Seorang penjual di gerai makanan sedang mengoreng mee. Tiba-tiba terasa belakang badan nya sangat gatal. Lantas disuruh isterinya mengarukan belakangnya yang gatal itu. Selepas digaru oleh isterinya, teringin pula dia hendak bergurau, gigit telingga abang boleh he he, sambil berkata dia menyenggeh.

Isterinya tiba-tiba berlalu begitu sahaja dan terus masuk ke bilik kecil di bahagian belakang gerai makannya itu. Tersentak juga penjual makanan itu, marah ke isteri ku ini. Aku telah tersalah cakap ke.

Sebentar kemudian keluar isterinya lalu terus menghampiri penjual tersebut dan mengigit telingga suami tercinta nya itu. Adoi jerit si penjual makanan itu. Beradoi sayang dari seorang suami.

Oh ya, kenapa sayang masuk bilik tadi bila abang suruh gigit telinga. Sayang marah ke. Mana ada marah, balas si isteri. Orang gi ambil gigi palsu lah, tak nanti macam mana nak gigit. Menyenggeh si isteri sambil memberi penjelasan pada suaminya.

Oooo...balas si suami, tak teringat yang isterinya bergigi palsu.Penjual makanan yang suka bergurau senda itu sempat menghadiahkan sekuntum senyuman pada isterinya sebelum memulakan menyediakan makanan yang di order pelanggannya.

- di adaptasi kan dari lawak senario yang baru sebentar tadi saya tengok di kaca tv.

0 comments

Labels