Aku balik ke rumah di waktu rehat. Dah masa untuk makan tengahari ni. Tapi aku tak makanlah. Cuma buat air dan ada makanan ringan sikit tu, bolehlah aku buat alas perut berulamkan air yang aku buat ni.

Aku memang malas nak gi makan kat kedai. Malam nanti aku makan lah tu pun sebab kebulor jika tidak sure aku tak keluar disebabkan malas.

Aku tidak pernah jatuh hati pada malas, hanya dia yang suka sangat dengan aku, diikutnya aku ke mana aku pergi. Sabar je lah.

Masa aku rajin berjalan dulu, orang, ada yang heran tengok aku rajin berjalan, la ni bila aku dah mula malas nak berjalan, orang heran juga, tak boring ke aku duduk rumah je.

Masa berlalu keadaan berubah. Perasaan manusia juga berubah berkadar terus dengan usia. Aku dah mula mengalami evolusi perasaan untuk dipadankan dengan usia ku.

Yang masih konsisten ialah orang, mereka masih konsisten dengan rasa herannya itu.

Oh ya, masa nak balik tadi aku terperasan pokok hiasan berdaun merah ni seperti cuba menyorok di balik pinang raja tu, aku pun snap lah buat hiasan di sini walaupun ianya tidak berkaitan langsung dengan posting ni.

2 comments

  1. umihoney // December 14, 2009 at 5:54 PM  

    nice pic..walaupun lari topic hahaha

  2. Aim My Nick // December 14, 2009 at 8:06 PM  

    gembira rasanya melihat umihoney sudi komen di posting saya yang tak seberapa nya ni. time kasih UmiHoney.

    aha kan lari dari topic..he he

Labels