Alhamdulillah, sedap pulak kopi tongkat ali ni, brand baru . Saja try, gi kedai nak beli untuk minum di rumah petang-petang macam ni, habis pula brand yang selalu dibeli tu. Dari tak da langsung biar ada sikit, tu yang sapu je brand lain ni. Okey pulak, silap silap tukau brand la lepas ni.

Agaknya sebab tu lah juga kalau dikaitkan dengan berkedai ni, org tua tua selalu nasihat, berkedai jangan suka tutup, pelangan lari. Banyak benarnya cakap orang orang lamo ni.

Asalnya dulu suka kopi lepas tu tukar ke teh. Tak boleh tahan, kalau gi minum kat kedai, tah ape ape rasanya, dah la susu dibubuh cotet je, teh nya mak ooi, pekat giler. Berangin perut di buatnya. Ada orang kata teh palut, istilah untuk teh yang pekat, ramai yang gemar tu tapi kite tak larat la nak minum. Inilah puncanya sampai bertukar ke kopi tongkat ali ni. Gi warung mana minum pun tak pe, sebab rasa nya standard dan boleh di terima oleh tekak. Regenya lah pulak, secawan 2 ringgit. Tekak punya pasal, saboo je la.

Bukan semua pergi ke warung atau kedai minum untuk relax-relax dan juga kerana memang dah tabiat suka minum teh di kedai. Ada juga yang ke warung atau kedai minum kerana bisnes. Borak-borak dan secara tak langsung cerita tentang bisnes.

Yang paling rajin nak belanja orang minum ni tokey tokey la. Kawan minum dulu la, awai lagi ni. dari nak balik ke rumah, dah sangkut di kedai minum. Tapi kalau bekerja di bahagian tak berkepentingan untuk tokey tokey ni, haram nak di belanjanya minum, kadang kadang negor pun tak mau dia. Lumrah bisnessman masa kini terutamanya usahawan cina yang biasanya prejudis sifatnya, walau pun tak semua yang begitu. La ni usahawan melayu mau pun india pun sama je, ngikut jejak langkah tu. Ada kepentingan baik giler, tak da kalu, tegur pun payah. Sekali lagi ditekankan, tak semua yang macam tu.

Ada segolongan lagi yang yang rajin belanja orang minum atau makan di kedai ni, he he pakwe pakwe yang sedang berusaha mengurat awek. Yok kita belanja minum. ada yang ke warung, ada yang ke kfc dan mc donald. Ada yang guna duit sendiri maklum la dah keje, ada yang pakai duit apak nya, pasal tengah sekolah lagi. Kembang semangkok awek tu kene belanja, walaupun minum cuma secawan kopi atau teh.

Ha ada lagi yang rajin belanja orang minum ke makan ni, he he bukan ngutuk ni tau, cuma selalu ternampak. Mat mat bangla, pheh satu meja awek tengah lunch di belanja nya, tapi dia minum air kosong je. Teknik teknik mengurat jugak ni.. from bangla with love tu..

Namun begitu, ramai jugak golongan yang memang suka belanja orang tanpa sebab. Lahir ke duinia lengkap dengan package suka belanja orang. Dia tokey ke, dia makan gaji ke, dia ada duit ke atau tak de duit ke, jumpa je orang atau kekawan, jom minum aku nak belanja ni. Kalau yang hisap rokok tu, dah tinggal sebatang pon, diunjuk ke kawan dulu time dia nak merokok. Keihklasan membelanja orang ni memang dah sebati dengan jiwanya.

Sudah tentunya yang paling seronok andai kita dibelanja oleh kawan baik, keluarga sendiri dan golongan yang kaki belanja orang ni . Seronok kerana keikhlasannya memang terserlah.

Gulanya se ikhlas hati setulus kasih. Manis nya dari tekak turun ke hati. Terkenang berhari hari menjadi memori walaupun tak ditulis di diari.

Hakikatnya, minum sendiri bayar dengan minum dibelanja orang memang tak sama feelnya.

Namun sayugia diingat, tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah. Kepuasan berbuat kebaikan lebih indah di hati feelnya dari hati yang girang menerima kebaikan.

2 comments

  1. umihoney // February 7, 2010 at 11:54 PM  

    Leka membaca sambil minum kopi Hang Tuah dengan cucur ikan bilis panas :)

    mekacih kongsi cerita.

  2. Rad // February 8, 2010 at 8:44 PM  

    Bestnya cucur ikan bilis tu, jemput jemputkan, sini biasa panggil jemput-jemput.Kopi Hang Tuah, pheh mesti power kopi ni. nanti try la. Pakai nama Hang Tuah kalu, patut power.

Labels