di sini baik tutur kata, di sana nakal bicara
di sini pijak semut tak mati, di sana semut mati-mati di pijak hati
di sini hai salam penutup kata, di sana mmuaah penutup goda
di sini eke eke eke beretika ketawa bersahaja
di sana keh keh keh macam tok demang cerita melayu lama
di sini madahnya ilmiah warak nampaknya
di sana irama mengoda jiwa, gegar-gegar hati yang membaca
di sini terbuka, mata mata terang melihat kelakunya
di sana tertutup, mata mata gelap payah nak lihat apa hajatnya

begitulah resamnya adat manusia
baca selalu sampai ketika semanjang lupa
bukan tak ingat, cuma di ruang pemandu
rampasan kuasa sering belaku
pertarungan antara iman akal dan nafsu
pemenang memandu yang lain melihat dalam lesu

Rasulullah s.a.w mengingatkan saya
dimelayukan kata baginda begini lebih kurangnya

tiga perkara yang menyelamatkan iaitu
takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai
berlaku adil pada ketika suka dan marah
berjimat cermat ketika susah dan senang

dan tiga perkara yang membinasakan iaitu
mengikut hawa nafsu
terlampau bakhil
dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

-Riwayat Abu Syeikh


Mimpi Yg Indah - Mestica

0 comments

Labels