Di forum berita harian, terjumpa komen, kenapa Tuhan beri anak pada ibu bapa yg Tuhan tentu tahu mereka zalim dan sanggup membunuh anak sendiri. Terdapat juga mereka yang ekpresi rasa tidak adil Tuhan berdasar malapetaka yang mereka lihat.

Sesungguhnya jawapanya terlalu mudah jika kita tahu sifat 20 Tuhan yang wajib kita muslim mengetahuinya satu persatu.

Dari sudut lain pula, diri kita, sakit derita, susah senang malapetaka semuanya milik Tuhan. Apalah erti derita jika kita mengerti diri ini dan segalanya milik siapa.

Andai tidak kerana limpah kurniaNya, kita pun tak tahu akan adanya kehidupan seperti yang sedang kita lalui masa ni. Bijak berlojik akal tanpa Ilmu, tercari-2 mereka jawapan, bila ketemu, yang mereka temui hanyalah jawapan yang menyesat diri dari jalan yang lurus. wallahua'lam

The Stars oleh Vitas

0 comments

Labels