Allah untuk Islam kata Sultan, baguslah kalau sultan pun kata gitu. Bagus sangat, Alhamdulillah..

Ketua ugama Islam di negeri Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Senang hati mendengarnya. Lapang dada rasanya. Syukran-syukran.

Bukan apa, kerana ada juga orang melayu yang dah mula setuju atau seperti bersetuju dengan pengunaan perkataan nama Allah oleh bukan Islam. Dalam sehari dua ni pula dah mula sibuk nak jaga gereja dari diganggu oleh orang Islam yang tidak tahu menyelesai masalah di meja rundingan. Isu utama tentang nama Tuhan telah bertukar kepada isu nak jaga gereja pula, peruntukan dah separuh juta pun di keluarkan untuk betulkan gereja, tapi macam mana pula kesahnya dengan perkataan Allah yang herald nak guna bagi merujuk perkataan tuhan bagi orang kristian.

Ada orang kata, di negara arab, biasa dia orang sebut Allah ni, tak kecoh pun. Orang arab kristian memang sebut Allah pun, ini orang katalah. Ada juga yang kata di Indonesia pun biasa orang kristian sana sebut Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka. Jadi macam kita di sini terima sajalah, apa nak dipelikkan kalau herald nak guna nama Allah di sini. Aku tanya dalam bible ada ke di sebut perkataan Allah. Ada yang menyatakan ada di mana mereka sendiri katanya bertanya kepada kawan-kawan kristian. Ini adalah sebahagian dari hujah untuk menguatkan pandangan yang menyatakan tak salah pun kristian guna nama Allah sebagai ganti sebutan Tuhan.

Melalui laman blog pun begitu, berbagai hujah dan bukti dari bible berbahasa melayu ditunjukkan bagi membenarkan pengunaan nama Allah oleh herald. Malah ada juga gambar gereja yang mempamirkan papantanda berbahasa melayu yang mengunakan nama Allah sebagai gantinama Tuhan ditunjukkan.

Pertama aku paling tak setuju dengan alasan orang lain buat kita pun boleh buat. Kalau macam tu bolehlah orang melayu di Malaysia ni berkahwin dengan orang bukan Islam dan tinggal serumah kerana perkara sebegini biasa di Indonesia dan beberapa negara Arab. Sedangkan hakikatnya bersuami isteri antara seorang Islam dan seorang lagi bukan Islam itu bukan lah dibenarkan dalam ugama, mereka hanya hidup berzina sepanjang hayat kerana pernikahan itu tidak sah. Ahli kitab yang dibenarkan untuk lelaki Islam nikahi tidak ujud lagi hari ini kerana kitab Injil kini sudah tiada, yang ada cuma bible dengan isi kandungannya yang bukan lagi seperti yang terdapat dalam kitab injil asal yang di turunkan kepada Nabi Isa a.s (orang kristian panggil Jesus)

Ke duanya, ada juga terjumpa pengkomen dan penulis blog yang tunjukkah salinan helaian dari bible berbahasa melayu, aha memang betul pun dia tulis situ Allah. Son of God dari bible berbahasa Inggeris telah pun diterjemahkan ke bahasa melayu sebagai Anak Allah.

Pada aku senang je jawapannya, ini cuma terjemahan, bukan bukti untuk hati umat islam membenarkan apa yang mereka terjemahkan tu. Bukan kah God itu tuhan dalam bahasa melayu, kenapa pula di terjemahkan ke pada Allah. Penterjemah mereka yang telah melakukan kesalahan dan kita umat islam bersetuju pula. Ini lagi pelik. Carilah dalam mana-mana kamus God tu apa dalam bahasa melayu, tentunya di terjemahkan sebagai Tuhan, bukan Allah.

Kesalahan mereka ketara, menterjemahkan gantinama iaitu God (Tuhan) kepada nama. Allah adalah nama. Tanya sikit, ada sesiapa dari golongan umat islam yang bersetuju bahawa Allah itu ganti nama seperti manusia, orang, raja, presiden atau rakyat. Atau Allah itu sebenarnya nama seperti Ahmad, Muhammad, Malik dan Daud. Muhammmad itu sendiri membawa maksud yang terpuji, tapi kita tidak boleh menukar nama Nabi Muhammad s.a.w itu kepada yang terpuji. Nama rasulullah tetap Muhammad. Manusia tidak berhak untuk menukar nama manusia lain apatah lagi nama Tuhan umat Islam kepada terjemahan atau maksud dari nama itu sendiri. Menganti ganti nama dengan nama sebagai terjemahan itu pun sudah satu kesalahan besar dari segi bahasa, tak percaya tanya dewan bahasa dan pustaka.

Maka menerima terjemahan God sebagai Allah ke dalam bahasa melayu itu nyata salahnya dari segi bahasa juga salah dari segi hak.

Ke tiga Hak. Ini kerana di dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad yang semua orang Islam patut tahu walaupun tak dapat menghafalnya, di beritahu oleh Nabi kita, sebagai sebahagian dari khutbah tersebut dengan membaca ayat bahagian dari surah Al-Maidah ayat 3. Berikut terjemahan dalam melayunya.

"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. "

Kalau diteliti, bila mana pemilik nama Allah itu sendiri hanya meredakan Islam sebagai agama untuk mahkluknya, bagaimana pula mahkluknya yang beragama lain selain dari Islam hendak mengunakan nama Allah itu sebagai nama tuhan mereka. Tentunya pengunaan itu sendiri tidak diiktiraf oleh pemilik nama itu sendiri. Dari segi mantiknya pun kita boleh fikir.

Ke empatnya betul ke dalam bible tu ada tulis terang perkataan Allah. Aku pun tak pernah la tengok bible dalam bahasa inggeris ni, tapi lojik aku, macam mana perkataan arab ada dalam bible yang tulisannya dalam Inggeris. Aku tahu ada bible dalam bahasa melayu, ada dalam bahasa arab. Kata lah dalam arab tang tuhan tu dia tulis Allah, dalam bible versi inggeris dia tulis Allah juga ke. Yang aku tahu dari surfing di internet, dalam bible di sebut God tidak sekali-kali di sebut Allah. Maka satu sebut Allah satu sebut God, nampak sangatlah sebutan Allah sebagai ganti God berasaskan budaya setempat di mana penganut kristian tu berada, bukan lah dari tuntutan dalam agama kritian itu sendiri. Bukan dari kitab bible itu sendiri. Maka kalau orang kristian tahu pengunaan perkataan Allah itu bukan mesti atau wajib bagi mereka, demi menghormati kawan-kawan mereka orang Islam di Malaysia ni, elok lah mereka gugurkan sahaja pengunaan perkataan Allah tu dari gantinama perkataan Tuhan. Yang saya faham, herald bukanlah kata Allah tu tuhan mereka, Allah yang mereka nak gunakan tu, hanya sebagai ganti perkataan Tuhan. bagi mereka Allah tu maknanya Tuhan bukan nama Allah. Kalau mereka mengaku Allah tu tuhan mereka, payah juga mereka nak menjawab kepada pengikut mereka nanti. Andainya Allah tu nama tuhan mereka, kenapa pula Nabi Muhammad tak di terima sebagai nabi mereka.

Ke limanya, ikut yang kita semua tahu, orang kristian kata, Jesus tu anak Tuhan (son of God). Kalau benar begitu, kenapa anaknya di sebut dalam bahasa inggeris dan bapanya di sebut dalam bahasa arab. Kenapa tak di sebut dalam bible versi inggeris nabi Isa sebagai son of Allah. Jesus tu asalnya dari perkataan Iesus, I di buang dan digantikan dengan huruf J maka jadilah nama Jesus. Nabi Isa atau Jesus bukanlah berbangsa Inggeris. Bangsanya Yahudi dan sebutan Iesus itu dari bahasa hebrew yang kemudian di inggeriskan. Sepanjang yang saya tahu, tidak ada nabi mengunakan bahasa inggeris begitu juga dengan bahasa melayu. Kebanyakannya bahasa hebrew dan Arab. Nabi Musa berbangsa yahudi yang kemudian di inggeriskan namanya menjadi moses.

Berbeza dengan kritian, orang Islam, apa pun bangsa dan bahasa penganutnya, sebutan nama Tuhannya tetap Allah dan nabinya tetap Muhammad s.a.w. Kalau ada pun perbezaan pada sebutan hanya kerana lidahnya yang susah menyebut, bukan kerana dengan niat mengubah nama asal. Orang melayu suka mengelar orang yang namanya Muhammad dengan gelaran Mamat atau Mat. Namun belum pernah terdengar orang melayu memanggil nama nabi Muhammad s.a.w dengan panggilan nabi mamat atau Nabi mat.

Ke enamnya, adakah dengan perkataan yang terang di sebut dalam konsep trinity yang perkataan Allah tu salah satu dari Tuhan penganut kristian. Sepanjang yang saya tahu tidak ada. Kalau ada, orang kristian wajar menunjukan buktinya berdasarkan tulisan dari bible yang paling hampir dengan kitab injil yang asal.

Ke tujuhnya, dimulakan dengan sedikit keterangan tentang sebutan Allah di dalam bahasa inggeris : Allah is the proper name in Arabic for The One and Only God, The Creator and Sustainer of the universe. It is used by the Arab Christians and Jews for the God (Eloh-im in Hebrew; 'Allaha' in Aramaic, the mother tongue of Jesus). The word Allah does not have a plural or gender. Allah does not have any associate or partner, and He does not beget nor was He begotten. SWT is an abbreviation of Arabic words that mean 'Glory Be To Him.'

Jelas di sebut Allah yang disebut sebagai Tuhan tu esa sifatnya. Allah tuhan yang satu, tidak beranak dan tidak diberanakan. Bagaimana pula herald hendak mengunakan perkataan Allah bagi tuhan mereka yang punya anak bernama Jesus. Dua sifat tuhan yang berbeza mengunakan perkataan yang sama. Tidakkah ini hanya untuk mengelirukan penganut kritian itu sendiri dan kesan buruk pada orang Islam yang daif pelajaran agamanya. Apakah niat herald yang sebenarnya ?

Ke lapan, apabila dua agama yang berlainan konsep dan ajarannya mengunakan nama Tuhan dari agama yang satu lagi bagi dijadikan gantinama bagi sebutan perkataan Tuhan bagi agamanya tentu ini akan menimbulkan kekeliruan yang nyata terutama bagi kanak-kanak yang baru hendak mengenal kehidupan.

Apabila melintasi di hadapan masjid kanak-kanak ini mendengar suara azan yang dilaungkan menandakan masuk waktu solat bagi umat Islam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar
Terjemahannya di dalam bahasa melayu Allah maha besar, Allah maha besar



Kemudian apabila melintasi di hadapan gereja, mereka terlihat perkataan Allah seperti di papan tanda gambar di bawah. Gereja kristus Domba Allah iaitu terjemahan dari ayat di dalam bahasa inggeris church of christ the lamb of god di mana God yang sepatutnya diterjemahkan sebagai tuhan telah diganti dengan perkataan nama Allah.
Apa agaknya akan terlintas di hati dan terfikir di akal kanak-kanak itu tadi ?

Kedua-dua tempat ibadah menyebut nama Allah, perkataan yang sama walaupun pada hakikatnya berbeza maksud. Tidak kah ini akan mengelirukan mereka ?

Namun kekeliruan yang paling besar ialah perkataan God seperti yang dapat kita lihat di papantanda gereja itu dialih bahasa atau diterjemahkan kepada Allah. Adakah ini terjemahan yang betul ? Menurut terjemahan yang betul, perkataan God semestinya diterjemahkan sebagai Tuhan di dalam bahasa melayu, bukannya Allah. Allah adalah nama Tuhan, bukan gantinama (pronoun). Satu lagi kekeliruan yang amat besar, bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada penganut kristian itu sendiri.



Allah adalah Yesus, lirik dari lagu oleh penyanyi yang terkenal di Indonesia. Di dalam Islam. Allah adalah nama khas bagi Tuhan. Nama lain bagi Tuhan antaranya As-Salam, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Allah juga salah satu dari nama Tuhan tetapi di dalam lirik lagi ini Allah dikatakan sebagai Yesus atau pun biasa disebut juga dengan nama Jesus.

Seperti yang tercatat di dalam bible. Jesus adalah anak Tuhan ( Jesus son of God). Kemudiannya perkataan God atau tuhan itu cuba digantikan dengan nama Allah oleh kristian di Malaysia. Tetapi sekarang lirik lagu ini menyatakan dengan nyata Allah itu Jesus. Mulanya Jesus itu anak kepada Tuhan sekarang rupanya anak itu tadi rupanya Tuhan juga, berdasarkan lirik lagu ini.

Terlalu banyak kekeliruan akan timbul dan telah pun timbul jika nama Allah Tuhan di dalam agama Islam digunakan sebagai gantinama bagi perkataan Tuhan oleh orang kristian di Malaysia. Bukan sahaja kepada orang Islam malah kepada penganut kristian juga.

Terakhir, soalan saya, katalah dengan kelemahan undang-undang melindungi nama Allah di Malaysia, maka selepas ini herald pun sebutlah perkataan tuhan dengan sebutan Allah. Bagaimana dengan Pope John Paul dan semua orang kristian di Vatican city. Adakah Pope juga akan panggil tuhannya Allah juga selepas ini. Kalau ya, akan tercatatlah dalam sejarah nama panggilan bagi tuhan orang krisitan berasal dari keputusan mahkamah di Malaysia, bukannya dari arahan bible atau dari mulut Jesus sendiri.

Bagaimana dengan nabi Muhammad, tidak kah mereka ingin menukar nama Jesus kepada Muhammad pula. Nama Tuhan Muhammad s.a.w telah mereka ambil, tidak teringinkah mereka menukar panggilan bagi jesus pula.

Fikir-fikirlah herald.. dan orang melayu yang bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut. Syabas tuanku Sultan Selangor.

Sedikit nota dalam bahasa inggeris tentang asal nama jesus dan bukti dari ayat Quran tentang Allah itu bersifat Esa.

Note from Wikipedia for Jesus name:
The name Jesus is derived from the Latin Iēsus, which in turn comes from the Greek Ἰησοῦς (Iēsoûs). The Greek is a Hellenized form of the Aramaic name Yēšua (ישוע), a short form of Hebrew Yehōšua (יהושע). Yehōšua (יהושע) is the name by which Moses called his successor as leader of the Israelites, known in English as Joshua; it means 'the Lord is salvation', or literally 'Yahweh saves'. There is a major discrepancy between the Hebrew and Muslim Arabic forms of this name, since the original Hebrew form of this name has the voiced pharyngeal `Ayin or `Ayn consonant at the end of the name (as does Christian Arabic يسوع yasū`), while the Muslim Arabic form عيسى `īsā has the `Ayn at the beginning of the name. For this reason, some claim the Arabic name Isa is related to the Biblical name Esau (which begins with a pharyngeal), but it is also similar in the vowels to the Aramaic version of Jesus, viz. Eesho (Aramaic forms of the name, however, still have the voiced pharyngeal `Ayn consonant at the end of the name).
http://islambrowser.blogspot.com/search/label/Isa%20%28Jesus%29%20a.s

Note for One God in Islam
SURAH AL-IKHLAS سورة الإخلاص from Al-Quran
Comprised of four (4) ayahs.

The translation in English




بسم الله الرحمن الرحيم

1. Say (O Muhammad) He is Allah, the One clear of partners and similars.



قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1)

2. Allah is the One needed by all and He needs none.



اللَّهُ الصَّمَدُ (2)

3. He does not beget children and He is not begotten.



لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3

4. And there is none, in any way, similar to Him.



وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)
http://www.aicp.org/islamic-information

World seek for peace but honesty is still something that unspoken.

(The question above related to the Malaysia court decision only, not to Christian friends as whole.)

Posting ini di ubahasuai dari posting di http://islambrowser.blogspot.com/
Jan 3, 2010 12:54 PM

Sedutan dari Utusan Malaysia

Allah untuk Islam – Sultan

SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.

Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.

Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/
Photo of the Mosque: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Putrajaya_Mosque.JPG
Photo of the Church: email receive

1 comments

  1. umihoney // January 12, 2010 at 2:36 PM  

    setuju sesangat. Nak tambah sikitlah ..setiap yang terjadi ada sebab musababnya..andaikata muslimin dan muslimat sendiri umpama buih makanya akan datanglah musibah seperti ini..malahan ada yang namanya sahaja yang berpangkalkan Muhammad..kehidupannya tiada batasan seperti tidak akan ada mahkamah diakhirat..teramat eloklah mencermin iman kita semua sebelum terlambat sebagaimana janji Allah akan bala yang diturunkan keatas umat Islam yang leka..just my 2cents worth opinion

Labels