Sudah 18 hari bulan ramadhan dilalui, sehari sahur aku miss. Ralat rasanya tertinggal sahur. Sejak dari alam kanak-kanak lagi aku suka bersahur. Jika tidak bersahur terasa begitu hampa sekali.

Entah kenapa di hari aku tertinggal sahur, terasa letih dan ada masanya terasa juga laparnya. Ini tidak terjadi atau pun jika ada amat jarang sekali berlaku jika aku bangun bersahur. Mungkin ini salah satu dari hikmahnya bersahur.

Setiap pagi tugasku mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur. Biasalah mengejut mereka untuk bersahur bukanlah mudah. berkali-kali di kejutkan barulah mereka bangun. Begitu liat sekali untuk mereka bangun bersahur. Cuma ada seorang dua sahaja yang mudah untuk dikejutkan.

Sebetulnya rasa malas dan liat untuk bangkit bersahur cuma pada perasaan sahaja. Apabila sudah bangun dan mula menghadap hidangan, semuanya jadi biasa dan rasa seronok pula. Hampir sama perasaannya jika hendak mandi selepas terkena hujan. terasa begitu dingin untuk mandi namun jika kita teruskan juga mandi tidaklah sesejuk mana pun.

Kesabaran amat perlu untuk memastikan anak-anak bangun bersahur. Ada masanya terasa hendak naik angin juga, tapi kalau bapa tak sabar bagaimana pula. Jawapannya tentulah ibunya pula yang mungkin naik angin; mana nak menyediakan hidangan lagi, mana nak kejutkan anak-anak lagi.

Aku tahu tanpa diberitahu pun memang tugas mengejutkan anak-anak adalah tugasku. Lagi pun amat mudah jika aku yang mengejutkan mereka berbanding dengan jika ibu mereka yang mengejutkan mereka. Sekali kejut tak bangun, dua kali tak bangun, he he aku jerit, mencacak semuanya bangun. Aku acah je, tak marah pun, cuma tektik untuk memudahkan urusan mengejut mereka terutama yang lelaki. Anak perempuan lebih mudah bangkit dari tidur berbanding dengan anak lelaki.

Indahnya puasa dengan sahurnya. Hikmahnya juga banyak. Semoga kita semua tetap rajin untuk bersahur biar pun diakhir-akhir ramadhan nanti.


 gambar sekadar hiasan

0 comments

Labels