Hoi ! apa tido je ni, jom ikut aku gi "library", terkejut sungguh aku bila bahu ku ditepuk Manap. Dikejutkannya aku yang disangkakan sedang tidur untuk menemaninya ke perpustakaan.

Aku sebenarnya malas sungguh nak ke perpustakaan. Manap tak jemu-jemu memujuk ku. Jom arr, jom arr sambil mengoyang-goyangkan bahu ku lagi. Aku sebetulnya tidak tidur cuma berbaring sambil bermalas-malas di katilku.

Dom asrama ku ini dihuni oleh dua belas pelajar. Manap tinggal di dom lain tapi dom aku ini dah macam dom Manap sendiri, rajin dia melepak dengan aku. Dia kawan baik ku walaupun kami berlainan kursus. Aku diploma buat akaun dan dia diploma tanam pokok dan sayur. Jom lah bro, temankan gua, benda la lu ni, tidur je keje. Adoii ! Manap tahu aku mesti kalah punya dengan pujukannya itu kalau disebut temankan dia. Ialah kejap je tau, aku akhirnya mengalah. Manap tersenggeh je, tersenggeh meraikan kejayaannya memujuk aku.

Kami berjalan kaki dari asrama ke perpustakaan yang terletak di dalam kampus. Kampus induk ITM Kuantan ni terletak di Taman Gelora di pinggir bandar Kuantan menghala ke Telok Cempedak. Dalam perjalanan Manap berterus terang niat sebenanya ke perpustakaan. Aku nak usha awek lah, petang ahad macam ni ramai awek gi pustakaan, jelas Manap sambil tersenyum. Laa ! ingat kau ada assingment nak buat ke tadi, aku malaslah, ada awek pun nak buat apa, kau lain lah terer ngurat, aku kang senyum-senyum pandang-pandang, habis gitu je. Mana aku berani nak gi tegur dia orang, aku membalas cakap manap. Aku pula sedikit rasa tertipu dengan taktik Manap tu. Dia tahu kalau cakap terang, pasti aku menolak ajakannya tadi.

Manap segera memegang tangan ku, jom la tak kan nak patah balik dah jauh ni. Aku pun apa nak kata lagi, okey, lepas lah tangan aku, okey okey kita tak patah balik. Aku segera mengalah kerana Manap beria memegang tangan ku macam orang berjalan dengan awek pula.

Masuk sahaja di perpustakaan, Manap segera ke meja kosong yang paling strategik. Strategik kerana di sebelah meja itu ada sekumpulan pelajar perempuan sedang duduk berbincang kertas kerja. Aku walaupun awalnya tak nak pergi, tapi bila dah sampai syok juga. Betullah kata Manap, memang ramai awek. Mata Manap meliar mencari awek yang berkenan di hatinya untuk dia mengurat. Aku pula buat bodoh je sambil membelek-belek majalah yang ku ambil dari rak di sisi meja kami duduk.

Sambil aku leka membaca, aku pun tak perasan lagi apa yang Manap buat. Tiba-tiba di kuit-kuitnya pinggang aku. Tu.. tu.. belah kanan depan tu, awek tu dari tadi asik pandang sini. Tadi dia senyum balik bila aku senyum kat dia, tapi dia bukan senyum kat aku, dia senyum kat kau, jelas Manap bersungguh-sungguh kepada aku yang masih tercari-cari awek yang Manap maksudkan tu.

Eh mana ada, mandai je kau ni, aku mana ada senyum kat sapa-sapa dari tadi. Manap segera menerangkan, tadi kau angkat kepala pandang hala meja dia, awek tu senyum je, kau tak perasan ke. Apalah kau ni, menggong tol lah, aku dari tadi dok usya tak dapat-dapat, kau dah ada awek yang tersenggeh pun buat tak tahu. Gi lah kat meja dia, betuul dia dari tadi dia pandang kau, bersungguh-sungguh Manap cuba menyakinkan aku.

Nanti aku tengok dulu, kalau betul dia pandang sini dan senyum kat aku, aku gi lah, terangku pada Manap. Aku tipu je, tak kan aku pergi punya,aku manalah berani dengan awek-awek ni.

Baru sahaja aku nak memandang ke arah awek tu tiba-tiba dia mengangkat kepalanya dan memandang kepada ku. Terkejut aku, dia senyum. Senyum yang paling manis aku lihat sejak dua bulan berada di ITM Kuantan ni. Aku pun membalasnya dan dia tunduk kembali. Aku lihat kawan-kawanya turut tersenyum dan berkata sesuatu kepadanya sambil terjeling-jeling ke arah ku.

Okey tu, betul kan aku cakap tadi. Gi lah..kalau aku dah gi duduk kat situ. Gi lah.. Manap seperti mendesak-desak aku. Tak mau lah, aku takut lah, apa nak cakap. Lagi pun tu kan senior dari kita, balas ku pada Manap. Eleh senior satu semestar je, lagi pun cun apa, aku rasa lom ada balak lagi tu, gi la, gi lah, desak Manap lagi. Aku tunduk buat-buat baca buku, aku sedikit gelabah, dah dua kali awek tu dan kawan-kawannya memandang ke arah kami. Aku tak beranilah Manap, kau gi lah, aku meluahkan rasa berdebar yang ada di dalam dada ku di saat itu pada Manap. Laa, tak kan aku nak cakap, nampak na lah nanti kau tu takut, lagi pun dia senyum dan pandang kau,bukan apa, malulah aku, terang Manap lagi.

Betul juga cakap si Manap ni, bisik hatiku. Jom lah balik, aku menguja Manap. Apa lak balik, macam ni aku dah ada idea, kau tulis atas kertas kecik, nanti aku tolong beri kat awek tu, tulislah cepat, dia orang macam dah nak balik, dah mula berkemas-kemas masukan alatulis dalam beg tu, cepatlah.Manap pula yang gelabah menyuruh aku cepat-cepat menulis nota yang dimaksudkannya tu.

Aku tak pasti okey ke tidak awek tu. Tapi senyuman dia memang manis. Syok juga aku tengok dia. Sebelum aku menulis nota kecil, aku sempat memandang awek tu lagi, dia sedang tunduk memasukan barang-barangnya kedalam beg. Pheh ! chun juga, bisik hatiku.

Dalam terleka aku memandangnya, kawan di sebelahnya mencuit awek tu lalu dia pun mengangkat mukanya. Aku memandangnya sambil mencari-cari kepastian dalam diriku. Okey dia ni. Aku sekali lagi tersenyum tak sengaja bila dia melemparkan senyumannya. Manis sungguh bila dia tersenyum. Dalam masa yang sama aku seperti begitu terpesona melihat dia. Dia berpaling ke arah kawan-kawannya dan mereka ketawa. Apa yang di ketawakan aku pun tak pasti. Mungkin kawan-kawannya mengusik dia.

Cepatlah ooi, terkejut aku bila Manap menyergah ku. Apa nak tulis ek, aku bertanya kepada Manap. Laa ! tu pun aku nak ajar ke, kau tulis lah salam perkenalan ke, saya suka awak ke, cepat-cepat dia orang dah bangun tu.

Selesai sahaja aku menulis nota pendek ku seperti yang diarah oleh Manap, aku pun memandang ke depan. Awek tadi sudah tiada di mejanya. Belum sempat aku berkata apa-apa, Manap menarik tangan ku, jom-jom kang terlepas, bas dah ada kat luar tu. Manap melangkah mendahului aku, aku pula terkacah-kacah melangkah mengikut Manap yang melangkah laju menuju pintu keluar dari perpustakaan. Aku gelabah dan hatiku berdebar-debar sebenarnya.

Sampai sahaja di pintu hadapan di luar dari perpustakaan, ramai pelajar sedang menunggu untuk pulang dengan menaiki bas yang di sediakan. Mata Manap liar memandang ke dalam bas. Pelajar agak ramai juga sedangkan bas hanya ada sebuah sahaja. Mana yang tinggal akan naik bas trip kedua dan seterusnya. Biasanya tiga kali angkut habislah semua pelajar dapat pulang. Kawan-kawan dia ada dalam bas tu, mana dia aku tak nampak lah, kata Manap sambil menepuk lengan ku. Aku sedang berfikir untuk membatalkan sahaja niat kami itu. Tak payah la Manap, beritahu aku pada Manap bila melihat bas mula bergerak perlahan untuk keluar dari kampus.

Bas bergerak terlalu perlahan, di saat itu aku cuma memandang dan melihat tayar bas bergolek perlahan-lahan. Aku berpaling dan ku lihat Manap ke depan sidikit dan terlonjak-lonjak di tepi bas yang sedang bergerak itu. Memang perlahan pun bas bila keluar dari kawasan kampus kerana pelajar ramai berdiri di kiri kanan bas dan laluan pula sempit. Di kanan jalan kantin makanan dan kirinya pula bangunan tempat belajar.

Aku tidak lagi kesahkan awek dan niat ku itu tadi. Aku memang malas nak beria, lagi pun bas dah mula bergerak. Bagi ku tiada rezeki lah kiranya. Tapi Manap masih lagi mengikuti bas tadi yang hanya dua tiga meter sahaja lagi hendak melepasi pintu pagar keluar dari kampus. Aku masih lagi berdiri di hadapan perpustakaan yang juga bersebelahan dengan kantin. Aku sedikit rasa terharu melihat kesungguhan Manap. Walhal dia yang tadinya beria nak cari awek, ini dia pula yang bersungguh berusaha untuk menemukan aku dengan awek. Tapi apa aku boleh buat, kalau aku tegah pun, Manap akan terus berusaha, dia memang rajin orangnya dan bersungguh-sungguh bila buat sesuatu.

Dalam aku mengelamun memikirkan dan memerhatikan gelagat Manap, tiba-tiba Manap berlari menuju ke arah ku, tu.. tu.. tu dia..Manap terus memegang tangan ku, dan meletakkan nota yang telah ku berikan padanya tadi ke dalam gengaman ku. Aku tak berapa dengar apa yang Manap cakap masa tu kerana aku seperti tergamam, entah lah aku tidak tahu perkataan yang sesuai untuk di gambarkan keadaannya di waktu itu.

Bas yang tiba-tiba berhenti betul-betul dengan tayar depannya di atas sempadan pintu pagar dan dari arah kanan pula seorang gadis bertubuh kecil sedang berlari menuruni tangga kantin. Yang aku dengar dari dalam bas suara menjerit-jerit, tunggu tunggu, cepat Norly ! cepat ! dan diwaktu yang sama tubuh ku di tolak oleh Manap dari belakang. Gi lah cepat, aku dah usaha untuk kau, takkan nak beri nota ni pun tak boleh. Aku berpaling dan ku lihat Manap begitu serius dan raut mukanya seperti orang yang sedang benggang dan marah. Gi cepat, bas nak jalan tu..cepat la bro !...Manap meninggikan suaranya..

Aku pun tak pasti apa dan kerana apa. Aku berpaling dan berlari anak menuju ke arah bas dan Norly pula ketika itu hanya selangkah dua lagi untuk memijak tangga bas. Cepatlah ooi ! orang ramai lagi ni, drebar bas mengeluarkan kepala dari tingkap memandang ke arah gadis itu yang telah pun memegang pemegang di pintu bas untuk melangkah naik tangga.

Norly ! aku memanggilnya. Dia tidak jadi melangkah naik. Dia berpaling dan memandang ke arah ku yang hanya selangkah dua sahaja lagi jaraknya darinya. Nah ni saya bagi awak bacalah nanti, kata ku dalam nafas yang masih tercunggap-cunggap sambil menghulurkan nota yang ku tulis tadi kepada Norly. Sorry ek, naik lah bas cepat, abang drebar tu pandang sini.

Terima kasih, Norly sambil tersenyum mengambil kertas nota ku itu dan melangkah naik bas.

Dari dalam bas suara-suara mengusik riuh rendah. Entah siapa aku pun tak perasan masa tu menjerit dengan kepalanya keluar dari tingkap bas. Fuyyo !! real la brother. Aku cuma senyum..he he segan juga aku masa tu bila melihat banyaknya mata-mata yang sedang memandang ke arah ku samada dari dalam bas mau pun yang sedang menunggu di hadapan perpustakaan.

Bas bergerak keluar dari pagar kampus. Aku berpaling dan menuju ke arah Manap yang masih berdiri di hadapan perpustakaan. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh dan tersenyum memandang ku. Akhirnya kawan aku ada awek..he he berjaya akhirnya. Kata Manap sebaik sahaja aku sampai di depannya. kawan aku dah ada awek, berulang-ulang kali di sebutnya ayat tu dengan wajah yang riang sambil menepuk-nepuk bahu ku.

Aku cuma diam dan tersenyum. Rupanya Manap prihatin terhadap diriku yang takut nak menegur atau mengurat perempuan. Lom tentu lagi, tah tah dia baca lepas tu dia buang, Aku cuba menghambarkan kegembiraan Manap dalam meraikan kejayaannya itu. Aku tak berapa yakin sebenarnya. Tunggulah nanti dia dah baca baru tahu dia suka ke tidak, tambah ku lagi. Manap hanya tersenggeh memandang aku tanpa membalas kata-kata ku itu.

Kami bergerak pulang berjalan kaki sedang pelajar lain masih menunggu bas sampai. Aku memang berjalan kaki selama ini kerana aku tidak suka berebut-rebut naik bas.

Aku gerenti awek tu nak kau punya, lagi pun ayat kau dalam nota tu power giler, aku dah baca pun tadi, sambil menyenggeh Manap memberitahu kepada aku sewaktu kami menaiki tangga asrama. Ah !.. kau baca ke, tak baik tuu, aku melawak dan menunjukkan  riak yang aku malu kononnya.

Malam sebelum tidur, aku berbaring sambil melihat wajah Norly yang berada di depan mata ku. Aku melihat dia tersenyum. Aku sedikit tak keruan bila terkenangkan esok. Jangan dia tak balas dah lah.. Malunya aku ...

Tak sangka juga kan, andai sangkaan Manap menjadi kenyataan dan jika ini telah ditentukan Tuhan sebagai takdir buat ku, aduhai alahai alangkah syoknya, ada awek aku akhirnya. Aku tersenyum sendirian dengan lengan ku di atas dahi.

Terasa lambatnya masa berlalu, cepatlah siang hendaknya. Dalam terkebil-kebil mengharap agar aku tertidur, wajah Norly dengan senyumnya yang manis itu tak lekang dari mata ku. Inilah juga kali pertama sejak berada di Itm ni, aku tidur di temani senyuman dan juga debaran menanti siang datang.

Aduhai Alahai - Awie

0 comments

Labels