Sukar untuk berfikir bila keinginan benar-benar mewarnai hati. Di batas terlarang ia cuba melangkah, terketar-ketar kaki diangkat, namun dia terhenti seketika kerana dalam hati ragu akan hujung cerita.

Apakah indah sebelum bahtera berlepas sama indahnya nanti bila tiba di pelabuhan. itu ragu hatinya, bukan pada kembaranya itu, tapi kesan diri pada yang diimpi.

Bukan sayang kalau penting cuma diri sendiri. Itu falsafah sentiasa bersemi di peribadi. 

Apakah cuma kerana impian, keraguan susah diri wajar dibiar sepi. Antara impian dan kesejahteraan, antara keinginan dan iman, berdiri dia diruang delima sambil mengengam jatidiri yang kekar mekar sambil menanti keputusan hati.

Ingin lari atau terus berdiri mengharap kebetulan bakal terjadi. 

Di sisi Tuhan nanti bagaimana diri jika kebetulan alasan tidak di terima sedangkan akal telah di kurnia Ilahi. Di hadrat Tuhan apa jawabnya nanti, nur iman mana syukurnya, di jalan lurus pula ingin menyisih diri. 

Ligat akal mencari pasti, jawapan diberi sendiri meragui. 

Lintasan datang dan pergi, di ruang hati berlagu suci. Delima bukan realiti, hanya diri teruja menipu pandangan hati. Jalan lurus lama dah tahu, dosa neraka andai derhaka, pahala syurga jika taat setia.

Lari. lari.. lari hati mendesak. Nekad makin memuncak di jiwa insan fana'. Ini dunia usah tunjuk pandai sedang kepastian nyata di Quran. Usah memandai menghitung nasib andai firman Tuhan termaktub akan hujung ceritanya nasib nafsu manusia. Di kata Tuhan itulah hakikat insan pasti tak terdaya menghadap pesona. Peringatan Nabi tercinta pun banyak pula buat pedoman memutus impian derhaka.

Lari ! lari ! penat sebentar senang tak terucap, di akhirat yang kekal tiada teriwayat, penghujung nikmat buat yang selamat. 

Bertegas sebelum pergi, dah pergi sesal tak berguna lagi.

Pastilah diri, bermadah tiada hujungnya.





. 
Madah Terakhir - Orkes El Suraya / Rukiah Zain

2 comments

  1. Umihoney // August 23, 2011 at 2:42 AM  

    Salam sahabat
    selamat berpuasa
    semuga sahabat dan keluarga senantiasa dirahmati

    nice posting

    Umi

  2. Hati Curio // August 23, 2011 at 4:12 AM  

    Salam juga buat UmiHoney :) kejap je kan puasa dah nak raya. Salam puasa cum raya buat UmiHoney..

Labels