Cinta ke namanya, kasih sayang ke dipanggil orang, sayang kasih ke kalau mamai sewaktu menyebutnya, semuanya itu pada kebiasaannya tetap segar dalam ingatan dan kerap menjadi kenangan bagi mereka yang pernah memiliki atau melaluinya. Itu dari sudut data basenya.

Dari segi aplikasinya pula, cinta dan kasih sayang berpotensi untuk dikorapkan (corrupt) hingga ada masanya ia seolah-olah tidak bermakna lagi untuk terus dimiliki mahu pun diperjuangkan.

Korup itu pula bukanlah pada cinta atau kasih sayang itu sendiri tetapi di pemikiran dan anggapan seseorang terhadap sesuatu yang berlaku yang mana ia sengaja dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang atas kehendaknya sendiri.

Antara virus utama cinta dan kasih sayang ialah rasa tidak puas hati yang di biarkan berlarutan.seolah-olah tiada penghujungnya dan juga tiada usaha bersama untuk meleraikan rasa tidak puas hati itu.

Berlarutan dari itu, timbul pula rasa diri tidak dihargai yang akhirnya mengakibatkan terbentuknya dipemikiran bahawa kasih sayang yang pernah disemai bersama telah layu dan mungkin tidak ujud lagi di hati pasangan.

Bagi individu yang memegang konsep entiti berasingan antara kasih sayang dan perangai atau pun kesilapan sebagai insan fana, cintanya atau kasih sayang antara dia dan pasangannya akan lebih terpelihara dan selamat. Tidak mudah baginya mengheret segala permasalahan hidup ke ruang berseminya kasih atau cinta itu tadi.

Maka dari itu hiduplah dia bersama pasangannya dalam kasih sayang dan cinta yang tiada sengaja dicacatkan atau dicela oleh mereka sendiri sambil meleraikan segala liku dan ranjau juga cubaan dalam kehidupan secara bersama dalam keadaan yang lebih rasional dan berkesan.

Kesimpulannya, jangan dibiarkan ketidakpuasan hati membelengu diri dan orang yang kita kasihi. Jangan didekatkan atau dibiarkan berjiran antara kasih sayang dan rasa tidak puas hati walaupun keduanya menduduki penempatan yang sama iaitu hati. Sesungguhnya kedua-duanya mesti di pisahkan demi kesajahteraan bersama.

kasih sayang suami isteri
-a ramlie maria bachok-

2 comments

  1. Umihoney // July 9, 2011 at 9:00 PM  

    Salam sahabat,

    Juling mata baca ayat power..LOL.

    Terima kasih berbagi taklimat..hehehe

  2. Hati Curio // July 10, 2011 at 1:31 PM  

    terima kasih Umi, he he juling air je kot, tak power sangat, cuba-2 je :)

Labels