kekar di taman mekar
selaut madu kasih berpadu
letihnya petang dek panas siang
segarnya pagi dek dingin malam.

serahkan karya mu
akan ku hargai sepenuh hati
tunjukkan seni mu
akan ku hayati setengah mati

lenggokan menora mu
akan ku nikmati asyiknya
kerana jika kau seni
tentulah aku senimannya

satu ketika aku tak kesah
satu ketika engkau tak endah

usia menghanyutkan cinta
rupa menghakis gelora

itu lumrahnya dunia
terbit sedar bermaafanlah kita
lantaran suci kasih dan cinta
sesebak mana di lautan lara
datang bahagia relalah derita

0 comments

Labels