Rumah bawah dengan batu blog empat lapis tingginya dan berdindingkan papan berlidah dengan ruang tamu yang labas sudah dipenuhi pengunjung dan jiran-jiran. Nan sudah bersiap sedia dengan peralatan untuk berubat.

Usianya masih muda, baru dua puluh satu tahun namun amalan perubatan secara traditional yang diwarisi dari keturunannya makin menarik minat bukan sahaja oleh mereka dari kawasan sekitar malah ada yang sanggup dari utara semenanjung ke Jementah, Segamat bertemu dengan Nan untuk berubat. 

Aku penulis bebas untuk majalah tabloid mencari bahan untuk tulisan. Kali ini tugasan ku menulis rencana tentang perubatan tradional melayu. Kontek sana sini, akhirnya teringatkan kawan sewaktu menuntut di UKM, Zahid yang tinggal di Kampung Kubu Dedap, Jementah. Melalui Zahid aku akhirnya ditemukan dengan Nan. Syukurlah Nan pula dengan mudah mengizinkan aku untuk mengikuti perubatannya dan bersedia pula untuk menerangkan apa yang aku ingin tahu.

Nan sudah pun memulakan perubatannya. Aku pula begitu khusuk memerhatikan sambil mencatit mana yang perlu. Sesekali mata ku memerhatikan tamu yang hadir. Aku anggarkan ada rasanya dalam dua puluh atau tiga puluh orang yang memenuhi ruang tamu yang labas dan ada yang duduk di laluan untuk ke dapur. Terdapat laluan kebahagian belakang rumah melalui bilik-bilik di sisi kiri. Ku lihat ada yang datang sendirian tetapi kebanyakannya datang berkeluarga.

Ku pandang ke dinding jam menunjukkan pukul sembilan. Tak dapat untuk aku mengagak pukul berapa baru habis semua yang hadir selesai berubat. Selepas sejam baru dua pesakit yang dirawat. Suasana agak riuh juga, sambil menunggu giliran tanpa nombor, masing-masing berborak sesama mereka. Anak kecil pula ada yang menanggis di ribaan ibunya. Aku duduk di sebelah kanan Nan mengadap sisinya. Di sebelah kanan ku pula ada seorang wanita separuh usia besama dua orang anaknya. Sesekali kakak di sebelah ku ini memandangku. Aku membalas dengan senyuman. Agaknya terfikir-fikir olehnya apalah yang aku sedang buat ni.

Pesakit ke tiga sedang berubat dan mata ku pula sesekali memerhatikan seorang wanita berkain batik dan berkemeja T yang sedang bersandar di dinding di sisi kiri Nan. Sebetulnya aku mula merasa seperti ada keanehan pada wanita itu. Sekali pandang ku lihat dia seperti seorang wanita muda dengan kulit yang licin dalam usia anggaran tiga puluhan. Bila ku pandang lagi, ku lihat dia seperti wanita yang telah berusia hampir lima puluhan dan kulitnya tidaklah secerah sebelumnya. Wanita itu sedang membaca ayatul Kursi dengan begitu payah sekali. Asyik terbatuk-batuk dan terhenti berkali-kali. Bila Nan mengarahkannya meneruskan bacaannya, barulah diteruskannya itu pun tampak begitu payah untuk dia membacanya.

Kakak kena kuatkan semanggat, baca terus, kalau dia tak naik saya tak dapat nak ubatkan, arah Nan kepada wanita itu bila dilihatnya wanita tersebut seperti tak berdaya lagi untuk meneruskan bacaannya. Selepas beberapa kali menguja untuk meneruskan bacaaannya, akhirnya wanita itu meminta izin Nan untuk berbaring kerana menurutnya dia berasa sangat mengantuk. Ibu Nan menunjukkan bilik di laluan arah ke bahagian dapur untuk wanita itu berbaring sambil meneruskan bacaan ayatul Kursi seperti yang Nan arahkan kepadanya tadi.

Aku pula terlalu ingin bertanya pada Nan tentang apakah sakitnya wanita itu, namun ku lihat Nan begitu sibuk melayan pesakitnya.  Mereka yang menunggu makin rancak berborak, malah ada yang berdekah-dekah ketawa tanpa menghiraukan Nan yang sedang menumpukan perahtian sepenuhnya pada pesakit yang sedang diubatnya itu.

Pontianak !! pontianak !! semua yang hadir terkejut. Serentak itu ku lihat berhamburan mereka yang duduk di laluan ke dapur berlari lintang pukang menghala ke pintu keluar. Mereka yang berada di ruang tamu juga turut bingkas bangun dan lari sama dalam keadaan terpingga-pinga. Ada yang terpijak sesama mereka yang tidak sempat untuk bangun. Dalam sekelip mata ruang tamu rumah Nan kosong. Yang tinggal cuma Nan, kakak di sebelah ku bersama dua orang anaknya yang sedang tidur di pangkuannya dan aku.



Aku sebetulnya ingin turut sama bangun dan keluar tapi pontianak yang di jeritkan itu tidak juga kelihatan bila ku jengah-jengah dari celah-celah mereka yang bertaburan lari tadi. Lagi pun aku berasa kesian pula untuk meninggalkan kakak di sebelah ku ini yang sedang memeluk seorang dari anaknya yang telah pun sedar. Manakala seorang lagi masih lena di ribaannya.

Sedar-sedar seorang wanita dengan rambut mengerbang dan suaranya mengilai panjang berdiri  tegak sambil bercekak pinggang di hadapan Nan. Dipandangnya aku dengan renungan yang tajam. Tahulah aku sekarang inilah pontianak yang mereka jeritkan tadi.  Nan cuma tunduk seolah -olah tidak mengindahkan kehadiran wanita itu. Kakak di sebelahku entah bila masanya sedar-sedar duduk begitu rapat dengan ku sambil memeluk erat kedua-dua orang anaknya. Jelas keliahatan wajahnya yang ketakutan.

Ooo kau ingat kau handal ya ! jerit wanita itu dan Nan masih juga tunduk sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Aku dah lama duduk dalam perut dia ni, kenapa kau nak kacau aku, jerit wanita itu lagi. Di saat yang sama Nan memandang ku. Dia pakai ilmu seri muka,  pontianak tu tak tahan panas, tu yang dia naik, jelas Nan kepada ku. Barulah aku faham maksud naik yang di sebut oleh Nan kepada wanita yang bersandar di dinding sewaktu di suruhnya meneruskan membaca ayat kursi tadi.

Wanita itu memakai ilmu seri muka dan tentunya bagi setiap ilmu sihir ada syaitan yang turut sama sebagai penyebab untuk menjadinya ilmu tersebut. Wanita itu kini sudah di kuasai oleh jin yang biasa di sebut oleh orang melayu sebagai pontianak. Pontianak itu masih lagi terjerit-jerit memarahi Nan yang kononnya cuba menganggu dia yang telah pun begitu lama bersemadi dengan aman di dalam tubuh wanita tersebut.

Aku tidak dapat berbuat apa-apa cuma memerhatikan sahaja kejadian yang berlaku di depan mata ku itu. Sesekali terasa belakang ku bersentuhan dengan anak-anak kakak di sebelah ku tadi. Kini aku menjadi penampan antara mereka dengan pontianak yang berdiri di hadapan aku dan  Nan ini. Kasihan juga aku melihat mereka yang ketakutan itu.

Kak, kalau saya bagi isyarat bangun, akak ikut saya keluar ya, aku berpaling sambil memberi tahu kakak dan anaknya dengan nada suara yang agak perlahan. Terasa mereka makin menghimpit aku dari arah belakang. Sesekali piontianak di depan ku ini pula menjeling tajam ke arah kami. Aku tidak lah pula merasa takut sangat cuma kalau di lihat matanya memang agak mengerikan juga dek tajam renungannya itu.

Tiba-tiba sepantas kilat pontianak itu menampar Nan yang sedang tunduk dari tadi. Di saat yang sama Nan yang sememangnya tunduk sambil terkumat kamit membaca sesuatu mengangkat tangan kirinya menepis tamparan pontianak yang datang secara mengejut itu. Pheh dasat juga Nan ni, bisik hatiku. Terasa juga dalam hatiku yang Nan ni hebat juga orangnya. Pontianak itu kelihatan agak terkejut dan berundur sedikit bila dilihatnya penampar sulungnya itu berjaya di tepis oleh Nan dengan begitu mudah. Dia berjalan berpusing-pusing seperti orang yang melangkah tanpa haluan.

Inilah masanya fikirku. Jom kak, aku pun bangun menuju ke berandah sambil memimpin seorang dari anak kakak yang duduk di sebelah ku. Di saat aku hampir ke pintu keluar, ku lihat pontianak itu tadi mengekori kami meninggalkan Nan sendirian.

Sebaik sahaja aku melangkah ke beranda, sekali lagi mereka yang tergintai-intai untuk mendengar percakapan antara pontianak itu dan Nan bertempiaran lari. Ada yang melompat tembok beranda rumah Nan dan yang yang tergolek akibat terseradung pasu bunga yang tersusun di bahagian luar beranda.

Bila aku berpaling, ku lihat pontianak itu tadi berdiri betul-betul di belakang ku. Aku tahu yang aku tidak sempat untuk membawa keluar kakak dan anak-anaknya itu tadi. Lantas aku terus berpaling badan mengadap pontianak yang berdiri hanya sekaki jaraknya di hadapan ku. Tubuh wanita itu hampir hilang dari pandangan walaupun aku sedang memandangnya. Yang ku lihat dan ku rasakan kini seolah -olah aku benar-benar berhadapan dengan pontianak bukan lagi wanita yang membaca ayatul kursi itu tadi. Aku memang bersedia bimbang juga andai dia bertindak sama seperti yang dilakukan terhadap Nan tadi. Aku jgua dapat merasakan yang Nan sedang mengusahakan sesuatu sambil duduk terkumat kamit membaca amalannya itu.

Aku merenung tepat ke matanya dan dia juga memandang ku dengan tepat ke dalam mata ku. Ku lihat semuanya kosong dan jauh. Tidak kelihatan  jiwa manusia di dalamnya. Aku seperti sedang melihat ke dalam lubang yang gelap dan jauh.

Pontianak itu melangkah selangkah lagi . Aku tidak dapat berundur lagi kerana di belakang ku berdiri kakak dan anak-anaknya itu tadi. Terlalu rapat mereka berdiri di belakang ku hingga dapat ku rasakan getaran ketakutan di hati mereka. Kini pontianak itu benar-benar rapat berdiri di hadapan ku dengan mukanya mengadap muka ku sambil membelek-belak wajah ku dengan pandangan mata yang tajam.  Mata ku juga tidak berkelip dan memandang tepat ke dalam mata pontianak itu. Tangan ku erat mengengam penumbuk, hanya jika ku rasakan tiada pilihan kerana yang bakal menerimanya hanyalah tubuh seorang wanita yang telah di rasuk oleh pontianak. Suasana senyap, tanpa sebarang bicara. Sesekali pontianak itu tersenyum sambil merenung dan membelek setiap inci wajah ku.

Tiba-tiba pontianak itu berundur dan berpaling. Dia melangkah ke arah pintu masuk ke dalam rumah. Segera aku capai tangan kakak di belakang ku. Opps maaf kak, terus aku memegang tangan anaknya dan cuba melangkah keluar dari beranda.

Hai cik abang ! Belum sempat pintu pagar kecil beranda ku buka, tiba-tiba pontianak itu tadi memanggil ku. Aku terhenti dan memandang ke arahnya sambil tangan ku mengengam erat tangan anak kakak di sebelah ku.

Handsome juga kau ni kan, ujar pontianak itu sambil tersenyum kepada ku. Aku juga tersenyum walaupun aku agak terkejut dengan tegurannya itu tadi. Pontianak itu melangkah semula ke pintu masuk rumah Nan dan tiba-tiba tubuh itu jatuh terjelepok di muka pintu.

Akhirnya pontianak yang berpuluh tahun bersemadi di dalam tubuh wanita itu tewas di tangan Nan dengan izin Allah. .

Aku pula tidak tahu apa yang harus ku tulis di dalam rencana ku itu nanti. Nak tulis ke dia kata aku kacak. He he malu ahh..

0 comments

Labels