Boleh saya cakap dengan Rahim , lunak suaranya bertanya.

Awak ingat tak siapa ni ? Pertanyaan sebaik sahaja aku menberitahu yang aku lah Rahim.

Aku sebetulnya terkejut sangat bila mendengar suara itu. Terhenti terus aku dari kerja yang sedang cuba disiapkan. Norly yang telah bertahun lamanya meninggalkan aku tanpa khabar berita, kini muncul tiba-tiba. Terimbas terus di pandangan mata ku wajah Norly yang kecik molek itu.

Lama dia menghilang begitu saja. Sejak dari aku di semester dua hingga kini. Ada rasanya hampir enam tujuh tahun lamanya dia pergi tanpa berita buatkan aku tercanggak-canggak seperti orang menunggu bas tak sampai-sampai. Buat aku tercongak-congak siang dan malam mencari sebab musabab mengapa dia pergi begitu saja meninggalkan aku. Kecewa merana tidaklah, tapi bayangkan dalam asyik bercinta tiba-tiba pujaan hati yang asyik diingat siang dan malam menghilang tanpa sepatah kata. Benggang pun ada, rasa pelik lagilah pula.

Ingat, mana boleh tak ingat, Norly kan ni. Aku membalas pertanyaannya dengan yakin dan lembut agar tidak perasan olehnya yang aku dalam keadaan terkejut yang amat sangat.

Kita jumpa ya habis kerja nanti, ada banyak nak cerita ni, pinta Norly mengakhiri panggilannya yang benar-benar telah buat aku terkejutnya dan hilang selera untuk meneruskan kerja. Namun dalam terhegeh-hegeh siap juga akhirnya kerja ku sewaktu aku meninggalkan pejabat.

Kenapa awak tinggalkan saya tanpa sepatah kata dulu, itulah pertanyaan yang menjadi ayat pertama perbualan aku dan Norly sewaktu bertemu di gerai minum Kak Leha. Bila saya tinggalkan awak ? Awak yang diam je tak balas surat saya, Norly dengan spontan terus menjawab soalan pertama ku itu.

Bertahun aku mencari jawapan mengapa aku ditinggalkan begitu saja malangnya hari ini jawapan yang ku terima dari mulut Norly sendiri, aku yang didapati bersalah rupanya. Mana aci macam ni, komenku di dalam hati dengan jawapannya yang tak lojik langsung tu.

Awak peliklah, saya yang tercari-cari awak, berita pun tak da, sekarang awak kata saya yang tinggalkan awak. Cakap yang benar sajalah, kenapa awak tinggalkan saya dan kenapa tiba-tiba awak cari saya semula ni, aku bertegas dan mengelak dari termakan taktik Norly yang cuba melarikan diri dari kenyataan itu.

Awak dah ada makwe lain ke ? Norly bertanya tanpa mengindahkan permintaan ku. Awak cerita dulu nanti saya beritahu, balasku sekali gus menbantutkan usaha Norly untuk mengelak dari menjawab soalan ku tadi.

Akhirnya Norly pun menceritakan hal sebenarnya kenapa tiba-tiba dia menghilangkan diri dan kenapa dia menghubungi aku semula.

Oh! saya ingat awak tak suka saya lagi. Awak tiba-tiba hilang begitu saja, kata ku sebaik saja Norly habis bercerita. Fahamlah aku duduk perkara sebenar tentang sebab dia menghilang dan kenapa dia datang semula mencari ku.

Saya asyik ingat awak. Setiap kali hariraya, saya tunggu awak. Saya harap sangat awak datang rumah saya, sampai hati awak tak cari saya, baru saja aku nak membuka mulut, Norly telah meluahkan isi hatinya dulu. Kenapa awak tak cari saya ? tanya Norly padaku.

Aduh, apa aku nak jawab ni ek. Marah, benggang dan pening bertahun aku dalam mencari sebab kenapa dia pergi telah pun reda dari dadaku, kini aku pula yang nak kena jawab soalan-soalan Norly pula. Aku pula sekarang ni seolah-olah di pihak yang bersalah. Macamana boleh terbalik cerita ni.

Saya fikir macam ni lah, benda pun dah berlalu, kita cerita yang semasa je lah. Buat apa kita nak bersawala tentang cinta yang dulunya kita sama-sama pernah menikmati hari-hari gembiranya bersama-sama.. Biar saya cerita kat awak apa yang saya lalui selepas awak menghilang. Awak tak kesah ke ni ? aku bertanya mana tau Norly tak sudi pula mendengarnya. Awak ceritalah, awak pun tau kan yang saya suka sangat dengar suara awak. Seronok tengok cara awak bercakap, ujar Norly mengizinkan aku meneruskan cerita.

Saya masa ni sudah ada makwe. Kebetulan sewaktu awak menghilang tanpa berita tu, adik sepupu saya meluahkan isi hatinya pada saya. Namun bukanlah prinsip saya bertukar ganti makwe, saya telah meminta tempoh sebelum memberi jawapan menerima kehadirannya dalam hidup saya. Lagi pun masa tu awak masih memenuhi ruang hati saya walaupun saya benar-benar kecewa dengan sikap awak masa tu. Aku cuba memendekkan cerita. Aku fikir, dalam keadaan begini tak guna juga kalau dapat dicari sekali pun siapa salah, siapa yang betul.

Cepatnya awak cari ganti saya, Norly tiba-tiba mencelah.

Selepas enam bulan masih juga tiada berita dari awak, kebetulan sewaktu ziarah raya puasa, saya pun cakaplah saya terima dia, aku meneruskan ceritaku tanpa menghiraukan soalan Norly tadi.

Oh awak dah ada makwe lain, jadi tak guna lah kita cerita panjangkan, ujar Norly. Wajahnya kelihatan sayu. Dia memandang ke arah lain. Merenung jauh. Entah apa yang difikirkannya, aku pun tak tau.

Rasanya macam tu lah, apa pun ceritanya, keadaan sudah tidak seperti dulu lagi. Awak dah bertunang dan saya pula sudah ada makwe. Berdasarkan penerangan awak tadi, saya tahu awak cari saya kerana tunangan awak pilihan orang tua awak dan awak belum dapat menerimanya sepertimana awak pernah menerima saya. Kalau saya kata saya masih hendakkan awak, awak akan tinggalkan dia, betulkan. Dalam firasat aku meneka. Betulkan ? Sekali lagi aku bertanya pada Norly.

Saya terukkan, awak. Awak baik sebab tu saya suka awak. Awak tak pernah usik saya, Norly mula bercerita kebenaran yang disembunyikannya dari awal lagi. Tadi aku yang melayan perasaan ku, kini giliran Norly pula. He he, kelakar pula rasanya. Norly terus menyambung ceritanya sambil sesekali mengangkat kepalanya memandang kepada ku.

Dulu saya tinggalkan awak sebab masa tu saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran. Saya fikir tanpa tumpuan sepenuhnya pada pelajaran, saya pasti gagal. Saya tak nak gagal dan menghampakan harapan ibu bapa saya. Adik-adik saya ramai. Saya ada tanggungjawab yang mesti saya sempurnakan dulu.

Bila usia makin meningkat, ibu bapa mula mendesak dan akhirnya saya terpaksa akur. Kini saya cari awak sebab saya fikir saya akan lebih bahagia bersama awak dari tunang saya tu. Sekarang saya akan kembali dan belajar menerimanya kerana awak tidak dapat menerima saya semula. Terukkan saya ni. Norly bertanya mengharap pandangan dari ku tentang dirinya.

Saya pun teruk juga, saya cari awak tak jumpa tapi saya masih boleh pergi ke rumah awak bertanyakan khabar awak dari ibu dan ayah awak. Tapi saya tak pergi pun. Awak terlalu idealistik dan saya pula ego, jadi rasanya kita sama-sama terukkan. Aku senyum memandang Norly. Dia pun tersenyum memandang ku. Dalam senyum gambaran lama bermain semula di hadapan mataku. Aku benar-benar sayang pada kau Norly, kenapa lah kau tinggalkan aku dulu, dalam fikiran aku melayan rasa sayu dan pilu kerana aku sedar penantian ku sudah berakhir rupanya. Ku lihat Norly cuma tunduk, diwajahnya jelas tampak kesayuan yang amat sangat, sesal pun ada.

Aneh pula rasanya, perasaan yang pernah berbunga satu waktu dulu, kini makin membara. Aku tiba-tiba dapat merasakan perasaan cinta yang pernah ku berikan pada Norly satu waktu dulu seperti tidak dapat ku ambil semula. Ingin saja aku menyatakan perasaan ku yang sebenarnya di saat itu.Uhh tapi apa gunanya, merampas tunang orang itu dosa.

Maafkan apa salah dan silap saya ye, mungkin ini pertemuan terakhir kita. Kalau jumpa lagi pun mungkin awak dah kedut seribu dan saya dah terketar-ketar lutut masa tu. Norly gelak kecil mendengar seloroh dari ku itu. Saya pun macam tu. maafkan saya kerana pernah mengecewakan awak, Norly pula membuat ucapan terakhirnya sebelum mengakhiri pertemuan terakhir kami ini.

Jom balik, aku mengajak Norly setelah rasanya masa untuk membawa haluan masing-masing telah sampai. Awak jalan dulu lah, Norly menyuruh ku bergerak dulu meninggalkan tempat itu. Awak dululah. Saya nak tengok awak jalan, dari dulu saya suka tengok gaya awak berjalan, aku pula menyuruh Norly bergerak dulu.

Senyum Norly mendengar kataku itu. Direnungnya wajahku tak berkelip seperti menyimpan wajahku dalam ingatannya agar aku dia tak lupa nanti. Aku pun begitu juga.

Kelakar kita ni kan, tegurku selepas aku perasan kami hanya saling berpandangan tanpa berkata-kata. Terima kasih kerana awak masih sudi jumpa saya di sini, balas Norly pula. Okeylah saya balik dulu ya dan Norly memulakan langkah menuju ke kenderaannya di seberang jalan. Dia berhenti seketika dan berpaling kepada ku. Di lambai-lambainya aku. Sedih juga rasa hatiku di waktu itu untuk melepaskannya pergi tapi memang bukan jodoh kami untuk hidup bersama lagi pun dia tunang orang. Tak mungkin aku dapat menerimanya dalam keadaan begitu.

Norly ! Norly ! jeritku sambil berlari anak melintas jalan disamar senja sebaik sahaja kereta di pandu Norly ku lihat mula bergerak. Sementara aku berdiri di garisan putus-putus di tengah jalan menanti kenderaan yang lalu, ku lihat Norly sudah pun berdiri di pintu keretanya memandang ke arahku. Entah bila masanya dia keluar dari keretanya, aku pun tak perasan.

Kenapa ? cakaplah cepat, desak Norly. Ku lihat dia seperti tidak sabar lagi menunggu aku yang masih teragak-agak untuk membuka mulut. Saya, saya sebetulnya belum ada makwe lagi. Betul ke ni awak, betul ke ? Di gengamnya tangan ku erat, betul ke ni ? Di renungnya mataku mencari kepastian. Betul Norly, setiap saat dan detik saya menanti awak. Sejak awak pergi saya sendirian kosong dan sepi kerana cinta di hati saya telah awak bawa bersama.

Okeylah, maafkan saya bohong pada awak tadi, pergilah. Saya cuma nak awak tahu itu sahaja. Pergilah, hari pun makin malam, aku berkata sambil cuba menarik tanganku yang masih erat digengam Norly.

Norly tiba-tiba tunduk mencium tangan ku dan sewaktu dia mendonggak semula, ku lihat air matanya bergenang dan ada yang sudah mengalir ke pipinya. Saya cari awak bertahun lamanya. Siapa sahaja yang saya jumpa sama kursus dengan awak dulu saya tanya, kenal tak awak. Saya belum bertunang, saya pun bohong kat awak tadi. Norly memandang aku, dia senyum, dan dia gelak. Aku pun tergelak.

Gila ah, dah macam tu susah awak cari saya, dah jumpa awak bohong kenapa ? Cerita reka baik pula tu, tak faham saya, aku bertanya, pelik aku memikirkannya.

Entahlah, tiba-tiba saya teringat nak trick ke awak, saya takut awak dah kawin ke, nanti awak cakap awak bujang lagi kalau awak tahu saya belum ada yang punya, jelas Norly. Bila awak cakap dah ada makwe saya sedih sangat. Muka awak pulak selamba giler. Tapi tentang kenapa saya tingalkan awak tu, tentang tanggungjawab pada adik-adik tu betul, saya tak bohong. Awak pun tahukan adik beradik saya ramai. Kalau awak tak percaya tanyalah adik saya.

Maafkan saya kerana pergi tanpa berita. masa tu saya fikir kalau saya cakap pun tentu awak tak boleh terima. Awak mesti pujuk saya itu dan ini.Norly cuba menyakinkan aku tentang silapnya, tentang pemikirannya di waktu mengambil keputusan meninggalkan aku dulu.

Sememangnya aku keliru namun aku juga tidak dapat membendung api cinta yang menyambar dan marak tiba-tiba itu. Telah lama ku simpan baranya, ku bawa ke sana sini mencari Norly. Hanya dia yang mampu menyalakannya semula.


Awak terima saya semula ? Norly tiba-tiba bertanya. Ayah awak macam mana ? tanya ku pula. Norly tergelak kecil. Kami sama-sama melangkah ke gerai kak Leha semula. Awak boleh sembahyang tak ni, aku bertanya dan Norly geleng kepala. Awak ? Saya kada' je kot balik rumah nanti..aku senggeh. Teruk la awak, Norly mencubit lengan ku. Cubit melepas rindu agaknya. Emm.. macam mimpi pun ada.



Kasih yang Suci oleh Jay Jay

0 comments

Labels