Jika ku tak bangun esok pagi
Sudah pasti subuh ku terlepas lagi
Bertambahlah 60000 tahun lagi
Deritaku di neraka nanti

Jika ku tak bangun esok pagi
Sudah pasti kau kejutkan ku berkali-kali

Jika ku tak bangun lagi
Periksalah nadi ku berkali-kali
Andai kau sudah pasti
Yang aku sudah pergi
Jangan kau tangisi
Kerana aku masih di sini
Berdiri di alam yang satu lagi
Dalam perjalanan bertemu Ilahi

Akan ku tunggu kau datang nanti
Itu pun kalau ada rezeki
di kurnia Tuhan yang mengasihani
insani

Andai kau tak bangun esok pagi
Sudah pasti akan ku tangisi
Pemergian mu itu nanti
Jadilah aku perindu sepi
kerana dirimu amat ku kasihi.

Jangan tak bangun pagi
Kambing biri-biri
Itik Serati
Pontianak harum sundal pagi
Semuanya tahu bangun pagi.


0 comments

Labels