Soal Jawab Spontan Hati Curio

S- camne kita nak tahu org tu ikhlas nak berkawan ngan kita?
J- susah nak tahu, hakikatnya tak siapa yang tahu. Andai dia sudi beritahu apa niatnya berkawan, mungkin boleh kita menilainya perbuatannya, tak sudi dia beritahu, apa jalan kita nak menilai ikhlas yang sifatnya memang rahsia bukan boleh suka-2 kita baca.

S- Patut ke kita bersedih bila melihat orang kita cintai tu bahagia dengan orang lain?.. tak rasa kelakar ke kita bersedih kerananya?
J- tentu kelakar, bukan kerana bersedih tu, andai gembira pun kelakar juga, untuk melayan feeling mungkin okey, namun di akhir nanti kita akan sedar semuanya hanya membazir masa dan fokus kita.

S- apa ubatnya bg hati yg dah 100% mati utk terima hati org lain lagi?
J- ubatnya di fikiran yang kuat & di keyakinan yang teguh.

Q- Trust and respect are always present together? Can you respect someone you don't trust? Or can you trust someone you don't respect?
A- In general, respect should be to all, trust up to us, to whom we are going to convey the trust.

S- Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Halobakah kita jika keinginan memiliki kadangkala membuatkan ada hati yang terguris?
J- oh tentu tidak sama sekali, kerana mengikut kamus, haloba itu kalau dah ada nak juga lagi sampai sanggup menidakkan hak orang lain. Soal hati terguris, itu normal, org perempuan memang hatinya mudah semuanya..

S- salah ke kalu wanita berusia berkasih ngan anak muda sebaya anak??
J- tak salah cuma tak serasi pada adat hidup ni. berkasih tentu ada ujungnya, perkahwinan. jika bersedia suaminya yang masih muda itu tambah satu lagi di kala dia sudah mula menanti senja, tak pe..jika tidak ...

S- bagaimana kita nak bezakan perasaan yg kita rasai itu adalah sayang terhadap kawan atau sayang terhadap kekasih...???
J- bila ingat kita rindu, tu kawan namanya, bila tak ingat pun rindu, siang malam terbayang-bayang tu kekasih namanya, agaknya la :)

S- Adakah hati dan minda anda sering tidak seriringan dalam membuat keputusan?
J- biasanye begitu, di fikiran macam okey, di hati masih ragu-2. Di hati yakin, minda pula gagal menganalisa buruk baiknya jika di teruskan hajat di hati..konfius org kata..

S- Perasaan cinta adalah satu anugerah....jika anda memperoleh lebih dari satu perasaan cinta itu..... Apa yang Akan anda lakukan....membahagi perasaan cinta antara isteri dan kekasih.....atau tetap setia pada isteri anda ?
J- "jika anda memperolehi lebih dari satu perasaan cinta itu" pheh !!..satu untuk binik, satu untuk makwe.. tak perlu nak share-share..

S- dimne letaknya ukuran ksih syg?
J- ukuran nya tak pernah siapa yang tahu, cakap boleh, bila tiba waktu baru tahu tang mana sayang terutama bagi pasangan yang dah berpisah, sampai ke court pun ada. walaupun dulu cinta tak terhingga.

S- apa beza cinta tanpa ksih syang @ kasih syang tampa cinta..... yg mne lbih utma ?
J- cinta tanpa kasih sayang, dah puas dok hangat bercinta, kawin tak jadik, tak merasalah sayang menyayang dll :) Kasih sayang tanpa cinta biasa, kena pula jodoh di carikan on behalf..sama-2 belajar hidup bersama..dan ramai yang bahagia..

S- apa yg kmu akan bt jika org yg kamu syg gla tglkn kamu?
J- bawak-bawak bersabar. Esok masih ada untuk kita teruskan.. namun gitu hanya yang dah terkena saje yg tau apa rasanye..sah nanggis punye..

S- apa beza cinta tanpa kasih syg @ kasih syg tanpa cinta...yang mne lbh utama?
J- Cinta buat perasaan rasa bahagia pada waktunya, namun kasih sayang buat jiwa merdeka sepanjang hayat ...

S- di mana ltk nye ukuran kasih syg?
J- ikut suka mana nak letak.. lepas ukur kain untuk di buat baju, kita pun tulis ukuran tu di atas kertas..dan kite letak la di laci mesin jahit, bila ibu bertanya (sempena hari ibu) mana ekau letakkan ukuran baju tadi, kito pun jawab, ado kek dalam laci tu.

S/Q- soalan ditanya
J/A- jawapan spontan hati curio


 
Yang Bertakhta Akhirnya - M Nasir

0 comments

Labels