Dengan rahmatNya dicipta hayat
Dengan kehendakNya beroleh hidayat
Andai diri mengenal hakikat
InsyaAllah sombong tak kan mendekat

Sedarnya aku hidup yang singkat
Matinya pula makin dekat
Ku redah dunia mencari berkat
Buat bekalan dunia akhirat

Ingatlah diri akan riwayat
Di dalam kubur dimakan ulat
Awasi diri dari sombong dan sesat
Semoga selamat di dunia dan di akhirat

Jangan berlagak sombong lagu ku minat
Buat yang suka diri diingat
Kliklah andai berminat
Jika internet tak slow sangat



Jangan berlagak Sombong disampaikan oleh Arwah Jasni
Semoga Allah mencucuri dan melimpahi rahmatNya buat beliau - Al Fatihah.

***************************

Penyataan berkaitan Sombong dari Quran & Hadis

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

ohislam.com

استغفر الله العظيم

***************************

1 comments

  1. Umihoney // February 13, 2011 at 6:54 PM  

    Salam buat teman
    Lagu ni best. Rencananya juga best.Good job.

Labels