Susuk tubuh itu mundar mandir di tengah-tengah padang di hadapan rumah. Saya yang berdiri di pintu pagar melihatnya dalam samar-samar gelap malam. Apa dibuatnya malam-malam buta berdiri di situ, perempuan pula tu. Gaduh dengan suami agaknya kot, andaian saya sendiri. Sesekali susuk tubuh itu berhenti kemudian berjalan dan berhenti semula. Di kala berhenti seperti berdiri menghadap ke arah saya pula.

Beberapa ketika kemudian, dia berpatah balik ke arah pokok yang sememangnya telah ujud di padang itu sejak mula saya tinggal di sini dulu. Dalam hati tergerak juga untuk saya melaungkan kepada susuk tubuh itu. Hoi buat apa tu ? tapi terpikir pula manalah tahu isteri orang saja-saja nak ambil angin malam, parah pula saya nanti andai dia balik memberitahu suaminya.

Dalam saya tercongak-congak tentang siapakah gerangan dia, sekoyong-koyong susuk tubuh itu berjalan menghala ke arah saya. Uhh.. dia datang sinilah, sedikit bergetar hati saya waktu itu.

Makin lama makin jelas kelihatan. Seorang wanita muda rupanya. Apa hendaknya tu, datang ke sini, pakainya putih, saya makin tertanya-tanya dalam hati, suspen pun ada. Hantu ke orang ni, harum semerbak pula tu.

Hai buat apa tu ? Susuk tubuh yang tadi saya sangkakan mak orang rupanya anak gadis jelita. Dia berdiri betul-betul di hadapan saya. Pemisah kami cuma pintu pagar tempat saya meletakkan lengan sambil berdiri menghisap rokok. Saya sedikit terkhayal oleh harum bauan yang dipakainya itu. Harum sungguh, mana dibeli agaknya ni, bisik hati saya.

Saja rehat-rehat ambil angin malam, awak nak ke mana malam-malam begini, sorang pula tu, pertanyaan saya menjawab sapaannya tadi.

Saja datang sini, nampak awak asyik memandang saya dari tadi, balasnya pula. Saya tengah boring tak tahu nak buat apa, itu yang mundar mandir di tengah padang tadi, tambahnya lagi yang belum diketahui namanya.

Awak tak takut ke, jalan malam sorang, saya bertanya lagi. Dia merenung saya bagaikan cuba menyelami apa yang saya maksudkan. Apa nak takut, saya dah biasa keluar malam, sudah biasa dengan gelap malam begini, jelasnya lebih terperinci. Oo, jawab saya seperti orang yang telah faham semua duduk perkara dengan sedikit penjelasan itu tadi. Sebetulnya, saya sedang berfikir akan ayat seterusnya. Apa nak cakap ek ? Boleh tahu nama awak dan mana rumahnya. Biasanya saya pernahlah ternampak penduduk di sini walaupun tidak semuanya saya kenal. Awak saya tak pernah lihat sebelum ni, saya menyambung bicara.

Dia senyum lagi. Kali ini makin menawan. Dalam hati risau juga walaupun saya semakin seronok dengan kehadirannya itu. Cantik wajahnya, muka bujur sirih, keningnya lebat seperti Brooke Shields, heroin filem barat The blue lagon yang masyhur sedikit masa dulu. Kulit putih gebu kemerah-merahan. Rambutnya panjang mengurai sampai ke pinggang kelihatan begitu gemalai dihembus angin malam yang makin dingin saya rasakan.Sedikit risau hanya kerana pakaiannya putih. Lain semua menarik dan tidak mendatangkan risau di hati. Pheh cantik gila, bisik hati saya dan sesekali tertelan air liur tanpa disengaja.

Dalam asyik meneliti rupa parasnya, hampir terlupa soalan yang saya ajukan tadi. Dia pula saya lihat tunduk memandang ke tanah. Sayu juga melihat dia yang seperti dagang sendirian di bumi sini.

Kalau saya cakap siapa saya, awak mesti takut nanti, tiba-tiba dia bersuara menghentikan mata saya yang ralit meniti rupa parasnya dari tadi. Meniti mata saya dari hujung rambut hingga ke ibu jari kakinya, he he dia cuma berkaki ayam. Selipar cicir ke ? meneka saya dalam hati.

Takut ! saya tak takut kalau pun awak ni pontianak sebab awak ni nampak macam baik sangat..dan cantik .. jawab saya selamba dan realistik sifatnya.

Apa la awak, pelik je pontianak, pelik je pontianak, Saya pari-pari lah, awak tahu tak pari-pari tu apa. Nun sana tu rumah saya, awak nampak tak pokok yang di tengah padang tu, itu lah rumah saya. Saya selalu nampak awak sewaktu awak pulang dari kerja atau keluar malam dengan anak isteri awak.

Terkejut katak saya, nasib baik tidak melompat, setakat terkejut sahaja. Saya cuba berwatak seperti orang yang tidak takut dan cuba sedaya upaya untuk bertenang. Maaflah silap teka tadi, ohh.. awak ni pari-pari ek, biasa dengar cuma baru ni nampak depan mata, beritahu saya sambil tersenyum walaupun sedikit cuak menyelinap di hati .

Boleh tahu nama awak, pari-pari pun mesti ada nama kan, soalan tambahan dari saya bila melihat dia asyik memandang-mandang ke arah pokok di tengah padang seperti ada sesuatu yang di bimbangkannya .

Rahsia ... awak panggillah saya nama apa yang awak suka, sambil tersenyum dia membetul-betulkan rambutnya yang panjang ke pinggang tu. Wajahnya kelihatan berseri semula. Mungkin kerana saya sudi menerima kehadirannya setelah dia memberi tahu perihal diri yang sebenar.

Tak mau lah, nak jugak tahu nama betul awak, tak best lah main hentam je. Apa nama betul awak ek, sekali lagi saya mencuba . Nama saya yang betul.. ah nanti lah dah lama kenal saya beritahu, jawabnya sambil gelak-gelak kecil, seronok agaknya Cik pari-Pari melihat saya terharap-harap nak tau namanya.

Kalau dah macam tu saya panggil awak Cik Pari-Pari sajalah ek, boleh ke ? usul saya. Okey apa-apa pun boleh, asal tak panggil saya monyet sudah, balas nya dengan nada yang lembut dan perlahan. Sekali lagi, saya lihat seperti ada kesayuan di raut wajah Cik Pari-Pari. Kenapa macam sedih saja ni? tadi nampak ceria. Saya cuba merungkap isi hatinya yang kelihatan sayu itu.

Saya boring sebenarnya. Malam-malam tiada apa nak dibuat. Macam awak bestkan malam-malam boleh layan internet, boring-boring jalan-jalan pergi kedai beli barang . Awak nak tahu tak, saya selalu berdiri di hadapan awak di luar tingkap. Suka perhatikan awak senyum sorang-sorang aewaktu membalas email kawan-kawan awak. Awak nak tahu tak, kadang-kadang saya masuk dan berdiri sebelah awak, tumpang baca email yang awak balas tu. Bestkan awak, kalau saya pun boleh email awak macam awak buat tu. Cik Pari-Pari menjelaskan semuanya dengan terperinci.

Padanlah bau haruman wangi awak pakai ni macam saya pernah terbau sebelum ni, tapi di mana ya ? Saya cuba melawak dengan harapan dia ceria semula. Juga agar perasaan terkejut saya hilang bila diberitahu yang dia selalu berdiri di sebelah sewaktu saya asyik melayari internet.

Aha kan, saya pun tak tau selama ni apa aktiviti harian pari-pari, apa makannya, tapikan awak pun ada kelebihan juga, boleh terbang dan lambat mati. Kita manusia mati pun cepat, kerja pula banyak, tak kerja dapur tak berasap, sambung saya lagi sambil memberinya semangat agar tidak terasa dirinya terlalu serba kekurangan, malah ada kelebihan untuk di syukuri.

Kita kawan ek, saya menghulurkan tangan. Tapi saya nak keluar pergi makan ni. Esok datanglah andai sudi berborak dengan saya lagi. Saya minta maaf, saya kena keluar sekarang, lagi pun tentu ayah awak risau tu. Dia nampak kita ke tidak ni, ujar saya dengan soalan tambahan lagi beralas agar Cik Pari-Pari tak berasa hati.

Dia menyambut salam saya sambil tunduk. Kita mana ada ayah, adalah tapi entah mana perginya, pari-pari bukan macam manusia, berkeluarga pergi sekolah, dia menyambung bicara dan memandang tepat ke mata saya sambil menghadiahkan senyuman termanis yang pernah dihadiahkan oleh seorang wanita kepada saya. Terlalu manis hingga saya terlupa untuk mengelipkan mata untuk beberapa ketika. Dia menarik tapak tangannya yang masih lagi saya gengam erat dari tadi. Eh sori ek, lupa.. tersipu-sipu saya, malu juga rasanya terover feeling begitu rupa.

Ooo sori, saya lupalah pula awak ni pari-pari, borak-borak dengan awak, dah macam borak dengan kawan-kawan pula, macam dengan awek pun ada, sambung saya lagi. Dia tergelak-gelak kecil. Pandai juga saya melawak rupanya. Saya lihat wajahnya riang dan dia kelihatan gembira sekali di saat itu.

Okey ek, saya keluar dulu, perut dah berbunyi-bunyi. Awal malam tadi dah makan tapi ni lapar pula rasanya, hendak kejutkan isteri tak sampai hati, seharian penat mengurus rumah, kesian dia, Assalamualaikum. Salam buat mengakhiri perbualan dan mohon diri untuk ke gerai makan walaupun berat rasa untuk mengakhiri perbualan yang sedang meriah dan menyeronokkan itu.

Waalaikumussalam, saya balik dululah kalau macam tu. Terima kasih ye, sudi borak-borak dengan saya tadi, first time saya berborak dengan manusia, kalau awak nak tahulah, balas pari-pari dengan wajahnya kelihatan sedikit ralat di hati.

Oh ye ke, saya pun first time jugak ni. Saya pun ucap terima kasih banyak ke awak, pari-pari secantik ini sudi tegur dan layan saya berborak. Orang yang tak hensem macam saya ni ada juga yang sudi menegur.

Cik Pari-Pari seperti sedang berkata sesuatu tapi saya tidak dapat mendengarnya dengan jelas kerana telah pun berada di dalam kereta, cermin pula masih belum diturunkan lagi.

Jumpa lagi ye Cik Pari-Pari, saya melambainya yang telah pun berada di tepi padang di seberang jalan. Bye bang, nanti borak lagi ek, dia melambai saya dan mengorak langkah ke arah pokok di tengah padang itu. Saya menghantarnya pulang dengan pandangan mata hingga dia hilang dari pandangan digelap malam. Laa.. terbangkan senang, yang berkebolehan tak mau, yang tak reti berangan-angan, sambil tersenyum saya menghidupkan lampu kereta.

Dia panggil saya abang he he.. Rupa-rupanya jiran saya bukan sahaja manusia tetapi golongan jin pun ada juga. Entahlah saya seronok berkenalan dan berborak dengannya tadi. Saya pun tak pasti apa perasaan yang sepatutnya saya rasa di saat ini, patut rasa seram ke atau pun rasa seronok. Bagaikan mimpi pun ada rasanya saat ini.

Saya terus memandu kereta ke stesen minyak untuk menambah minyak yang telah pun saya isi petang tadi. Saya tidak lapar sebenarnya, masih ingin terus berborak lagi. Cuma saya terpaksa mencari alasan untuk berhenti berborak kerana jiran sebelah sudah dua kali menjenggah-jenggah dari tingkap biliknya. Tentu dia heran melihat saya bercakap sorang-sorang. Sebelum herannya bertambah-tambah, elok sangatlah saya sambung sahaja berborak itu di lain kali.

Harap-harap Cik Pari-Pari datang lagi malam esok, akan saya tunggu di muka pintu. Terasa satu perasaan lain macam pula bersemarak di hati. Ingin sangat nak tahu pandangan darinya tentang manusia dari sudut kaca mata dia yang bukan manusia.

Sambil menunggu kereta di hadapan siap mengisi minyaknya, saya buka radio. Hanya tajuk lagu nyanyian Aril sedang dimainkan oleh juruhebah radio bertugas. Aha ek, baru terfikir saya, isteri sedar ke tidak tadi sewaktu berborak dengan Cik Pari-Pari. Tak sedar agaknya, andai tersedar, tentu sudah ditegurnya tadi. Penat seharian mengurus anak dan rumahtangga, tentu lena tidurnya dalam keletihan sebegitu rupa. Balik nanti bolehlah beritahu dia, baru jumpa awek baru, Cik Pari-Pari.

Sambil menunggu melayan lagu. Berkata hati, best juga lagu ni, boleh dituju buat kamu, isteri yang sorang, hanya ada kamu walaupun Cik Pari-Pari cantiknya tak terbilang.



Hanya dari Aril

0 comments

Labels