Assalamualaikum, doa kesejahteraan di beri, malangnya, hanya angguk yang dibalas. Salam seolah seolah bukan lagi cara hidup sebagai umat islam.

Lebih malang, ianya seolah olah bukan lagi sebahagian dari tuntutan agama.

Suatu masa dulu menjadi satu fenomena yang lumrah lelaki Islam menutup kepala nya, samada berserban, bersongkok atau pun bertopi, niatnya menutup kepala kerana sunnah.

Hari ini fenomena itu sudah menjadi sejarah sahaja, usahkan orang lain, saya sendiri bersongkok (menutup kepala ) hanya bila ke masjid atau bila ada kematian. Hampir terpadam sudah satu ajaran dari Nabi di hati umatnya. Walaupun masih ada yang melakukannya tapi golongan ini amat sedikit jika dikadarkan dengan jumlah lelaki Islam di Malaysia.

Kini salam pula hampir menemui nasib yang sama. Malah ada sesetengahnya begitu zalim, bila salam yang diberi, good morning yang dijawab. Mereka yang begini tidaklah ramai lagi tapi pernah terjumpa. Ada juga yang cuma memandang sahaja tanpa menjawab apa-apa malah senyum pun tidak, seolah-olah hukum menjawab salam itu cuma harus bukannya wajib. Agaknya pelik dia mendengar masih ada orang yang memberi salam di zaman yang serba canggih ini.

Semoga memberi dan menjawab salam tidak menerima nasib sama seperti sunah menutup kepala bagi lelaki Islam, nasib yang begitu parah bilamana pelakunya dipandang negatif atau serong pula bila menutup kepala seperti berserban atau bersongkok.

Memang telah diberitahu, akhir zaman nanti sesiapa yang menghidupkan sunnah nabi akan pelik atau aneh dilihat orang. Adakah kita sudah berada diakhir zaman ? Wallahualam.

1 comments

  1. umihoney // January 12, 2010 at 2:45 PM  

    mula mula tanda2 kecil..in the cooking world its called appetizer..pastu akan datang tanda2 medium size pulak ..main course la tu pastu penyudahnya dessert..masa tu ambik kau..hanya yang beringat akan nampak semua itu..semuga kita semua peka dan tak pekak :)..terima kasih berkongsi..dunia memang dah terlalu tua dan letih..menyampah pun ada kot sebab dah berbalik kezaman jahiliah.. hehehe

Labels