Di blog mu ku lihat bulan
menyinari aku yang datang
di wajah mu ku lihat bulan
serinya buat aku tertawan

Di mata mu yang galak
jelingan mu hatiku tersentak
buat aku tak lagi mampu mengelak

Di sudut bibirmu ku lihat senyuman
manisnya siapa tak tertawan

Kini aku pengunjung setia mu
tanpa kau sedari akulah orangnya
Yang asyik dan terpesona
melihat serinya bulan berhias senyuman

Kehadiran ku jarang kau sedari
Aku low profile tersisih dari ilusi
biar pun sering ku klik blog mu berkali-kali

Kala kau hadir di blog ku
komen kau beri
buat aku ternanti-nanti

Gembiranya aku melihat tanda suka mu
kau tinggalkan di blog ku itu

Aku tak pernah jemu
setia mengunjungi blog mu
ku baca setiap tulisan mu
buat aku makin merindu

Setiap perkataan mu yang ku baca
seperti kita sedang berbicara
begitulah terasa di hati apa nak kata

Kini aku perindu setia mu
Saban kali ketandusan idea
aku ke blog mu
pulangku bersama ilham
berteman pula sekuntum senyuman

Ilham datang mencurah
menjelma menjadi ayat ku tulis
tak terkejar jariku untuk menaipnya
di keyboard usang jariku berkejaran

Hari-hari aku merindu sendiri
seperti pungguk rindukan bulan
dalam hati syok sendiri
mengintai wajah mu bulan

Di wajahmu ku lihat bulan
berseri bersulam manisnya senyuman
biarpun tak pernah bersua lagi berkenalan.
manisnya buat ku rasa tak mahu pulang


Di Wajah Mu Ku Lihat Bulan oleh Sam Saimun

0 comments

Labels