kejernihan wajah lambang kelapangan hati

manis senyuman lunaknya jiwa tanpa hasad dan dengki

dalam diri insan, nafsu berbagai pula keinginan nalurinya melarik hidup yang fana' ini.

bisa dimengerti dalam diri ada kala sedikit kebodohan menjelma dari wajah cerdiknya 

keasyikan pula ada waktunya menghanyut minda di arus pesona

hati terlonjak-lonjak sering buat kaki melangkah tanpa disedari. 
teruja insan pada yang indah, pada impian yang menjelma tiba-tiba.

itu ramai yang tahu dan ianya mudah dimengertikan

Tuhan juga sedia dan amat mudah memaafkan lakaran dosa dari nafsu manusia asal saja tidak menduakan "Nya".

itu juga semua faham dan tentunya bersyukur sekali

yang sukar difahami ialah tentang hati...kenapa suka benar dengki dan irihati
kenapa suka berkontroversi menimbulkan spekulasi
puas bila suasana tidak lagi kondusif buat yang hadir bercanggah sesama sendiri.

inilah malangnya diri bila hati ini tidak di sucikan,
taharah hati tidak dipeduli malah tidak pula mahu dimengerti apa implikasinya nanti pada hati kotor berdaki duniawi..

inilah malangnya insan, dilambung dunia bersambut neraka, puncanya si kiut hati di dalam dada ampunya angkara.

peliknya manusia semua, hati paling utama tapi rupa juga tempat pertama

0 comments

Labels