakru menjelma di skrin komputer. Syukur sangat rasanya, gembira janganlah kata, tersenggeh sampai telinga, senyum sorang-sorang, manisnya mengalahkan gula.

Dalam tergodek-godek, tak semena-mena termasuk ke muka "setting" Riwayat Terakru. Pheh ! riangnya rasa hati cuma nak digambarkan tak terilusi dek kata-kata.

Tanpa berlenggah terus "transfer posting" dari hati curio blogspot ke Riwayat Terakru blogspot ini. Posting yang telah dibuat sejak kehilangan "access" ke Riwayat Terakru beberapa bulan yang lalu. Maka adalah posting yang ter "double" jadinya.

Bagai sireh pulang ke gagang, kini kembali ke Riwayat Terakru untuk meneruskan perjalanan di ruang ciber ini. Mudah-mudahan kali ini akan lebih berhati-hati, insyaAllah.

Sempena "the return of" Riwayat Terakru, di "edit" lagu ini, jalan ceritanya tak kena gaya namun tajuknya seiras walau pun tak serupa.


Bagai Sireh KEmbali Ke Gagang
Razis Ismail

0 comments

Labels