Begitulah pesan tok nenek dulu-dulu. Melalui pantun, mereka sampaikan peringatan yang begitu bermakna untuk kita generasi selepas mereka hayati.

Bersemangat mendatangkan sungguh, bersungguh kita, insyaAllah berjaya. Manakala bermain-main dan sambil leka hanya mengundang duka, merugikan diri sendiri.

Setiap suatu ada tempohnya, di hujung tempoh ada duka gembiranya, ada kejayaan untuk dirai, ada kegagalan untuk direnungi.

Islam mengajar kita, hidup ini satu perjuangan bukan main-main. Belajar dan menuntut ilmu juga perjuangan. Di akhir setiap pembelajaran ada peperiksaan. Penanda arah dan langkah berikutnya. Di dunia ini, sistem yang ada menentukan kejayaan belajar di sepanjang tahun pengukurnya peperiksaan. Oleh itu bersungguhlah dari hari pertama persekolahan, yang arif ada berkata ...

Selamat berjaya ...

0 comments

Labels