Bayi lelaki lima bulan mati dipercayai didera, diliwat
06/02/2010 7:06pm

PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat...
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm


Bila insan sudah hilang ihsan, binatang pun tidak layak untuk di buat perbandingan untuk dirinya.

Tuhan sahaja yang tau derita bayi ini. Tentulah balasan buat bayi ini amat besar di sisi Penciptanya, kurnia yang tak terdaya akal untuk memikirkan mau pun mengambarkannya mengkala pula dia sendiri belum ada dosa biar pun setitik.

Jauhkan ya Allah dari kami semua perilaku begini juga peliharalah anak cucu kami dari di perlakukan begini.

Bukanlah aku baik sangat untuk bercerita dan memikirkan keburukan orang lain, cuma bila membaca berita sebegini terharu dan sayu mengenangkan nasib bayi tersebut. Insaf menjelma dan aku cuma berfikir tentang kepelikan dan hakikat kejadian sebegini, bagaimana manusia beriman boleh melakukannya.

Ianya tragedi buat manusia yang punya akal, perasaan, nafsu dan iman yang sukar untuk difikirkan kenapa dan bagaimana ianya boleh dilakukan ke atas bayi 5 bulan. Andai tak mampu berfikir dia dan imannya pun kurang, perasaan dan naluri manusia itu sendiri ke mana perginya. Tidak ada rasa belas dan rasa kasihankah lagi dihatinya mendengar raungan dan jerita anak kecil itu.

Inilah sifatnya nafsu, lagi dilayan lagi jauh ia membawa yang melayannya pergi hingga melepasi naluri kemanusiaan itu sendiri. Yang ada dalam otak dan sarafnya mungkin hanya kemestian memenuhi kehendak buasnya itu sahaja. Mungkin datang nekad hatinya hingga mengenepikan hukum Tuhan dan balasannya atau di saat itu ini semua dia sudah tidak ingat lagi.

Dia bukan lagi insan, dia bukan lagi manusia. Binatang pun dia bukan. Mungkin dia sudah berubah menjadi syaitan kerana sememangnya syaitan itu terdiri dari jin dan manusia.

Lantaran dari itu, sanggup dilepaskannya iman di dada sesuai seperti hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ini.

Ibnu Abbas meriwayatkan dari Rasulullah SAW,

Tidaklah seseorang berzina sedangkan

saat itu dia beriman, tidaklah seseorang mencuri sedangkan saat itu dia beriman, tidaklah seseorang meminum khamar sedangkan saat itu dia beriman, dan tidaklah seseorang itu membunuh sedangkan saat itu dia beriman.

(HR Bukhari dan Ahmad)



Lindungilah kami ya Allah dari kezaliman dan fitnah sebegini.

2 comments

  1. umihoney // February 7, 2010 at 5:01 AM  

    sedih dan mual perangai maanusia ni kadang2 ya.

  2. Rad // February 7, 2010 at 8:14 PM  

    Sedihkan bila kes mcm ni berlaku. Nauzubillah.

Labels