Aku pulang dari rumah ibuku sudah lewat benar. Sampai sahaja di Rembau kelihatan dari jauh trafik lightnya merah. Aku memperlahankan kenderaan ku dengan harapan bila sampai sahaja lampunya hijau semula.

Namun ia masih merah bila aku sampai. Jam hampir pukul dua pagi. Sambil menanti lampu isyarat hijau, aku bernyanyi secara spontan. Sedaplah telingga aku mendengarnya, kalau suara sendiri pun tak sedap di dengar, tu dah kira masalah juga.

Lampu tak juga mau hijau. Lama benar rasanya aku menunggu. Rosak agaknya aku berfikir begitu. Akhirnya dalam keadaan mengantuk tersangat itu aku sudah tidak sabar lagi, aku pun memulakan perjalanan ku dan merentasi lampu isyarat merah itu.

Lebih kurang selepas satu kilometer setengah kelihatan cahaya terang di sebelah kiri dari sebuah pasaraya yang telah tutup. Sebaik sahaja aku melewati pasaraya tersebut keadaan jalan gelap semula melainkan bahagian hadapanku yang di suluh oleh lampu kereta ku.

Tiba sahaja di bahagian jalan yang gelap itu aku mendengar bunyi siren kereta peronda polis. Di masa yang sama lampu isyarat kereta peronda wira polis itu di hidupkan. Sahlah polis dah tahan aku ni.

Kereta peronda itu berhenti di belakang kenderaan ku. Hanya seorang dari angota polis yang beruniform itu menghampiriku. Di panggil nya aku ke kereta peronda mereka. Sebaik sahaja aku sampai, seorang dari mereka yang di tangannya ada sebuah buku dan memegang sebatang pen bertanya aku. Bertanya apakah aku tahu kesalahan yang telah ku buat. Aku lantas memberitahu mereka yang aku tahu dan aku terus sahaja meminta maaf.

Salah besar tu langgar lampu isyarat merah, beritahu polis yang memegang pen sambil sedikit bongkok seperti hendak menulis di atas bonet belakang keretanya. Pergi ambil road tax awak bawa sini, arahannya lagi. Aku memeberitahu yang road tax itu melekat di cermin kereta dan meminta polis itu sendiri melihatnya, lagipun kawan-kawan polisnya yang lain cuma berdiri sahaja sambil memerhati ke kiri dan kanan. Awak pergi kopek, diarahnya lagi aku mengopek cukai jalan yang melekat di cermin kereta itu, kali ini suaranya agak keras dari tadi.

Memandangkan hari sudah larut benar dan keadaan jalan yang hanpir tiada kenderaan lalu ketika itu, aku pun mengalah dan pergi mengopek cukai jalan di cermin keretaku.

Selepas dibelek-beleknya cukai jalan itu, polis yang sama bertanya kepada ku, soalannya pendek sahaja, dah tu macam mana ni ? Aku segera menjawab dengan meminta di maafkan. Alasannya, aku telah menunggu lama hingga buat aku berfikir yang kemungkinan lampu isyarat itu telah tidak berfungsi dengan betul. Mana boleh minta maaf ja, balas polis tu. Maksud encik, aku pula bertanya. Ialah tak kan minta maaf sahaja, diulang-ulangnya ayat itu dua tiga kali bila aku masih meminta maaf. Saya minta maaflah encik, lagi pun jalan kosong, masa saya melintas lampu trafik tu tadi, satu kenderaaan pun tak da, aku cuba menerangkan lagi. Terus pula aku menyambung dengan soalan, macamana encik nampak saya langgar lampu merah tu, dari sana tadi sampai ke sini jauh, kalau encik nampak tadi, tentu sana lagi encik dah tahan, aku bertanya untuk melihat sejauh mana pandainya mereka ini.

Kita orang ada tadi dalam gelap atas bukit tu, aku nampak kereta kau tadi langgar lampu merah.

Dengan jawapan yang sebegitu fahamlah aku apa yang dihajatkan oleh mereka yang berpakaian seragam polis itu. Saya tak da duit ni encik, balik kampung tadi ni pun minta mak sikit duit nak buat belanja. Dah keputusan duit, gaji lambat lagi, aku sengaja memeberitahu keaddan itu agar aku sendiri dapat kepastian dari mulut mereka tentang hajat mereka yang sebenar.

Hai tak kan sikit pun tak da. Balik kampung, bawa kereta lagi, awak bohong kita orang ni, balas polis yang masih tertahan-tahan untuk menulis saman dengan harapan dapat digantikan dengan sedikit ringgit malaysia.

Betul encik, saya tak da duit ni, percubaan minta aku dilepaskan begitu sahaja tanpa perlu di saman. Kalau macam ni aku saman je lah, balas polis itu sambil mengacah-acah hendak menulis.

Aku pun jawab dengan tegas, encik saman jelah, nanti saya bayar, nak bagi duit , maaflah. Biarlah beratus pun tak pa, janji saya bayar kat kerajaan. Puas hati aku dapat jawab macam tu.

Selepas di saman aku pun balik ke kereta ku untuk menampal kembali cukai jalan. Marah dan panas hati betul aku masa tu melihat umat melayu dan Islam lupa terus siapa diri mereka bila dah beruniform macam tu.

Aku cuma mampu melepaskan marah ku dalam hati sahaja. Aku menyumpah-nyumpah mereka bila cukai jalan ku itu koyak dan renyok selepas mereka pulangkan semula. Bila aku sejuk kembali, aku tarik balik semula sumpah aku tu konon-kononnya, aku tau tak elok sumpah orang ni. Astagfirulallah, beristigfar aku banyak kali.

Dengan orang awam boleh lah kau buat, sok depan Tuhan kau jawablah, bisik hati ku buat penyedap hati sendiri.

2 comments

  1. Aidafidah // December 13, 2009 at 12:50 AM  

    Alangkah bagus kalau ada handphone tersembunyi dan rakamkan gambar atau mungkin perbualan mereka kan?

    Kena standby selalu ni...

    Haha!

  2. Aim My Nick // December 13, 2009 at 1:04 AM  

    time tu lak hp habis battery he he

Labels