Dunia adalah alam impian dan akhirat itulah sebenarnya alam sedar
sedangkan mati ialah jambatan.

Kita semua hidup dalam berbagai-bagai impian
siapa yang mengawasi dirinya mencapai keberuntungan dan 
siapa yang lalai menderita kerugian.

Siapa yang selalu memikirkan akibat-akibat terselamat dan 
siapa mengikut nafsunya sesat.

Siapa yang sabar berjaya dan 
siapa yang hati-hati terselamat.

Siapa yang mengambil contoh tauladan dapat berfikir luas 
dan siapa yang berfikir luas akan mengerti 
dan siapa yang mengerti mempunyai ilmu 
dan siapa yang mempunyai ilmu harus mengamalkannya.

Jika anda menyeleweng kembali ke pangkal jalan. 
Jika anda menyesal jangan lakukan lagi perbuatan itu
Jika anda jahil bertanya dan 
jika anda marah kawal

1 comments

  1. Umihoney // February 13, 2011 at 6:52 PM  

    Bagus sekali.Terima kasih berkongsi permata ini.

Labels