Hari ni sabtu, aku cuti. Aku benar-benar bercuti hari ini. Tidak kerja lebih masa di pejabat walaupun ada kerja yang nak disiapkan dengan segera. Cuaca pula sememangnya merestui cuti ku ini. Dari malam tadi hujan bawa ke pagi. Hari ini pula mendung dari pagi hingga ke petang.

Matahari tentu rindu pada aku hari ini. Apa nak buat, awan yang memutih langsung tidak memberi nya peluang untuk menjengah aku. Tak apalah, insyaAllah jika esok masih ada untuk ku, keberangkalian bertemu wajah tentu besar.


Esok aku kena kerja lebih masa disebabkan tutup akaun hujung bulan. Kau pancarkanlah sinar cahaya mu. Pasti aku gembira menikmatinya. Lagi pun tanpa kehadiran mu hari ni buat aku lesu dan malas. Sejuk dan mendung buat aku tak ke mana-mana hari ini.

Maafkan lah aku matahari, biarpun pernah aku merunggut kerana panahan sinaran mu begitu kuat di tengahari,tapi bila kita tak bersua, aku terasa betapa kehadiran mu amat diperlukan.

Biasalah tu, ada didepan mata tak siapa yang kisah, bila tiada baru tercari-cari.

photo: www.psy.ritsumei.ac.jp/~akitaoka/sun

1 comments

  1. Nazra~ // November 6, 2009 at 10:46 AM  

    time ujan2 mcm skarang la matahari sgt dirindui

    :p

Labels