Awal ramadhan mengunung azam mentaharah hati
ingin menjadi insan kenal diri.

Hujung ramadhan membilang hari mengira gaji
cukupkah keperluan raya nanti

Awal ramadhan bersemarak melaung suara amiin di hujung  fatihah.
Hujung ramadhan bergegar tiang surau dek dentuman meriam tanah.

Awal ramadhan zikir dan Quran di baca silih berganti
Hujung ramadhan lagu raya tak henti-henti

Awal ramadhan yakin berjaya kali ini
Hujung ramadhan masih di takuk lama lagi.

Awalnya Ramadhan
Hujungnya Syawal
Antara keduanya
Semangat
berusaha mentarbiyah
Diri Sendiri
agar
Ramadhan depan
kegagalan
dapat
di
minimakan
InsyaAllah
ini resolusinya
berusaha
setahun
untuk kejayaan
sebulan

2 comments

  1. TK // September 4, 2010 at 11:19 AM  

    Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.
    I tak boleh nak happy masa raya sbb selalu terbayang org lain yg berduka..

  2. riwayaterakru // September 4, 2010 at 6:29 PM  

    Betul tu TK,memang bagus rasanya bersederhana dalam berperasaan. Kita happy sangat sedangkan ada yang duka lara.

Labels