Awal lagi kami sampai di IPM. Tidak kelihatan seorang pun pelajar di bahagian bawah asrama perempuan. Kami berlima hendak pergi berkemah di Hutan Lipur Lentang. Kedatangan ke IPM ini untuk menjemput awek-awek yang sudi join sama untuk berkemah.

Kami berlima menunggang motor masing-masing. Nampaknya cuma aku sahaja yang bakal dibuncing oleh barang-barang keperluan berkemah kerana awek-awek yang bersetuju untuk ikut cuma empat orang sahaja. Seperti biasa, aku lah yang akan mengalah.

Dalam kami berborak-borak sambil menunggu di parking motor, gadis-gadis yang bakal menemani kami itu pun turun. Kelihatan riang dan tersenyum lebar kawan-kawan ku, mereka bimbang juga kalau awek-awek itu membatalkan hasrat untuk ikut sama berkemah.

Salim lah yang kenal dia orang ni, itu pun baru seminggu kenal sewaktu melepak-lepak di Taman Tasik Titiwangsa. Salim agak berbakat dan pandai mengurat. Kami yang lain ni tidak boleh diharap sangat kalau bab-bab awek ni. Banyak masa kami habiskan sesama kami sahaja.

Aku masih sibuk dengan motor ku, memastikan barang-barang diikat dengan ketat di tempat duduk belakang. Di waktu yang sama rupa-rupanya Salim sedang beria memujuk awek yang memboncing dengannya itu mengajak seorang lagi kawan mereka, Lin agar turut sama.

Aku pernah melihat Lin sewaktu mengikuti Salim bertemu awek-awek ni untuk merancang perkemahan. Di waktu itu lagi Lin sudah menolak ajakan kami dan pastinya tanpa Lin, aku sahajalah yang masih tiada pasangan.

Kau jangan risau Zid, aku akan pastikan kau juga bawak awek ke Lipur Lentang, Salim cuba menguatkan semangat ku agar aku tidak membatalkan niat ke Lipur Lentang disebabkan tiada "couple". Aku cuma senyum sahaja di waktu itu.Kalau kau nak usahakan aku suka je, balas ku.

Akhirnya Lin turun dengan membawa bag sandangnya. Kalah akhirnya dia bila dipujuk rayu oleh rakan-rakan baiknya yan telah pun di "hasut" oleh Salim. Aku pula mula tersenggeh-senggeh. Dalam tiada harapan akhirnya dapat pula yang paling cantik dalam ramai-ramai tu.

Lin berseluar condroy merah dan berbaju T-shirt kuning air. Kulitnya yang putih melepak memang sesuai dan menarik di mataku.

Kali pertama melihatnya semasa merundingkan pelan perkemahan itu pun aku dah mula suka dan amat berharap agar Lin bersetuju ikut sama. Cuma aku ni entah apa-apa, bersuara sepatah pun tidak. Semua Salim yang usahakan. Aku sebenarnya ngeri nak usha-usha awek di sini si sebabkan mereka semua student dan aku pula cuma office boy lepasan SRP. Nak speaking pun tak reti sepatah habuk.

Aku buat-buat muka selamba macam tak ada apa-apa perasaan bila melihat Lin menuruni tangga. Barang-barang telah pun diagih-agihkan semula sebaik sahaja Lin memberi kata persetujuannya tadi. Dengan hati yang riang tak terkira aku menurunkan tempat pemijak kaki belakang motor.

Wajah ku selamba tiada riak gembira tapi hati ku melonjak-lonjak keriangan kerana Lin yang sangat aku berkenan dan tertawan, sebentar lagi akan duduk di belakang ku untuk perjalanan yang jauh ni.

Sudah boleh naik ke ni ? Halus sahaja suara yang menegurku dari belakang. Alamak ! terkejut beruk aku bila ku toleh ke belakang, Shima yang sepatutnya membuncing Salim sedang berdiri dengan bag tergalas di belakangnya. Naiklah aku menjawab. Suara ku sedikit tawar. Tak faham aku di saat itu bagaimana pertukaran ini boleh berlaku dalam masa yang sebegitu singkat.

Kami pun bertolak. Mulanya aku boring juga, tapi bila aku fikir-fikirkan, usaha sikit pun tidak, ni dah kira okey la, dari bawak barang ada gak awek duduk di belakang. Lagi pun rasionalnya tak kan aku nak komplen pada Salim sedangkan dia yang bersusah payah mengusahakan agar aku tidak sendirian,terima kasih lagi sepatutnya.

Sewaktu di lebuhraya Karak, Salim memandu di hadapan ku. Dalam hati berkata juga, kenapalah kau Lin tak nak naik dengan aku.

Seketika kemudian kami berhenti di tepi lebuhraya, Din nak terbuang air kecik pula. Ku lihat Shima dan Lin bercakap-cakap, serius juga nampak dari jauh, sesekali mereka berdua memandang ke arah kami. Salim, Manap dan aku berborak-borak sambil duduk menyangkung. Lama juga mamat ni buang air kecik, kata Manap. Puas nahan dari tadi tu, balas Salim yang sedang memandang ke arah Lin dan Shima. Aku diam je, tak berani aku nak tanya kenapa dia biarkan Shima naik dengan aku dan dia pula membawa Lin. Dari matanya aku rasa Salim lebih berminat pada Lin dari Shima. Salim memang rambang mata.

Jom jalan,Din yang tiba-tiba muncul dari celah-celah semak sambil membetulkan zip seluarnya mengajak kami memulakan perjalanan kembali. Saya naik dengan awak ye, Lin berdiri di sebelah ku dengan bag sandang di tangannya. Boleh, jawap ku terhenti di situ, aku memandang ke arah Salim yang kebetulan juga sedang melihat ke arah kami. Kejap ye, aku memberitahu Lin dan terus melangkah menuju ke arah Salim.

Rupa-rupanya Lin minta tukar dengan Shima, alasannya lebih sesuai dia naik dengan aku, motor Salim tu tonggek sangat, dia tak selesa. Okey bro no problem, janji enjoy, bisik Salim kepadaku. Shima di belakangnya melambai-lambai Lin. Aku tahu Shima seronok kerana sireh telah pulang keganggangnya semula.

Jauh sangat Lin duduk, dekat sikit la, goyang lah motor, ikhlas aku buat permintaan tu, bukan ada niat tak elok. Angin memang kuat di lebuhraya karak. Yamaha Rxz aku ni sesekali bergoyang bila di rempuh angin lintang, mentelah pula Lin duduk agak ke belakang sangat. Lin merapatkan sikit dirinya ke depan dan aku tak kata apa lah bila dia memegang pinggangku. Orang nak pegang, nak buat macam mana. Adalah rasanya dalam tiga empat kilometer selepas tu Lin memelok pinggangku. Mestilah aku syok gila masa tu, tapi aku tak rasa apalah, jaket kulit yang ku pakai memang tebal, handmade aku beli di Pertama Kompleks. Mahal ni woo, tiga ratus ringgit malaysia lebih sikit lagi.

Sampai sahaja di tempat parking di taman Lipur Lentang, orang sudah mula ramai.Dia suka kau lah aku rasa, kata Salim sambil menepuk bahuku. Baik punya peluk aku tengok, dengan aku tadi tegak je dia duduk, boring tol aku, tambah Salim. Aku senggeh je sambil mengenakan kunci tambahan di rim tayar motor. Shima benggang giler tadi bila aku suruh dia naik dengan kau. He he gelak Salim sambil melangkah menuju ke arah Shima yang menantinya dari tadi.

Malam tu kami berborak-borak dan bercerita hal masing-masing. Maklumlah baru tu nak kenal betul. Aku duduk di depan unggun api bersama kawan-kawan ku yang lain dan awek-awek tu selonggok duduk di depan kami. Masing-masing memegang ikan yang telah pun dicucuk dengan buluh untuk dipanggang. Riang juga masa tu. Sebentar kemudian Lin datang kepada ku menghulurkan ikan yang telah dipanggangnya. Dia kesian agaknya bila tengok ikan yang ku panggang menyala disambar api, hangus rentong. Manalah aku reti, ni lah first time aku camping pun. Kami berborak-borak. Tanpa di sengajakan kami seperti berpasang-pasang berborak berasingan. Sesekali aku menjeling ke arah Salim. Lega juga hati aku bila ku lihat dia tak kesahkan Lin lagi, dan asik tergelak bila bila Shima buat lawak. Shima memang pandai buat kelakar. aku pun gelak di buatnya.

Hari makin larut malam, aku pun menuju ke wakaf yang memang disediakan di situ untuk mula berbaring-baring. Lin pula telah ke khemah yang memang kami sediakan untuk awek-awek ni. Yang lelaki, pandai-pandai la nak tidur mana, cuma mesti jangan jauh sangat lah, keselamatan awek-awek ni nak dijaga juga.

Mereka masih seronok berborak dan aku dengar ada yang terkekeh ketawa. Ada lah tu pak lawak sedang buka cerita. Din dan Halim memang selalu buat kami semua sakit-sakit perut bila dia orang berdua ni mula buka cerita.

Entah bila , aku pun tak sedar, sedar-sedar aku terjaga bila terasa bahu ku di tepuk orang. Ku lihat Lin sedang duduk di sisi ku. Aku terus duduk dan memandang ke wajah Lin. Nape Lin, aku bertanya dalam kehairanan. Saya takut lah, dia orang tak tahu tidur kat mana, bila saya tersedar tadi, saya sorang je dalam khemah tu. Saya tidur sini boleh. Apa lah yang dapat aku fikir di saat begitu. Dalam samar-samar cahaya dari unggun api, aku melihat ke wajah Lin dan aku lihat memang ada riak takut di wajahnya. Tidurlah, aku pun menganjakkan badan ku untuk beralih memberi Lin ruang. Aku tidur telentang dengan jaket ku dan seluar jeans yang ku pakai siang tadi. Lin pula berbaring mengiring membelakangkan aku. Dia berselubung dengan kain selimut yang dibawanya. Seluruh tubuhnya diselubungi kain, ngeri gak aku tengok, dah macam hantu bungkus.

Awak anta saya balik boleh ke. Tiba-tiba Lin bersuara. Aku diam, terkejut pun ada. Gila dah malam buta ni, bisik hatiku. Awak takut saya usik awak ke, aku bertanya mencari punca sebenar kenapa tiba-tiba dia nak balik. Entahlah, dalam ramai-ramai ni saya percaya kat awak, kenapa saya tak tahu, sebab tu saya minta tukar dengan Shima tadi, balas Lin yang telah pun duduk semula. Tapi saya takut lah, kita berdua je ni. Suara Lin sayu seperti hendak menanggis pun ada aku dengar. Dia memang takut masa tu.

Saya tak nak pergi tadi, tapi dia orang pujuk-pujuk saya tak sampai hati pula. Bila saya lihat awak pun macam baik je, saya pun tak tau lah kenapa dan macam mana boleh setuju pula. Sekarang dia orang tinggalkan saya sorang-sorang. Lin menanggis. Kesian aku lihat dia masa tu.

Saya tak pernah keluar dengan lelaki macam ni.Awak mesti pikir saya tak baik kan, Lin menambah sambil terisak-isak menahan tangisannya. Eh tak lah, awak okey, saya respek awak, awak jangan takut lah, saya tak usik awak, kan tadi pun saya tidur sini sorang-sorang, kalau saya ada niat jahat, mesti saya dah pujuk-pujuk awak tidur sini, pujuk ku untuk melapangkan kerisauan Lin. Awak tidur lah saya jaga awak. Kalau saya usik awak, awak jerit lah. Dah jangan nanggis lagi. Awak tidur, subuh sebelum lalat terbang saya hantar awak balik ek. Ni dah malam lah road block biasa ada malam macam ni, saya lesen L je, terpaksa aku membuka rahsia ku pada Lin.

Lin saya cakap sikit boleh, tapi jangan lah pelik pulak nanti. Aku mulakan semula bicara ku bila ku lihat Lin seperti sudah mula bertenang dan membaringkan dirinya semula dengan selubung lingkup macam hantu bungkus tu. Saya rasa macam best lah kalau dapat kawan awak. Saya pun tak da makwe lagi ni, aku meneruskan bicara diiringi gelak sedikit, malu-malu gitu. Walaupun malu-malu,aku ni memang selamba orangnya. Nak ngurat awek memang tak reti, tapi kalau dah kenal, selamba je aku bila bercakap.

Esok pagi awak hantar saya balik ye, pagi-pagi boleh, balas Lin. Segan juga aku masa tu, soalan ku tidak diendahnya langsung. Ialah jangan risau, besok pagi boleh, no problem punya. Lin tidurlah, jangan risau. Saya janji kat awak, saya dan tak da siapa boleh usik awak malam ni. Terima kasih, saya tahu awak memang baik, balas Lin. Dalam tersegan-segan tu aku pun terlelap.

Aku sedar hari dah subuh. Lin, Lin bangun kata nak balik. Lin terus duduk. Awak tak tidur ke, tanya ku bila lihat Lin dengan mata merahnya tersangap-sangap. Dah nak subuh tadi baru terlelap, balas Lin memandang ke arah khemah. Kawan-kawannya tidak kelihatan begitu juga dengan kawan-kawan ku.

Selepas meninggalkan nota di khemah, aku pun bersegera menghantar Lin pulang.

Sebelum balik, sempat ku nasihatkan Lin agar tetapkan hati dilain kali, jangan termakan pujuk rayu kalau kita memang tak mahu atau tak nak buat sesuatu. Lagi pun memang merbahaya, nasib aku ni baik, macam-macam boleh terjadi kalau terkena lelaki yang memang berniat serong. Lin mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kita kawan ek, beritahu Lin sewaktu aku hampir memulakan perjalanan untuk pulang. Terima kasih balas ku. Awak jaga diri elok-elok tau, pesan ku dan aku pun pulang.

Apa aku cerita ni ek, mungkin ada yang tertanya-tanya apa motif cerita ku ini. Aku nak cerita, ni lah detik permulaan pertemuan aku dan isteriku Lin. Selepas dari tu kami berada di alam percintaan. Aku pula bertambah bersemanggat dan menyambung pelajaran ku secara sambilan di sekolah persendirian. Habis je waktu kerja, aku berlelah masuk kelas. Aku ambil semula SRP. Sewaktu aku mengambil SPM, Lin dah kerja. Dengan bantuan Lin aku berjaya dengan cemerlang dan di terima masuk ke ITM.

Banyak jasa Lin pada aku. Kini aku bekerja sebagai juruteknik di syarikat pengeluar motor. Lin pula dah jadi surirumah sepenuh masa. Kini kami dah ada tujuh anak. Anak sulungku nak ambil PMR tahun ni. Lin pun dah mula mengembang tak se slim dulu lagi, tapi aku sayang pada dia biar segemuk mana pun dia. Lagi pun aku pun yang buat dia jadi berisi macam tu. Asik belanja dia makan je.

Oh ya, kawan-kawan ku yang hilang ke mana malam tu rupanya dia orang pergi ke Bentong, membawa sorang dari awek-awek tu ke klinik. Dia kena semput, ubat pula lupa nak bawa. Di sebabkan sejuk sangat ke, teruk juga semputnya, akhirnya dia di arahkan ke Hospital Bentong dan kena tahan wad malam tu. Kawan-kawan aku mula nak ajak aku sekali pergi tapi disebabkan aku tidur lena berkeruh dan Lin pula lena sendirian di khemah, tak jadi lah dia orang nak kejutkan aku. Lagi pun dia orang ingat sekejap je, tak sangka awek tu sampai kena tahan wad.

Kalau tak menarik cerita aku ni maaflah, lagipun kesah benar biasanya memang kurang menarik. Tapi bagi aku kenangan itu memang sentiasa ada dalam ingatan ku. Lin pula bila terkenangkan kesah kami mula berjumpa ni, dia bersyukur sangat kerana di takdirkan bertemu aku yang baik ni. Dia benar-benar jatuh hati pada aku kerana aku tak mengambil kesempatan dari keadaan di waktu tu. Ni kata Lin lah. Dan aku pula memang syok kat dia dari awal. Tambah syok bila aku sedar dia bukan jenis rewang, bilamana dia beria nak balik malam tu.

Apa pun memang bahaya kalau berdua-duaan begitu, penat mak bapak besar dan sekolah kan, akhirnya berakhir dengan dosa dan noda. Aku cakap ni sebab aku insaf masa tu, kalau lah terjadi apa-apa, Lin tentu susah lepas tu dan aku pula mungkin akan berubah menjadi seorang yang tidak baik disebabkan keinginan untuk mengulangi nikmat yang pernah ku rasakan itu.

Sebenarnya hampir-hampir aku memegang bahu Lin sewaktu dia sedang berbaring tu, walaupun dia tidur berbungkus, namun bentuk tubuhnya dalam samar-samar cahaya dari unggun api, benar-benar buat aku resah. Di suatu ketika, aku hampir gagal mengawal perasan dan gelojak perasaan ku membuat aku nekad untuk menyentuh bahunya. Syukurlah dengan keselamatan dari Tuhan, pesanan ayahku datang tiba-tiba. Seperti tergiang-giang di telingaku di saat itu, suara ayahku sewaktu memberi nasihat agama kepadaku dulu. Jangan diduga nafsu kita, ramai yang dah kecundang bila berdua-duaan. Ayahku rajin memberi nasihat agama kepadaku. Dia rajin bercerita kesah Barshasi dan si puteh. Tu yang buat aku tiba-tiba tersedar dan takut lalu mengurung niat ku untuk menyentuh Lin malam tu. Aku pun berkalih ke kiri membelakangkan Lin.

Aku sedar masa tu, sekali tercemar susah nak kembali ke jalan yang betul semula. Syukurlah aku dan Lin selamat, mungkin kami sama-sama bernasib baik.

Nasib pula tak selalu baik. Terkena bapak setan datang mengoda lom tentu selamat. Itulah kali pertama dan terakhir kami berkemah dan berdua-duaan. Lepas tu kami cuma bertemu di tempat awam sambil-sambil makan tengahari atau pun minum petang.

Semalam kami ke Lipur Lentang, bawak anak-anak berkelah. Wakaf yang aku buat tempat tidur tu dah tak da. Kawasan tu dah ditutup di waktu malam. Baguslah macam tu.

Rupanya aku ke Taman Lipur Lentang untuk bertemu jodoh dan untuk memulakan perubahan besar dalam hidup aku selepas tu. Syukurlah, kami tersedar masa tu, Tuhan sayangkan kami rupanya dan kami sama-sama berusaha untuk mencari jalan yang mulia dan lurus dalam meniti perjalanan hidup sebelum dipanggil pulang.

De Dana Dan Rishte Naate - You & I

0 comments

Labels